29 Jun 2012

Bun Kentang



Assalammualaikum ...selawat dan salam dihari Jumaat yang mulia buat semua. Banyak hari blog saya tak berupdate dan tak dpt nak bw di blog kawan-kawan sebab saya kurang sihat balik dari cuti masuk hutan ikut mr.hubby gi memancing hari tu  terus demam. Alhamdulillah demam dah baik...hari ni baru terasa kuat sikit nak ngadap lappy ni. Kalau tak lappy  tak terusik pun. Online fb pun tgk kalau ada msg masuk jer tu pun guna ipad dan iphone jer.


Oklah berbalik pada n3 ni tadi memang saya tersilap publish...tu pasal ada yg cakap nampak n3 roti ni tapi tak boleh tengok. Maaflah..saya tersilap tekan publish pulak masa tu...:P oklah sekarang  dah boleh tengok betul-betul dah. Masa tadi tak sempat nak masukkan gambar lagi. tu sebab saya cancel dan edit balik.


Bun kentang ni buat masa sebelum cuti hari tu lagi...dah abis lah yer. layan jer la gambar dan resepinya.  Resepinya ambil kat dapur Ros jintan manis yang pakar dalam bab meroti tu. Ramai dah yang pernah cuba  buat bun ni...saya pun pernah buat juga sebelum ni tapi tak pernah n3 lagi kat blog. So..kali ni saya sharekan lah kat sini untuk simpanan rujukan saya dan juga pada sesiapa saja yang memerlukan resepi untuk dicuba. Terima kasih pada Ros yang berkongsi resepi  dan izinkan saya berkongsi kat sini yer:D


Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)

kastard ni memang saya doublekan  masa piping atas bun.... tu sebab nampak tebal sebab tgk kastard tu mcm banyak ingat abiskan semua terusla.


sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula



caranya: ( sos kastard)

1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
kalau jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.




Caranya. ( roti)

1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.



2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 



3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, , gliss permukaan dengan baki telur dan kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba.


22 Jun 2012

Bingka Kacang Hijau


Assalammualaikum semua dan salam dihari jumaat yang mulia.
Hari ni cuti public holiday kat Finland ni ..dah masuk mid summer dah sekarang ni. Ini bererti masa siang disini lebih panjang dari waktu malam.

Oklah, hari ni...saya nak sharekan kuih bingka kacang hijau pula. Kebetulan nak abiskan stok kacang hijau lebihan bubur tu saya buatlah bingka pula. Banyak juga sekali buat adunan ni. Satu adunan kuih ni boleh dapat 2 loyang  saiz loyang kuih silikon ni.

Resepi ni saya google jer hari tu..cari kuih yang berasaskan dari kacang hijau  disini so..bila tgk simple jer bahannya dan mudah pula nak buat saya buat jer la. Lain dari yang lain sikit rasanya tapi memang sedap..pernah buat bawakan masa dengan kawan-kawan berpiknik hari tu ramai yang cakap sedap dan tak rugilah kalau peminat bingka yang nak mencuba buat kuih ni.


Terima kasih pada tuan empunya resepi asal yang berkongsi resepi ni dan izinkan saya berkongsi resepi ni disini pula. Ok jom tengok resepi kat bawah ni yer.


Resepi Bingka Kacang  Hijau

Bahan-bahan

Bahan A

6 biji telur

125 gram gula pasir

1/2 tin susu pekat
250 gram kacang hijau rebus hingga empuk (nieza lebihkan 300gm)

 Bahan B

5 sdm margarine

200 ml santan pekat

100 ml air daun pandan
150 gram tepung gandum


Cara memasak
Blender bahan A   hingga halus,Blend bahan B   hingga halus.
Campur bahan  A dan bahan B hingga sebati.
Tuang adunan kedalam loyang,bakar hingga kekuningan.
Bila sejuk potong mengikut selera.

Selamat berhujung minggu buat semua...hari ni juga saya dan suami akak bertolak ke summer cottage kawan  disini dan bermalam disana kerana jaraknya jauh sikit dari Helsinki ni dalam 4-5jam juga memandu kereta. InsyaAllah kita jumpa minggu depan..:D

21 Jun 2012

Bubur Kacang Hijau Durian

Assalammualaikum...
Hari ni nak sharekan bubur kacang  hijau durian yang sesuai dibuat untuk juadah minum petang ataupun bila-bila masa saja yang disukai. Sekarang ni sana sini orang tayang menu durian kan..maklumla musim durian kat Malaysia tu banyaklah menu durian akan keluar. Tapi kat sini duriannya sentiasa bermusim kira sentiasa ada jer la kalau nak makan tu boleh beli jer kat kedai aseanic kat sini tapi yang diimport dari Thailand la. Bolehlah kalau nak makan tu kan.

Oklah resepi bubur kacang durian ni simple jer dan mudah sangat nak membuatnya. Rasanya ramai dah yang tahu buat kan tapi saya nak share jugalah resepi kat sini buat simpanan saya. Oklah jom tengok resepi style saya buat pula.


sumber: http://Nurniezza.blogspot.com
 Bahan-Bahan
1 cawan kacang hijau yang direndam 3-4jam atau semalaman
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
air yang cukup untuk merebus kacang hijau
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir 
1 helai daun pandan
5-6 ulas isi durian
 1 s/k garam yang dibancuh dengan santan pekat 




Cara-Cara
1. Cuci besih kacang hijau yang direndam kemudian rebus kacang hijau dengan air sehingga kacang hijau empuk dan kelihatan kembang.Tambahkan sedikit air sekiranya kering.
2. Masukkan gula merah, gula pasir dan kacau sebentar.
3. Masukkan santan pekat yang telah diletakkan garam kedalamnya. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masukkan isi durian, susu cair dan kacaukan sebentar sehingga sebati. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah dihidangkan.



20 Jun 2012

Kambing Lemon Bermadu

Assalammualaikum semua
Nak sharekan resepi kambing lemon bermadu pula. Lauk yang digandingkan dengan nasi lemon boleh tengok n3 nasi lemon disini. Semalam lepas publish n3 nasi lemon mata dah ngantuk tak boleh nak mengarang buat n3 lauk ni so...hari ni la saya sharekan.

Lately ni, waktu tido memang dah berubah. Waktu summer sekarang ni menyebabkan waktu solat pun berubah dan perbezaan yang ketara sebab masa siang yang panjang ketika ni. Kalau tengok langit selalu cerah jer waktu malam tak segelap macam di Malaysia. Waktu isyak sekarang ni kul 12malam pastu subuh pula awal 1.47pagi. Memang tak tidola tunggu lepas subuh baru saya tido. Macam tu la perubahan masa yang berlaku pada negara 4 musim ni. Kalau waktu winter waktu siang pendek pula.


Berbalik pada n3 hari ni, resepi asalnya dari ayam masak lemon bermadu tapi saya tukarkan ayam kepada kambing dan saya olahkan sedikit dari resepi asalnya. Bagi sesiapa yang tak makan kambing bolehlah tukarkan kepada ayam untuk membuatnya. Memang menurut mamak Haji dia tak kisah kalau resepi yang diambil dari blognya itu diubah suaikan mengikut cara kita yang tersendiri. Terima kasih pada mamak haji kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula. Maaf gambar yang diambil ni agak kurang jelas sikit sebab saya ambil pada waktu dah senja sebelum waktu berbuka puasa hari tu.

Olahan dari resepi ayam masak lemon bermadu Mamak Haji
Sumber: Mamak Haji
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing/lamb  dicuci bersih 
2 sudu besar (tbsp) serbuk cili
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam
3 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan satu cawan air)
2 biji bawang sederhana besar dihiris halus memanjang
2 sudu besar pes halia bawang putih
3 kuntum bunga lawang
 5 biji buah pelaga
 5 biji cengkih 
2 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil garam masala ( tak dimestikan, sekiranya ada)
3 sudu besar pati oren atau sunkist
3 s/b madu
1 biji lemon. (1/2 buat air perahan dan 1/2 lagi untuk hiasan)
 daun pandan (dipotong panjang 3 inci – 2 helai)
6 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Madu untuk glazing (mengilatkan)


CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging kambing dan  toskan sebentar. Kemudian rebuskan daging kambing sehingga empuk dan sementara menanti daging kambing empuk bolehlah tumiskan bahan lain dulu. Kalau menggunakan daging ayam tak perlu direbuskan dahulu cuma perapkan dengan garam kunyit dan digorengkan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 3 sudu besar, bila minyak panas, masukan rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih), masukkan daun pandan, masukkan bawang dihiris sehingga bawang bertukar warna kepada kuning keemasan.
3. Sederhanakan api dapur, masukan pes halia bawang putih, diikuti serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bila tumisan sudah wangi,  masukkan air kisaran bawang. Sekiranya ingin berkuah tambahkan air. Biar bawang kisaran tadi masak bersama dengan rempah-rempah. 
4. Bila kuah kelihatan mendidih masukkan ketulan  daging kambing yang direbus beserta dengan sedikit air rebusan kambing tadi. . Kecilkan api bila kuah mula pekat.
5. Masak daging kambing sehingga masak keseluruhannya.  Masukan perahan air lemon dan air pati oren atau sunkist untuk mendapatkan wangian semula jadi. Kemudian masukkan madu dan garam secukup rasa.
6. Keluarkan ayam dan hidangkan di atas pingan hidangan. Tuangkan madu dengan mengggunakan sudu atau brus ke atas permukaan ketulan ayam (glazing). Selamat mencuba. 





NASI LEMON

 Assalammualaikum semua
Hari ni nak sharekan menu tertangguh lagi...buat nasi ni masa sebelum pergi bercuti hari tu lagi. Nasi lemon ni memang sedap bagi yang suka nasi beraroma macam ni bolehlah mencuba. Saya gandingkan nasi lemon ni dengan lauk kambing lemon bermadu. Nanti saya sharekan resepi lauknya pula. Boleh juga dimakan dengan apa-apa saja jenis lauk yang lain juga.

Resepi asalnya dari buku resepi kenduri kahwin Pak Engku yang telah dikongsikan bersama oleh Kak Liza@ Intai Dapur. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal Pak Engku dan kak Liza yang berkongsi resepi ni. 

RESEPI NASI LEMON PAK ENGKU

Dari buku Resipi Kenduri Kahwin Pak Engku
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
100 gm marjerin
1/2 tin susu cair
1/2 s/t serbuk kunyit 
1 biji lemon ( parut dan ambil jusnya)
1 liter air
Garam, serbuk perasa
100gm kismis (Nieza tambah)
Bhn-bhn tumis:
3 ulas bawang merah - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus (Nieza tambah)
1 batang kulit kayu manis (Nieza tambah)
5 kuntum bunga lawang (Nieza tambah)
1 tangkai daun sup - potong
1 tangkai daun pudina


Cara Memasak
1.  Panaskan marjerin dan masukkan bahan-bahan kisar, goreng hingga garing.
2. masukkan bahan tumisan yg lain hingga naik bau.
3. Masukkan air, susu cair, serbuk kunyit / pewarna, garam, serbuk perasa, lemon parut dan kacau sebati.
4. Akhir sekali, masukkan beras dan biarkan hingga masak separuh kemudian taburkan kismis.


Kad dari Nur Cetusan Rasa



Assalammualaikum
Sebelum terlupa nak gantungkan ecard yang datangnya dari seorang sahabat dialam maya itu dari blog Nur @ Cetusan Rasa. Kad yang dikirim ni adalah untuk semua pungunjung blog beliau sempena sambutan blognya yang telah pun berusia 4 tahun. Maaf ya Nur lewat sikit saya gantungkan ni.


Tahniah buat Nur....happy 4th blog anniversary. Teruskan menulis dan berblogging lagi ya Nur. Semoga ukhwah yang terjalin ni akan sentiasa mendapat rahmat Allah selalu hendaknya...terima kasih diatas kad yang cantik ni..akan saya abadikan disini sebangai tanda ingatan persahabatan selamanya...:D

19 Jun 2012

Puding Sagu Pelangi

Assalammualaikum semua
Hari ni cerita n3 masak-masak pula yer...cerita summer holiday akan bersambung kemudian nanti untuk beri laluan pada n3 masak-masak ni dulu. N3 tertunggak yang tak sempat saya publishkan sebelum bercuti hari tu.

Puding sagu pelangi ni juga telah saya kongsikan bersama resepinya dalam majalah Aroma keluaran Jun  2012. Rasanya saya buat puding ni masa berbuka puasa hari tu. So...puding pun dah abis layan gambar sajalah yer.  Resepi asalnya dari Gert dan telah dikongsikan bersama oleh Kak Lina Penang dan Kak Yatie. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ni. Memang sangat sedap puding ni bila dimakan apabila disejukkan terlebih dahulu. Bagi peminat puding bolehlah mencubanya.


resepi asal: Gert
sumber:  Kak Lina PGKak Yatie,
Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu putih
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
  • 3 jenis pewarna kegemaran

Cara Membuatnya
  1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
  2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
  3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
  5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.


NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku 


18 Jun 2012

Summer Trip 2012 (Venice, Italy) Part 1

Assalammualaikum semua
sambungan episod summer holiday yang lepas lagi. Lately ni malas betul nak buat n3 kat blog tapi tu la nak juga simpan disini untuk kenangan dan rujukan nanti. Terima kasih pada yang sudi mengikuti cerita cuti-cuti dari Italy.  Daripada destinasi persinggahan yang lepas iaitu dari Menara condong Pisa kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami yang ke 3 iaitu ke kota ke Venice, Italy pula.

Terdapat 3 cara untuk sampai ke kota Venice ni. Kalau pelancong datang dengan menggunkan bas akan tiba di station bas Pizziale Roma. Jika tiba ke kota Venice melalui keretapi pula, akan tiba di station keretapi Ferrovia Santa Lucia dan manakala jika menaiki feri, ia akan berlabuh di Porto Crocieristico iaitu tempat pelabuhan feri di Venice. Kami selamat tiba di Venice pada jam 11.30malam pada 3hb Jun 2012 dan kami terus check in hotel untuk merehatkan diri saja. Pada keesokkan harinya pula kami memulakan lawatan melawat disekitar kota Venice.

Venice atau nama tempatannya dikenali sebagai Venezia adalah merupakan satu kota yang sangat menarik dan terkenal dikalangan para pelancong di seluruh pelusuk dunia. Grand canal adalah sebuah terusan yang terbesar dan terpanjang di Venice.

5jam saja kami dikota Venice ni kami terpaksa mengundurkan diri untuk meneruskan destinasi kami yang seterusnya pula. Gambar yang diambil agak kurang menarik hari tu sebab cuaca agak mendung nak hujan...selepas kami bergerak keluar saja hujan pun turun so...layan jer la gambar yang ada ni.
Kota romantis Venice ni memang terkenal dengan beratus terusan dan jambatan.






Yang menarik sekali bila sampai sini kita dapat melihat banyak kenderaan air digunakan. Terdapat gondola, bot-bot kecil dan water taxi digunakan disini. Boleh tahan mahal juga naik gondola tu bayaran yang dikenakan dalam euro 80 untuk 30 minit saja. Tapi naik jugalah sebab pengalaman mcm tu tak tau bila pula akan dapat kan. Selain dari gondola sebagai pengangkutan disana ada juga bas air atau dikenali dengan vaporetti.












































bersambung pada summer trip to Venice part 2 pula nanti.....


Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers