Home

13 Apr 2010

Mee Kuning



Bahan-bahan:
4 Cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 camca tea air abu atau air kapur
1/2 camca tea garam
sedikit warna kuning
minyak masak

Cara membuatnya:
1. Campurkan 1 1/2 cawan air sejuk dengan air abu dan garam kacau hingga rata. Kemudian dicampurkan kedalam tepung dan diuli sehingga sebati.
2.Doh tadi dicanai dalam 1/4 inci tebal dan dimesin dengan menggunakan mesin membuat mee.
3. Panaskan air dalam periuk dan campurkan sedikit pewarna kuning dan 2 sudu makan minyak masak.Apabila air sudah mendidih baru masukkan mee tadi. Angkat apabila mee telah timbul di permukaan air tadi dan ditapis kemudian dijiruskan sedikit air sejuk supaya tidak melekat.....selepas itu barulah dengan sedikit minyak masak...buatlah sampai habis adunan tadi.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)