Home

14 Oct 2011

Apam Puteri Ayu


Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat buat semua. Syukur alhamdulillah diatas nikmat yang diberikanNya. Rasanya 2  hari juga saya tak update blog dan bw blog kwn-kwn ni. Bukannya tak sihat ke apa cuma saja sibukkan diri buat keja lain jer. Kekadang mcm-mcm perasaan juga yang dirasa sejak balik dari Malaysia hari tu, tapi tak boleh dilayan sangat. Setiap dugaan dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya...InsyaAllah ada janji Allah pada mereka yang sabar...hmmm sekadar nak ingatkan diri sendiri saja ni.


Oklah dan jadi satu luahan perasaan la pula...minta maaf yer, berbalik semula pada n3 saya hari ni nak ceter pasal apam ni jer. Apam Puteri Ayu ni sebenarnya dah lama nak buat dan acuan dah bawa dari Malaysia sejak balik bercuti tahun lepas lagi tapi asyik tertangguh jer. Acuan ni pernah guna masa buat apam mentega dan apam coklat dah dulu..cuma apam ni jer lum buat lagi. Bila tgk org tayang apam ni mulala teringat acuan puteri ayu ni...so..mulala projek membuat apam ni semalam lagi. Sedap kuih apam ni dulu selalu beli jer. 


Btw, terima kasih pada tuan empunya resepi dan tq juga pada 3 org kekanda Jelita yang telah berkongsi resepi apam ni..izinkan saya berkongsi disini pula yer...:D


Dikongsi bersama:  Kak Yatie , Kak Ummi ,  Kak Azlita Aziz

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 250 gm tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(* diayak)
  • 300 gm gula halus (Yatie guna 1 1/2 cawan)
  • 2 sudu kecil ovallate
  • 250 ml santan (Yatie guna 200ml santan kotak+50 ml air)
  • sedikit pewarna hijau (Nieza guna pewarna merah)
  • 2 camca teh paste pandan (boleh tukar perisa kegemaran anda)
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih (Nieza guna kelapa kering yang dicampurkan dgn sedikit santan dan masukkan sekejap dlm m/wave)
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Menyediakan Inti Kelapa
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat.


Cara membuat dan mengukus kuih
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan berselang seli dengan tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.(Yatie kukus 10 minit api sederhana)
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.


Sekadar Renungan bersama...
♥ MUTIARA Kata Imam Al-Ghazali rhm.a ♥
Yang Singkat Itu "WAKTU".
Yang Menipu Itu "DUNIA".
Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
Yang Berat Itu "AMANAH"
Yang Sulit Itu "IKHLAS".
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
Yang Susah Itu "SABAR".
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
Yang Membakar Amal Itu "MENGUMPAT [GHIBAH]".
Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
Yang Berharga Itu "IMAN".
Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".
Yang Ditunggu Allah Swt. ♥ Itu "TAUBAT"

31 comments:

  1. assalam nieza..sedap tu puteri ayu.akak sampai dulu mesti ada lagi tuh..tapau ek

    ReplyDelete
  2. Salam Yang....

    Merah lagi menawan..mcm buah2 strawberry kat sana..yang kat Malaysia ni pun x terbuat lagi...

    ReplyDelete
  3. memang ayu sungguh...cantik pula kalau berwarna pink kan...biasa hijau je :)

    ReplyDelete
  4. salam Nieza..

    Comel je..
    akak suka resepi ni sedap dan lembut sangat..
    nanti nak buat lagi..hihi

    ReplyDelete
  5. kak nieza.. lawa la.. suka tgk kemas je puteri akak ni.. memang ayu

    ReplyDelete
  6. Assalam Nieza, berseri2 puteri ayu merah ni, sedapnya,

    ReplyDelete
  7. Puteri Ayu merah ang-ang gituew
    Kemas sgh akak buat
    Sukaaaa

    ReplyDelete
  8. assalam nieza..akak faham apa yang nieza rasa..
    apam ni..tak pernah tengok lagi warna merah..akak dulu2 selalu buat..masa kuih ni popular..masa tu..nama nya 'triwul ayu'.puteri ayu pun sama la tu kan..rasanya masa awal2 90'an dulu..akak dok selangor lagi masa tu.

    ReplyDelete
  9. salam kaknieza...cantik apamnya warna merah..saya pun suka resepi kak rossitam ni...dah sejuk pun lembut lagi..tapi dah lama betul tak buat....

    ReplyDelete
  10. My favourite tapi tak pernah pun buat sendiri.

    ReplyDelete
  11. hai nieza... semoga sentiasa sabar dan tabah selalu. cheq sue tadi dok fikir dah nak buat apam ni, tapi malas nak mesin kelapa, 2 minggu lepas terparut jari sekali...tapi nak cuba jugak, suka kuih ni

    ReplyDelete
  12. Cantik dan comel. Warna merh, biasa orang buat kaler hijau. Nampak sesuatu yang di luar kebiasaan, tapi tetap menarik perhatian.

    ReplyDelete
  13. pinky...pinky...puteri Ayu...suka..suka...suka kalernya..dan suka rasanya jigak..nak seketul..:D

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Nieza,
    kak Amie terpikatlah tengok warnanya apam puteri ayu yang lain dari warna hijau... nampak lebih manis & menawan!

    ReplyDelete
  15. sedap kuih ni. tapi selau kalau buat tak jadi secantik ini huhu

    ReplyDelete
  16. Kak Nieza,
    Semoga perasaan itu
    akan kembali baik2 aje..

    P/s: maybe semangat ada lagi kat Malaysia kot..

    ReplyDelete
  17. Comel dan ayu kuihnya tentu rasa dia sedap kan.

    ReplyDelete
  18. cantik color apam puteri ayu Nieza tu...merah mengancam..

    ReplyDelete
  19. jam 2 pagi skrg waktu m'sia, tengok pulak rupa puteri ayu ni, perut terasa menggigit kelaparan..

    comel la, sesuai dengan nama puteri ayu.

    ReplyDelete
  20. puteri ayu kegemaran saya ni kak niza...bestnyaaa.....nakkkk 3 ketul...hehe

    ReplyDelete
  21. Salam Nieza...cantik betul kaler kuih Nieza ni..tertambat melihatnya...

    ReplyDelete
  22. Nieza... busy ye.. Akak pun jarang2 dpt bw.. Bila ada peluang dan masa jer..
    Ayu sungguh kuih puteri ayu mu itu berposing..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Nieza,

    ayu nya si puteri ayu tu...ala2 puteri melayu terakhir gitu...belum lagi rasa nie...kalau dh rasa mesti teringat2kan puteri tu...hehe.

    ReplyDelete
  24. Aslmkum Nieza..

    Moga Nieza sihat ceria selalu...mmg dugaan mendatang ada hikmahnya... sabar kunci utama.
    nengok putri ayu Nieza...menarik warna merahnya itu...

    ReplyDelete
  25. sedap! tun sukaa mkn, tp xpenah wat sendiri.. hihi.. bila tgk2 org buat, senang rupanye. kalau rajin nnti nk cari la acuan dia.

    ReplyDelete
  26. cantiklah buat warna merah!
    saya pon suka tp tak pernah buat sendiri.

    ReplyDelete
  27. salam nieza..cantik rupa siputri ayu..dh tentu rasa mebeles..terliurlah tgk nasi kerabu kt nwh tu..byk betul lauk2 nya..rajin nieza..

    ReplyDelete
  28. Kakak dah 2x buat kuih ini tapi akak buat warna hijau dan dua kali juga kelapa dia tak putih jangkit warna hiju tu. Geram tengok niez buat cantik putih je kelapa dia...

    ReplyDelete
  29. alaaaa... lamanya tak makan apam puteri ayu ni... mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  30. ya allah lamanya xmakan apam, gebu & cantik sungguh kejadiannya k.nieza, menarik, lyn dok agak2 nak wat tp lyn sowang je yg mkn dlm umah ni, huhu xde geng:(

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)