16 Aug 2012

Salam Lebaran Dari Finland



Assalammualaikum semua
Bersempena dengan ketibaan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua teman-teman blogger tak kira yang baru dan lama. Terutama sekali pada blogger masak-masak yang sama-sama berkongsi resepi masakan untuk saya cuba masak selama berada di perantauan orang ni. Minta dihalalkan semua resepi yang telah saya cuba ya.

Buat semua pengunjung setia yang sudi singgah ke blog saya ni, terima kasih diatas sokongan padu yang anda semua berikan walaupun kadangkala saya terlepas pandang untuk berkunjung balas balik tapi semua komen dan sokongan yang anda berikan amatlah saya hargai.

Tahun ni saya dan suami tak dapat balik beraya dan hanya beraya perantauan dibumi  Finland jer. Persiapan hari raya dibuat secara sederhana saja. Saya hanya sempat buat 6 jenis biskut raya saja tahun ni tapi tak sempat nak saya sharekan kat sini sebab masa agak terhad untuk saya buat n3 sekarang ni. InsyaAllah...mengikut perancangan akan diadakan jamuan rumah terbuka pada hari raya pertama nanti di rumah kami disini nanti. Banyak persiapan yang perlu dibuat sekarang ni. Dalam masa yang sama, saya juga sibuk buat persiapan untuk balik ke Malaysia lepas raya nanti. Kalau tak ada apa hal selepas raya nanti kami akan balik for good ke Malaysia cuma tarikhnya saja belum pasti lagi. Bila dah comfirm tarikhnya nanti akan saya maklumkan kemudian nanti....InsyaAllah. Doakan semoga segala urusan akan dipermudahkan Allah juga nanti.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan sekirannya ada catatan dan penulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak disini..tiada ada niat lain selain daripada hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman diperantauan bersama teman dan dalam masa yang sama berkongsi resepi yang pernah saya cuba selama ini saja. Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. 

Doa dan harapan saya juga semoga hari raya tahun ini disambut dengan meriah dan penuh dengan kesyukuran ke hadrat Ilahi oleh kita semua tak kiralah dimana saja kita berada kita tetap memandang anak bulan yang sama. Pada yang sudi ambil lah ecard raya ni sebagai tanda kenangan saya buat semua. Salam sayang buat semua:D

Iftar 2012

Assalammualaikum semua
Semakin hari semakin sibuk dengan aktiviti disini. Semalam 15hb Ogos 2012, telah diadakan jamuan berbuka puasa bersama Malaysian di rumah TYT duta. Agak lewat sikit diadakan jamuan iftar tahun ni sebab waktu di penghujung ramadhan ni barulah masa berbuka disini semakin awal...itu pun pada jam 9.15malam dan waktu subuh pada jam 3.46pagi kalau nak dibandingkan dengan waktu iftar di awal ramadhan hari tu maghrib pada jam 10.20 malam dan subuh 2.36pagi. Bila dah lewat ni adalah masa sikit bagi tetamu yang hadir.

Alhamdulillah...majlis berjalan dengan lancar semalam. Walaupun TYT Duta Besar Malaysia dan isteri berbangsa cina tapi sokongan padu yang diberikan amatlah bermakna sekali buat kami semua disini. Semua staff embassy bergotong royong memasak juadah semalam. Saya juga turut ditugaskan untuk memasak iaitu memasak daging sebanyak 6kg dan juga membuat kuih bingka. Makanan pun cukup buat semua tetamu yang hadir. Jemputan tetamu terdiri daripada diplomat dari kedutaan Indonesia, Imam dari Moscow yang telah lama bermaustatin di Finland dan Malaysian yang bekerja dan belajar disini.

Sekadar untuk berkongsi kenangan dan simpanan kenangan saya disini. Inilah juga pengalaman pertama saya berbuka puasa beramai-ramai dengan Malaysian di rantauan orang. Pada Ramadhan thn lepas dan thn sebelumnya ni saya tak berpeluang sebab terpaksa balik ke Malaysia untuk  menjaga mak yang sakit.  Hanya suami saya yang berpeluang berpuasa dan berbuka puasa disini. Alhamdulillah tahun ni dapat juga merasa pengalaman ini dan insyaAllah merupakan pengalaman tahun terakhir jugalah buat kami sebelum balik for good ke Malaysia lepas raya nanti.


 Imam membaca doa sebelum berbuka puasa

 Juadah nasi dan lauk pauk
kuih muih dan biskut
buah-buahan


 bergambar kenangan bersama isteri TYT Duta dengan Malaysian, Indonesian ladies yang hadir

Majlis berakhir pada jam 11 malam.

Salam Perantauan di Media

Assalammualaikum semua
Cerita salam perantauan ni dah lama saya nak sharekan tapi asyik tertangguh saja. So...hari ni baru berkesempatan nak cerita. Cerita ringkas sajalah sekadar untuk  simpanan kenangan disini saja.

Gambar bersama rakan-rakan Malaysia yang sama-sama merantau dibumi Finland ni telah dihantar oleh seorang rakan disini ke pihak Kosmo dan utusan Malaysia. Rasanya 3 mingu lepas lagi kot dah keluar surat khabar ni. Agak kurang jelas sikit gambar ni tapi tak kisahlah nak simpan juga disini...:D

Gambar di bawah ni pula cerita cabaran kami berpuasa selama hampir 20jam di sini. Hanya ada masa 4 jam saja untuk kami makan. Dalam masa 4 jam itulah masa untuk berbuka puasa, solat terawih dan bersahur. Memang masa agak terhad. Pada awal ramadhan hari tu waktu berbuka pada jam 10.20malam dan waktu subuh pula pada jam 2.36pagi. Ya,  memang agak mencabar berpuasa di musim panas sebab waktu siang yang panjang buat kami dan semua umat Islam disini tapi alhamdulillah semuanya dapat lalui dengan baik. Cabaran berpuasa panjang bukanlah menjadi halangan untuk kita berpuasa sekiranya kita percaya disebalik ujian itu ada rahmat Allah juga.


10 Aug 2012

Kuih Ketayap Berinti Lempuk Durian


Assalammualaikum semua
Juadah berbuka entah hari ke berapa puasa hari tu dah lupa. Rasanya lepas buat kuih tepung bungkus hari tu kot saya buat kuih ni sebab lebihan inti tepung bungkus tu saya tambahkan sikit lempuk durian dan gunakan untuk buat inti kuih ketayap ni. Memang sedap sangat bila inti kuih ni dibubuh lempuk durian tu. Kebetulan memang nak abiskan lempuk durian yang dah lama tersimpan tu. Sekarang ni tgh operasi untuk abiskan stok makanan yang ada.

Rasanya dah banyak kali juga saya buat kuih ketayap ni tapi tak pernah lagi simpan dalam blog..kuih yang simple dan mudah ni rasanya semua orang boleh buat kan tapi kali ni resepinya ada kelainan sikit So... saya sharekan lah disini. Terima kasih pada tua empunya resepi asal dan Mamasya yang berkongsi resepi ni. Bagi yang suka makan durian bolehlah mencuba.

Kuih Ketayap 
Sumber
 resepi asal sini
sumber: DapurMamasya
Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih - guna 2 cwn kelapa kering
Gula biasa/ gula melaka secukupnya - letak 1/2 kpg kecil gula melaka + 1/2 cwn gula biasa
1/2 cawan air - air perlu tambah sbb guna kelapa kering
1 sudu besar tepung gandum 
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Bahan2 Dadar
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan/susu segar - guna santan
secubit garam
esen pandan/4 helai daun pandan- tak letak
pewarna hijau secukupnya
1 biji telur
sedikit minyak

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)

Cara Menyediakan Dadar/kulit
1. Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati kalau guna daun pandan.. mesin pastu tapis ambil airnya.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak(kalau guna non stick pan takyah pun takpe) . 
4.Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. 
5. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. Ulang proses no. 4. 6. Sementara nak tunggu dadar ke 2 masak segera masukkan intikan kat dadar/kulit yang pertama td dan gulunglah kuih . Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dihidang


8 Aug 2012

Lepat Pisang


Assalammualaikum semua
Lamanya tak intai blog ni ..lately ni masa memang agak terhad untuk saya singgah ke sini dan bw ke blog kawan-kawan semua. Banyak urusan yang perlu saya selesaikan. Bukan saja urusan persiapan untuk hari raya disini tapi urusan untuk balik ke Malaysia lepas raya nanti.

Terima kasih pada yang sudi singgah sini. Banyak n3 yang tertunggak belum saya publishkan lagi..insyaAllah kalau ada masa dan kesempatan nanti saya sharekan disini dan dalam masa yang sama memang nak simpan disini juga untuk rujukan saya kemudian hari nanti.

Kuih lepat pisang ni pun dah lupa buat juadah berbuka puasa hari yang ke berapa hari tu. Nak abiskan pisang ranum dan daun pisang tu saya gunakan buat kuih ni la. Memang sedapla...lama tak makan kuih lepat ni. Terima kasih pada Ros@Jintan manis yang berkongsi resepi kuih yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula yer:D


Sumber : Ros@jintanmanis
bahan-bahannya 
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula 
  • 1 senduk santan pekat
  • 1/2 s/k garam (resepi asal tak ada tapi nieza bubuh)
  • daun pisang secukupnya
  • Cara-caranya
  • Panaskan pengukus,
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati,
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Nieza kukus daun pisang dlm periuk pengukus jer sekejap) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas,
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

3 Aug 2012

Ikan bakar Air asam


Assalammualaikum semua
Nak sharekan resepi ikan bakar dan air asam yang saya buat untuk bersahur semalam ni. Latelyla ni selera makan masa bersahur dah berkurang. Tapi nak kena makan juga sebab berpuasa panjang disini perut  cepat masuk angin pula kalau tak makan. So..bila buat lauk simple macam ni baru lah saya rasa selera makan tu bertambah. Ya la lain orang lain citarasanya kan...maybe bagi orang lain lauk biasa jer kan tapi bagi saya kat sini lebih suka makan ikan dengan air asam mcm ni jer. Tak perlu lauk lain dah kalau ada masak ikan bakar mcm ni. Tu sebab sekali masak sampai 2 ekor. Suka sangat meratah ikan gitu saja.

Ikan ni pula dapat masa mr.hubby pergi memancing minggu lepas. Alhamdulillah rezeki kami dibulan ramadhan ni mr.hubby bawa balik ikan ni sampai 6 ekor. ikan ni namanya ikan hauki..ikan biasa yg ada di Finland ni. Isinya sangat putih dan rasanya juga sgt sedap. Memang ikan fav saya kat sini.

Oklah jom kita semak resepi ikan bakar dan air asam kat bawah.

Sumber: http://Nurniezza.blogspot.com
Resepi Ikan Bakar
Bahan-bahannya
2 ekor ikan bersaiz sederhana besar (Boleh guna apa-apa saja ikan yang disukai)
sedikit garam
daun pisang atau daun kunyit untuk membakar ikan.


Cara membuatnya:
1. Ikan dicuci bersih kemudian lumurkan dengan sedikit garam
2. Panaskan oven atau boleh juga dibakar dengan menggunakan kuali diatas dapur.
3. Bungkus ikan yang dicuci bersih tadi dengan daun pisang atau daun kunyit.
4. Masukkan ke dalam oven dan masaklah sehingga ikan masak sepenuhnya. Bila ikan dah masak bolehlah diangkat dan siramkan dengan air asam dan sedia dimakan bersama dengan nasi putih.

resepi air asam ni pula menggunakan resepi kak Liza..memang suka resepi air asam bubuh kerisek ni. tq sharing resepi ni yer kak...saya sharekan kat sini pula.

Sumber Resepi : Kak Hanieliza
Resepi Air Asam
Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam]
(direndam 1/2 cawan air dan buang biji)
10 cili padi [nak pedas boleh tambah]
1 biji tomato
1 inci belacan bakar
1 sudu kecil kerisik [jika suka]
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato buah
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau nipis [ambil jus]
mangga muda

Cara 
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan A ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis. 
5. Mangga muda dicincang atau sagat. (Nieza tak bubuh sebab tak ada stok)
6. Gaulkan Bahan A bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan. 


2 Aug 2012

Tepung Bungkus

Assalammualakum semua
Hari ni buat kuih tepung bungkus pula..kuih lama-lama ni memang menjadi pilihan hati. Sebelum ni, saya tak pernah buat sendiri pun kuih ni. Bila dok jauh tak ada jual ni la yang berpeluang membuat kuih muih sendiri dan mencuba buat kuih yang belum pernah dibuat lagi. Itulah pengalaman bila dok merantau ni. Kuih ni saya buat 1/2 adunan saja.

Ada yang bertanya ada jual tak daun pisang kat Finland ni? Ya...ada jual dikedai aseanic kat sini. Kebanyakan barang di kedai aseanic tu diimport dari Thailand, Vietnam,Indonesia dan Malaysia pun ada juga. Kira semua barangan asia ada jual kat sana cuma harganya mahal sikitla sebab semua import mari. So...daun pisang ni pun saya beli yang frozen. Adalah juga kalau nak guna tu kan.

Resepi kuih ni ambil kat dapur Izah Daut dan Kak Sheila pun dah buat. Resepi asalnya dari Bdaria. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ...saya kongsikan disini pula bagi sesiapa yang nak mencuba bolehlah cuba.


TEPUNG BUNGKUS
Sumber Resepi: Bdaria
(anggaran dalam 20 biji)
Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)
1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam
Cara memasak bahan A
Potong gula merah menjadi ketulan kecil
Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Tutup api dan sejukkan inti anda
Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.


Langkah 2
Bahan B
200gm tepung pulut
150ml air (+/-)
Cara membancuh bahan B
Masukkan tepung pulut dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
Buat sampai habis dan ketepikan.
Langkah 3
Bahan C
2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.
Langkah 4
Bahan D
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air
Cara-cara memasak bahan D
Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS
Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

Strawberry Smoothie


Assalammualaikum semua
Hari ni nak sharekan air minuman yang saya buat untuk berbuka semalam. Semalam nak share tapi badan rasa lemah sangat. Seram sejuk dan sakit kepala mcm nak demam jer rasa masa petang semalam tu. Juadah berbuka pun Mr.hubby yang sediakan saya cuma buatkan air ni jer. Bila lepas berbuka baru rasa ok sikit. Alhamdulillah tak berlarutan sebab risau juga kalau demam masa ni...maybe badan kurang air sama. Berpuasa panjang sini memang kurang minum air pun.

Smoothie ni dah banyak kali juga saya buat dan masih menggunakan resepi yang sama...simple dan mudah sangat nak sediakannya. Nak abiskan stok stroberi tu sama tu yang buat ni. Oklah resepi boleh semak dibawah yer.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
Buah strawberry secukupnya (kuantiti terpulang nak bubuh byk mana)
Ice cream vanilla
gula
ais ketul (crushed ice)


Cara-cara
1. Cuci bersih buah strawberri yang digunakan dan masukkan ke dalam blender.
2. Masukkan pula bahan-bahan lain seperti ais ketul, ice cream dan gula. Mesinkan sebentar. Apabila semuanya sebati bolehlah dituangkan didalam gelas dan sedia untuk dinikmati. Selamat Mencuba!

1 Aug 2012

Lepat Cendol


Assalammualaikum semua
Alhamdulillah...hari ni berkongsi lagi juadah ramadhan yang ke-12 saya disini semalam. Hari ni dah masuk ramadhan ke-13 dah kami di Finland ni.  Memang bulan puasa ni saya kerap buat kuih muih sebab memang saya dan suami gemar berbuka dengan kuih saja. Nanti bersahur baru kami makan nasi atau makanan yang berat sikit.

 Bila buat kuih ni teringatla kat mak kat kampung sebab dulu-dulu setiap hari di bulan puasa mak saya akan buat 1 hari 1 jenis kuih..so..kalau ada 30hari dapatlah merasa 30 jenis kuih yg mak buat. Memang seronok sgt masa tu sebab tiap hari ada jer juadah kuih dan juga dari jiran-jiran yang berbalas piring bila kami hantar kuih. Terasa meriah bila berpuasa mcm tu. Semua tu hanya tinggal kenangan saya dizaman kecil jer la..sekadar berkongsi cerita saja.

Oklah berbalik pada cerita kuih lepat ni pula...saya memang nak abiskan stok cendol tu sama tu sebab tercari-cari kuih apa nak dibuat dgn cendol tu. Nampak daun pisang yg dah lama dlm freezer tu barulah teringat nak buat kuih lepat ni. So..google jer la cari resepinya dan alhamdulillah sedap juga rasanya. Nak buat pun senang sangat dan bagi sesiapa nak mencuba bolehla mencuba.


Sumber : MakLong
Bahan-bahannya
1 bungkus besar cendol
3 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 cawan gula
secubit garam
3/4 cawan tepung ubi
2 helai daun pandan
daun pisang secukup nya..di layur dulu (Nieza kukus jer sekejap)


Cara memasak
1. Semua bahan-bahan di atas dicampurkan dalam periuk
2. Kemudian dimasak diatas dapur sekejap sehingga semua bahan masak dan pekat
3. Bila semua dan masak dan kelihatan pekat barulah dimasukkan cendol.  kemudian,
angkat dan buang daun pandannya.


cara-cara membuatnya
1. Ambil daun pisang kemudian sudukan 2 sudu adunan yang dimasak tadi.
2. Lipat daun pisang di kedua-dua hujungnya. Caranya sama seperti membuat lepat yg lain tu juga.
3. Bila siap membungkus bolehlah dikukus lepat cendol dlm masa 15-20 minit. Selamat mencuba.




Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers