Home

8 Dec 2011

Irish Lamb Stew


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Alhamdulillah dah selamat dah cuci gigi ptng tadi... bila baca pengalaman kawan-kawan di kotak komen spaghetti tu buatkan saya tersenyum sorang-sorang pula kat sini. Actually memang saya takut nak jumpa doctor gigi sejak dulu lagi tapi kena pergi juga walaupun tak la setiap thn. Cuma kat Finland ni pengalaman pertama la sejak dok sini. Last year dah nk buat tapi tertangguh jer.


Sejak mr.hubby buat appoinment hari tu..banyak kali ckp kat mr.hubby minta dia postponed kan dulu tapi dia ckp tak boleh dah nanti kena bayar sendiri...alahai sabar jer la kecut perut juga memikirkannya...haha tapi  jangan ingat saya sorang jer yg takut tau..ada ramai lagi diluar sana yg takut juga tu...hehe  tak ada apa la cuma ngilu jer tapi bila tgk alatan yg tajam tu jer yg takut.


Cuma nak berkongsi pengalaman jer ni...cuci gigi kat Finland ni memangla mahal sekali pergi jer dah kena euro140..kalau RM brapa kira lah yer. Nasib baik we all tak kena bayar sendiri....sebab semua ditanggung kerajaan. Tapi kalau dok Malaysia pun free juga kalau pi klinik goverment kan.


Oklah berbalik pada n3 ni pula yer...Menu makan malam tadi layan lamb stew ni  jer la..kalau makan ngan roti lagi sedap ni. Terima kasih pada kak Maz kerana berkongsi resepi stew yang sedap ni..izinkan saya berkongsi disini pula yer:D

Irish Lamb Stew 
Bahan-bahan
  • 500g daging kambingg tanpa tulang (segar) - potong kiub saiz sederhana
  • ½ labu bawang besar – didadu
  • 1 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 batang lobak merah – kerat saiz sederhana
  • 5-6 biji cendawan butang segar – belah dua (optional)
  • 1 biji ubi kentang – potong saiz sederhana
  • 1 kuib stok daging
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/4  sudu kecil serbuk paprika
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sedikit kicap manis - nak bagi warna kuah gelap sikit
  • minyak zaitun secukupnya
  • air secukupnya (dlm 2-3 cawan)
  • sedikit daun thyme (optional)
  • sedikit garam jika perlu
  • sedikit parsly (optional)




Cara



1. Panaskan oven suhu 170 C.

2. Gaulkan daging dengan sedikit garam, thyme dan 1 sudu besar minyak zaitun. Ketepikan.


3. Panaskan periuk (periuk yang boleh masuk oven terus). Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun dan biar minyak panas betul. Kemudian masukkan daging, biar seketika dalam 2-3 minit sehingga daging sedikit perang/garing kemudian balik sebelah lagi. Angkat dan masak sampai habis.

4. Dengan periuk yang sama (goreng daging), paanskan 2 sudu besar minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga bawang sedikit layu. Kemudian masukkan mentega dan bila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati guna senduk kayu agar tidak berketul.

5. Masukkan air (agak2 la ye), stok daging, sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, serbuk paprika dan serbuk jintan putih. Kacau sebati, kemudian masukkan lobak merah, ubi kentang dan cendawan. Masukkan daging dan padamkan api.

6. Tutup periuk dan masukkan dlm oven dan masak selama 1 1/2 jam atau sehingga daging lembuk/empuk. Setelah 1 jam dalam oven, balik-balikkan daging, kacau sikit dan boleh la tambah sedikit air jika perlu. Perasa secukup rasa dan biarkan daging masak sepenuhnya.

7. Tabur dengan sedikit parsly dan boleh la dihidang dengan nasi atau roti.


31 comments:

  1. Salam Nieza.. selamat pagi..
    Pagi2 akak sampai sini dah di jamu dengan hidangan yg sangat menyelerakan..

    nampak menarik nanti boleh cuba!

    Akak suka cuci gigi nieza setahun sekali mesti cuci gigi..
    Tapi mmg rasa nyilu masa dia cuci tu.. yg mengerikan cuma bunyi peralatan dia aje.. tapi lepas cuci rasa segar aje..

    ReplyDelete
  2. salam nieza - :) nampak sgt sedap irish lamb stew ni

    ReplyDelete
  3. sy x penah cuba masak kambing..nmpk sedap betul..gulp!

    ReplyDelete
  4. Kak Nieza,sy xpernah pergi cuci gigi kak,kalo g klnk panel tmpat hb kja mmg free jerla,tapi dengar kata kalo selalu cuci,nnti gg jadi nipis,tuh sy xp,hihi..Xtaulah sejauh mna kebenarannya..
    Akak bila tgk stew akak nih,alahai mmg sedap klo dpt cicah ngan roti benggali,cam kat sup hameed tanjung tuh,suka p mkn kat situ,sedap sungguh roti benggali yg lembut dicicah sup..

    ReplyDelete
  5. As'salam Nieza

    K.ct tak takut jumap doktor gigi malah suka. tapi bab2 nak cuci igi tu jer macam seriau sikitlah. sebab dari sekolah pernah dua kali kena jadi dah tahu kan tu yang seram sejuk jer. last jumpa doktor gigi masa tkt 4.alhamdulillah gigi tak pernah sakit atau ada lubang pun..hihihi

    Oppss! terlebih sudah komen tu yek..hahaha. Ehh..semalam pun k.ct ada salin resipi ni kat blog Maz. saje jer kot2 teringin nak makan daging kambing bolehlah cuba resipi ni nanti kan. tup2 Nieza dah buat..mesti rasanya sangat sedap ya Nieza :)

    ReplyDelete
  6. cuci gigi menjadi rutin kami sekeluarga.wlpun tak suka tapi suami akan pastikan kami tiga beranak pergi jumpa dentist setiap tahun.hai ngilu masih terasa lagi tp bulan depan dah kena jumpa dr.Lepas cuci sayang nak makan ..gigi putih melepak hehe.

    Sedap stew lamb tu Nieza:)

    ReplyDelete
  7. Salam Niezza

    ishhh selera sgh tgk menu stew Niezza ni..akak pun dah belek2 stew masakan Maz..ishh ni sodap makan ngan roti :-)

    ReplyDelete
  8. waaa...sangat mengancam... kalau dekat nak aje mintak sepinggan.... cicah roti arab sedap nih....

    ReplyDelete
  9. salam nieza.akak suka makan stew..tapi bukan kambing dr tulang lembu je huhu..
    walau apa pun menu ni mmg sedap..sesuai di makan dgn roti jugak kan.?

    pssst..akak lagi takut nak jumpa doc gigi..he3x

    ReplyDelete
  10. Sedap ni sesuai dengan cuaca di sini yang kerap hujan..mak aii,,kena dengan roti Benggali terangkat ni

    ReplyDelete
  11. slm za...ooo dh smpai finland kmben stew ni..memang sdpp klu mkn nga rti pun kan...mksih ye za sdi cba rspi yg xsbrapa tu..smga kna dgn citarasa za n hb..findland stok kmben fesh pun senang kan..msia je yg susah skit nk bli kat mna..

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza...
    lapar pulak tengok hidangan ni..sungguh menyelerakan..

    ReplyDelete
  13. salamm..nasib bek cuci gg je k niza..kurang ngeri sket dr kene gerudi ngan inject yg mengilukn tu..hehe..sedap lamb stew..yumyumyyyyy

    ReplyDelete
  14. Assallamualaikum Nieza..
    Hik..hik..hik... Gelak dulu baca story Nieza.. Nurse ni pun takut juga ye bila nk jumpa doc gigi..
    Sedap stew ni Nieza.. Akak suka kalau ratah cam tu jer..

    ReplyDelete
  15. nieza..tak pernah masak kambing lagi..
    sebab dirumah ni semua tak makan he he

    ReplyDelete
  16. Sakam Nieza, best stew ini, kalau makan dgn roti lagi sedap..

    ReplyDelete
  17. adoooii.. sunggoh tak tahan.. gerak2 tekak ni.

    ReplyDelete
  18. Salam Nieza.. Sedapnya stew ni.. Nur tak pernah masak lamb, tapi suka makan.. :)

    ReplyDelete
  19. Assalam nieza nampak sedap sangat stew ni, dgg pun nampak lembut sangat tu, lekat celah gigi pun sikit je, tu heheh, nape ek semua org tak suka g jumpa doktor gg ni ya, akk pun sama

    ReplyDelete
  20. Assalam Nieza,
    setelah dibelek-belek dan diteliti bahan yang digunakan satu persatu untuk resepi ini, Kak Amie pun terus memutuskan untuk mencubanya esok sebab rasanya semua bahan ada tapi lobak merah macam habis pula, insya-Allah kalau tiada halangan, cuma daun thyme dan parsly tu takde tapi itu hanya optional saja,

    yang penakut jumpa dentist termasuklah kakak he he hehhh

    ReplyDelete
  21. mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    ReplyDelete
  22. nampak sedap sgt
    but ayu x makan lamb
    sat gi sakit kepala hikhikhii

    ReplyDelete
  23. YA ALLAH wakkk.. semalam kita baru je pekena Lamb Shank kat Syed Bistro..

    Ari ni lak nampak Lamb Stew...aduiiiii..

    ReplyDelete
  24. Kak Nieza,
    nasib saya tak makan kambing..
    kalo tak ada yang terliur lagi :P

    ReplyDelete
  25. lamb lamb...fuhh menarik..hehehe

    ReplyDelete
  26. alahai sedapnya nampak nieza oi....
    tapi bundo tak makan kambing. kalau nak buat kena tukar dengan lembu nampaknya...

    ReplyDelete
  27. Wahhh sedappp, lyn suka tgk rancangan msk2, depa suka wat stew ni, campak semu jenis sayur2, gan daging pastu reneh lama, nampak sedapppp la, ha ni da ada resepi ble la try, sejuk2 mkn dging kambing ble panaskan bdn kan,bgs2

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Nieza,
    sorry akak dtng lambat tapi Nieza tetap di hati..cuti sklh ni busy sikit..melayan karenah anak2 yg nak itu dan ini...mmng menyelerakan sungguh..leh akak cuba bila teringin nanti..tq...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Nieza...

    Sedapnya Kalau Cicah Dengan Roti Atau Lempeng...Lapar Perut Kak Lin Ni Bila Tgk Menu Yg Nieza Masak...

    ReplyDelete
  30. Salam Nieza,
    Seriau bila dengar nak kena cuci gigi. Sedap sangat nampak stew kambing tu, kalaula dapat semangkuk buat mencicah dengan roti benggali kat rumah ni.....hmmmmm alangkah bahagianya

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)