Biryani ni masak masa pi picnic hari tu lagi tapi baru nak masuk n3..bz jer memanjang mcm2 aktiviti ada so...ceta pasal mutton biryani ni resepi asalnya saya belajar masa kat Dhaka dulu banyak lagi bahan2nya tapi saya ubahsuaikan sikit ikut citarasa sendiri....dan rempah pula saya gunakan rempah shan dr Pakistan.
Bahan-bahan:
11/2 kg daging kambing + tulang
5 cwn beras basmati direndam 30 minit dan dicuci, toskan
8 cwn air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 packet rempah shan
1/2 biji lemon
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
1/2 cawan gajus goreng
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah shan dan kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan daging kambing dan masak sehingga daging masak dan empuk. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Masukkan karot, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau nasi bila nasi betul2 masak dan sebati dgn rempah serta daging.
6. Bila dah masak bolehlah diangkat dan dihias dgn bawang goreng.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)