Home

22 Apr 2010

Ayam Masak Merah


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan bubuh kunyit dan garam pastu goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos
kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)