Home

3 Oct 2011

Apam Ladybird


Assalammualaikum dan salam sejahtera  buat semua. Hari ni nak share resepi apam ladybird yang rasanya ramai juga yang dah mencuba. Maklumla saya bercuti 2 bulan berblogging hari tu byk dah tertinggal keretapi n3 kawan-kawan ni. Actually dah lama teringin nak buat apam ladybird ni sebab tgk ke unikkannya ni lah yg buat saya teruja sgt nak buat. Resepi asalnya dari apam dot dot juga tapi cara olahan di buat apam ladybird ni. 


Bagi pendapat saya, buat pertama kalinya membuat apam ni boleh tahan juga rumitnya...memang menguji tahap kesabaran jugalah tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan kan....tapi saya suka cabaran dan suka nak mencuba sesuatu yg baru walaupun hasil yg dibuat tak la secantik org lain buat. So bagi yang dah biasa buat tu maybe tak la susah mana kan....coz  ada yg buat utk jualan juga..memang hebat la kan. Apa pun kena cuba  sendiri la baru tau....tapi best juga bila dah siap tu tgk mcm-mcm rupa ladybird ada...ada yg mata besar hehe ya la saya ni tak pandai nak melukis so...gitulah rupanya..apa pun mkn sodap:D


btw, terima kasih pada kak Madiha kerana sudi tunjukkan step by step cara membuatnya, pada semua yang berkongsi resepi dan terima kasih juga pada mereka yang kreatif utk mencipta apam ladybird ni...izinkan pula saya berkongsi disini yer.


Adaptasi dari resepi : Lilydvalley
Sumber resepi apam Hana MemoriesNuriIda MarlidaMaDiHaA a.k.a Ratna
Idea Kreatif Lukis Ladybird : Fadilah Mazlan


Bahan-bahan Apam
    * 3 biji telur - dari peti sejuk
    * 275 gm tepung gandum
    * 220 gm gula halus 
    * 150 gm susu segar
    * 3 sudu teh baking powder
    * 1 sudu kecil ovallete
    * 1 sudu kecil esen vanilla (MaDiHaA tambah)

Lain2 bahan 
    * Filling blueberry / strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
    * Pewarna hitam & merah
    * Nozel bulat ~ untuk picit dot dot hitam (nozel yg biasa guna utk menulis semasa deco kek) (kalau takde boleh juga.. cuma perlu pastikan gunting muncung piping beg utk warna hitam dengan lubang yg kecil saja supaya dpt membuat dot dot hitam yg halus terutama utk bahagian mata ladybird)
    *Acuan lompang atau acuan yg sesuai untuk menampung paperliner.
    *Paperliner atau mangkuk kertas saiz yg sesuai dengan acuan yg anda gunakan.

    *Piping beg atau plastik bersih yang sesuai.


Cara-cara Menyediakan

1. Masukkan semua bahan2 apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga adunan menjadi putih & gebu.
2. Ambil 1 ½ sudu besar & masukkan dalam piping beg kecil & ikat kemas. Gunting halus muncungnya apabila nak digunakan.
3. Ambil lagi 3 sudu besar adunan & warnakan dengan pewarna hitam & masukkan dalam pipig beg kecil yang dimasukkan nozel bulat terlebih dulu & kemudian ikat kemas piping beg dengan getah.  Gunting muncungnya apabila nak digunakan.
4. Adunan selebihnya diwarnakan dengan pewarna merah hingga mendapat warna merah yang disukai.  Masukkan adunan yg diwarnakan ke dalam piping beg besar atau plastik bersih yang sesuai & sedia utk digunakan.
5. Seterusnya.. susunkan acuan kertas/paperliner di dalam acuan yg sesuai.  Picitkan sedikit adunan merah ke dalam mangkuk kertas tadi hingga separuh ketinggian acuan kertas tadi.
6. Picitkan filling kesukaan anda secukupnya. (tak perlu byk sebab jika terlalu byk ia berat & akan mendap ke bawah!)
7. Picitkan lagi adunan warna merah sehingga ¾ penuh.
8. Gunakan pula piping beg adunan warna hitam & picit 2 garisan seperti dalam gambar. Satu garisan mesti berada ditengah2 diameter apam & satu lagi garisan buat sedikit ke tepi utk dapatkan bentuk kepala ladybird.  Penuhkan bahagian kepala ladybird yg kecil sedikit tu dengan adunan warna hitam. (sila rujuk gambar)


9.Dot dotkan bahagian badan ladybird di kiri & kanannya dengan beberapa dot dot berwarna hitam yang halus (sebab tu MaDiHaA syorkan menggunakan nozel bulat halus utk piping beg warna hitam ni ~ hasil tunjuk ajar dari sifu Ida Marlida.. hehe..).
10. Gunakan piping beg adunan warna putih tadi & dotkan mata ladybird. Dotkan pula warna hitam ditengah2 dot warna putih tadi untuk mendapatkan mata ladybird yang lebih menyerlah.
11. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kecil (jangan terlampau kecil ye). (tempoh mengukus bergantung saiz apam anda) Pastikan juga balut penutup pengukus dengan kain yang sesuai supaya wap tak jatuh ke atas apam.

Nota dari Hana : jangan gunakan api yang besar kerana ini akan membuatkan apam merekah. TQ Hana untuk petua tu yer..
Nota dari MaDiHaA : jangan gunakan api yang terlalu kecil kerana akan membuatkan apam terbantut & tak mau naik.

37 comments:

  1. Garang tol muka lady bird tu, hihi. Nieza, apam dot2 akk dah try, lady bird ni belum, tkut nt ada yg meremang bulu roma nak mkn, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Kakak dah lama tengok je apam ladybirds ini nieza tapi buat tak juga. Berkenan sebab cantik tapi nak membuat itu satu kerja yg perlu kerajinan mcm nieza..

    ReplyDelete
  3. cantikkkkkkk...
    comeiiiiii la..
    rajin betoi akak sorang ni...

    ReplyDelete
  4. alahai...comel2 nyer...k'ida pun teringin nk buat tapi belum ada kerajinan la nieza...lepas2 ni la

    ReplyDelete
  5. Memang comel..tapi kita tak rajin..rajin tengok jer...:)

    ReplyDelete
  6. Wow! Lawa sampai rasa tak sanggup nak makan. Tenung jer dengan harapan Ladybird tu terbang hinggap di tangan. Cewahhhh.....

    ReplyDelete
  7. kelip2 bulu mata pelesu dtg sini sambey tadah tangan mintak apam ladybird yg sangat kawaii ni....sugoi/hebatnyer akak...plus rajin ni....mesti sedap ni khen

    ReplyDelete
  8. weiii Nieza : kalo sayala..baik pejam bijikmata tgk org dr buat..takut tak jadi & sepah je lebih..malas..haha..
    tapi cantik hasilnya, senang ke susah ni?

    ReplyDelete
  9. Nieza

    nice!!budak2 musti teruja nak makan ladybird nih kan :)

    ReplyDelete
  10. lawa comel..naik elok je apam tu

    ReplyDelete
  11. comelkan nieza.. tp mcm kata nieza nak buat ni mmg perlukan ketekunan.. hehe.. anak akak lama dah order lagi apam ni.. akak yg malas nak membuatnya.. hihi...

    ReplyDelete
  12. assalam nieza..tahniah berjaya jugak buat rupa ladybird..cantik dah tu..

    ReplyDelete
  13. rajinnyer kak Nieza....
    comel je ladybird tu... =)

    ReplyDelete
  14. as-salam kak nieza..
    cantik sekali apam ladybird tu kak..kreatifnye kak nieza..comel2 apam ladybird tu..

    ReplyDelete
  15. Tomei..tomei apam ladybird Nieza.mmg menguji kesabaran nak lukis apam ni..kena pelan-pelan...tp hasilnya puas hatikan.
    re; mmg seronok beraya sbb ramai org Msia tempat akak..kalau pelajar tu mmg ramai di sini. mana2 open house meriah sbb ramai yg dtg...rumah akak ni kebetulan dkt sgt dgn kedutaan....jln kaki 5 min , jadi senang org dtg.

    ReplyDelete
  16. saya pun suka apam ni tp biasanya saya order je. malas nak buat. hihi.

    ReplyDelete
  17. cantik sgt..cute je...
    mula2 tadi ingatkn angrybird.he3

    ReplyDelete
  18. rajinnya kak..saya belum sampai tahap lagi nak buat apam dot2 nih..lagi pulak yg ladybird...tapi bila dah siap...hilang segala penat ye kak...:)

    ReplyDelete
  19. Assalam nieza, menjadi dan cantik apam, lady bird nieza ni, akk buat yg dot dot pun tak berapa nak pas lagi, tu pun rasanya dh mencabar, yg lady bird ni, kena tunggu betul2 rajin baru boleh cuba, cantik sangat akk tgk

    ReplyDelete
  20. comelnya ladybirds dalam cawan kertas ni :) akak pernah cuba ..mmg rasa sungguh rumit.Kena nekad baru berjaya.

    ReplyDelete
  21. wahh banyaknyer bela ladybird! hehe.. cun la nieza :)

    ReplyDelete
  22. Assalam Nieza,
    tertinggal keretapi 2 bulan pun masih sempat buat apam ladybird, Kak Amie yang hari-hari naik keretapi pun tak mampu lagi nak buat apam yang cantik molek tu.... tabik spring kat Nieza!

    ReplyDelete
  23. nieza.. lawa-lawa.. ita pun dah buat hari tu.. suka dengan apam ni comel

    ReplyDelete
  24. cantikk sgt...anak2 sure suka sebab ada ladybird

    ReplyDelete
  25. Kak Ain:
    tq kak..:)

    Kak Sari Yusa:
    haha garang tapi jgn risau boleh dimakan...hehe trylah nanti kak:)

    Kak Gee:
    tq kak..:)

    kak zakie:
    ya kak kalau nak buat ni kena tunggu time yg betulx2 free dan rajin la.

    mas:
    tq dear...tapi tak leh lawan kerajinan dik Mas lagi la..:)

    kak Ida:
    tq kak...trylah nanti..kalau kak ida buat surela lagi cantik..:)

    kak nazrah:
    tq kak...haha tgk pun tak pe jamu mata dulu...:)

    ReplyDelete
  26. alaaaaaaaaaaa..cutenya nieza..nak makan pun sayang ni...

    ReplyDelete
  27. Kak Aziezah:
    ishhh mana leh tgk gitu jer kak..dah buat utk mkn kena gak la ngap juga..hehe

    Lady Ayu:
    baikx2 tgk ni takut terbang bulu mata palsu tu...hehe try la ayu..ayu lagi pandai melukis sure lagi cun rupa ladybird tu nanti..:)

    Anna:
    cubalah dulu baru ler tau susah ke tdk anna...alahai kalau anna buat sure lagi cun kejadiannya nanti...:)

    Kak yat Maria:
    tq kak..yer sure bebudak dan mak budak pun suka kak..hehe

    izah:
    tq zah..:)

    kak madiha:
    tq kak...ya betul la kena ada ketekunan dan kesabaran kak...btw tq sharing yer:)

    kak Erna:
    tq kak...bolehla 1st time try kak..:)

    ReplyDelete
  28. Norul:
    tq dear..:)

    ady:
    tq ady...bolehla kan janji ada rupa ladybird juga kan..:)

    mamasya:
    tq kak...ya betul la kena ada seni melukis juga..nieza ni buat kira comotla...tak ada seni langsung tapi ada rupa jadilah kan..hehe

    KC@ella:
    bestnyer kalau saya pun boleh order mcm gitu tapi kat sini nak mkn kena buat sendiri la..:)

    kunangx2:
    tq...haha tgk betulx2 yer...:)

    Adinda Amy:
    yup adinda..:)

    quinnie:
    biasa angin rajin akak ni ada masanya juga dik...kalau angin malas apa pun x menjadi..hehe

    ReplyDelete
  29. Kak Rosaliza:
    w.salam kak...tq kak..ya la kak kena tunggu betulx2 rajin nak buat ni...insyaAllah menjadi la nanti.

    cik manggis:
    tq kak..betul kan dah cuba baru tau kan..:)

    kak nor:
    tu la pasal kak bela ladybird yg boleh mkn ni...hehe btw tq kak.

    kak Amie:
    tq kak...tabik juga sama akak yg rajin msk menu berderetx2 tu.:)

    juwita:
    tq ita...ya la comel kan..nk mkn pun senang nak buat jer susah..hehe

    kak kasih:
    tq kak...ya surela suka dgn mak budak pun sama suka gak..hehe

    jaja:
    ishhh jgn la syng nk mkn..penat tau buat...hehe

    kak sam:
    ya...insyaAllah pasti berjaya:)

    ReplyDelete
  30. alahai.. rajinnyer.. cantik sgt! tun nk wat dot dot pun x cukup rajin tu.. nk wat ladybird lagii laa.. hehe

    ReplyDelete
  31. Salam Nieza, memang cantik apam ni, kalau kak buat belum tau boleh jadi secantik Nieza punya..

    ReplyDelete
  32. Salam Nieza...Wah..cumel-cumel betul apam kat sini....

    ReplyDelete
  33. Assalam, K Nieza....
    Rajin wat apam ladybird.. nurul x terbuat2 lagi... setakat buat apam dot2 je... comeyyyyy apam ladybird tu..

    * Thanks singgah blog Nurul... :)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)