31 May 2012

Puding Susu Strawberry


Assalammualaikum semua
Terima kasih pada semua yang sudi memberikan komen dan ucapan tahniah di n3 yang lepas serta di fb juga. Saya rasa amat terharu dengan setiap komen dan doa  yang diberikan diatas perkongsian resepi yang telah tersiar di Majalah Aroma edisi Jun 2012. Satu penghargaan yang amat berharga sekali buat saya dan semua blogger masak-masak yang lain juga yang mana akhir-akhir ini ramai yang terpilih oleh pihak media untuk berkongsi resepi juga.

Saya tak pernah merasakan diri saya hebat sebab ada lagi orang lain yang hebat dan saya sedar banyak lagi kelemahan diri ini yang perlu saya perbaiki. Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan dari diri saya sendiri. Semoga apa yang saya kongsikan disini dapat dimanfaatkan oleh orang lain juga nanti..InsyaAllah.

Hari ni saya nak sharekan resepi puding yang telah turut tersiar didalam majalah Aroma hari tu. Sebanyak 8 resepi yang telah tersiar dan 5 daripada 8 resepi telah pun saya kongsikan diblog manakala 3 lagi resepi baru yang saya telah cuba belum saya siarkan disini. 

Cerita pasal puding ni memang sedap.. saya pernah buat dah dulu yang versi pandan punya tapi sekarang saya tukar kepada strawberry pula. Walaupun simple jer tapi bestla kalau layan puding ni sampai tak sedar berapa ketul yg saya dah makan.



Resepi Puding Susu Strawberry
Adaptasi dari resepi puding susu pandan oleh Gert dan yg telah dikongsikan bersama oleh Kak Yatie
Bahan :
  • 600 ml air
  • 120 gram gula pasir
  • 10 gram serbuk agar agar
  • 300 ml susu segar
  • 300 ml santan
  • beberapa titik esen strawberry/ pewarna merah atau pink

Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk agar2, air dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
  3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen strawberry dan pewarna merah/pink, selebihnya biarkan warna asal.
  4. Tuang adunan strawberry kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding strawberry tadi .
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan ketika sejuk.
**Sementara menunggu adunan strawberry beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan strawberry beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan strawberry tadi. Selamat mencuba

Note: Mungkin hari ni n3 akhir saya buat minggu ni sebab hari jumaat 1Jun, selepas subuh sini saya dan suami akak terbang pergi holiday. Kira cuti masak la buat sementara waktu maybe dalam 1 minggu lebih mcm tu. Sekadar makluman saja sebab nanti ada pula yg tinggal komen atau jejak saya tak balas pulakan so..saya maklumkan dulula. Actually tak pergi jauh pun cuma bercuti dekat-dekat europe ni saja. Doakan semoga perjalanan nanti selamat pergi dan selamat balik. Ok.. kita jumpa minggu depan..InsyaAllah:D


30 May 2012

Terima Kasih Majalah Aroma!



Assalammualaikum semua
Hari ni saya sekadar nak berkongsi cerita bila hasil masakan yang telah saya cuba selama berada dirantauan orang ini telah terpilih untuk dikongsikan di Majalah Aroma keluaran bulan Jun 2012. Bersempena dengan Hari Bapa pada bulan Jun ini juga majalah Aroma telah mengundang aktor kacak dari Singapura iaitu Aron Aziz dengan gaya seorang Chef  untuk menjadi cover muka depan majalah Aroma ini. Pada kawan-kawan yang berada di Malaysia bolehlah mendapatkan majalah Aroma ini yang telah pun berada dipasaran sekarang.


Terima kasiah pada rakan-rakan blogger yang memberikan ucapan tahniah di fb. Ada rakan-rakan blogger yang dah pun beli majalah ni dan maklumkan pada saya. Pada masa tu saya belum dapat tgk lagi majalah ni. Maklumla dok jauh ni mana nak cari majalah ni kan. Bila wartawan Aroma emailkan saya gambar salinan mukasurat dalam majalah ni barulah saya berani nak kongsikan kat sini. Actually,  segan juga saya nak sharekan kat sini sebab semua resepi dan gambar yang dimuatkan dalam majalah Aroma ni biasa-biasa saja. Tak adalah menarik sangat tapi saya nak juga abadikan di blog ini sebagai tanda kenangan setelah  2 tahun saya berblogging, inilah yang merupakan satu penghargaan buat saya. Kegembiraan ni juga saya nak kongsikan bersama dengan rakan blogger yang setia memberi sokongan pada blog saya selama ini juga. Tak kira sama ada followers atau silent readers anda tetap saya hargai..:D

Alhamdulillah....buat pertama kalinya saya di berikan peluang oleh pihak media iaitu majalah Aroma untuk berkongsi 8 resepi masakan yang telah saya cuba selama ini. Macam-macam perasaan dirasa bila pertama kali saya terima mesej di facebook dari wartawan majalah Aroma iaitu Akmar pada bulan April yang lepas. Beliau meminta saya untuk berkongsi resepi dan gambar masakan yang telah saya cuba. Pada ketika itu saya sangat sibuk dengan aktiviti disini dan tugasan memasak dipejabat kedutaan sebab itulah lambat juga saya email pada beliau. Dalam masa yang sama, saya masih memikirkan adakah saya layak untuk terima tawaran tu sebab saya sedar saya bukanlah seorang chef yang hebat dan juga blogger masak-masak yang hebat. Gambar masakan yang diambil pun tak secantik macam orang lain ambil..itulah juga yang saya rasakan pada masa tu. Tapi atas permintaan Akmar dan sokongan dari suami saya terima juga. Rasa sangat terharu dan bersyukur diatas peluang yang diberikan oleh pihak media ini..saya amatlah menghargainya. 
Tahniah juga saya ucapkan pada kak Azlita Aziz iaitu tuan empunya blog Masam Manis yang sama-sama terpilih untuk berkongsi resepi masakan di majalah Aroma pada bulan Jun ini. Bagi pandangan saya kak Ita memang layak dan saya selalu kagum dengan hasil masakan dan kreativiti masakan yang telah beliau kongsikan selama ini. Saya telah lama mengikut perkembangan blog kak Ita sejak mula-mula kak Ita berblogging dulu lagi. Bukan setakat resepi saja beliau kongsikan bersama tapi turut juga ada step by step untuk membuat sesuatu masakan itu. Semoga Kak Ita akan terus berjaya dan berkongsi resepi yang menarik lagi nanti.


Tak lupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan pada semua rakan-rakan blogger masak-masak yang turut sama berkongsi resepi yang telah saya cuba selama ini. Kejayaan disebalik perkongsian ini bukanlah milik saya seorang tapi ini semua adalah milik anda semua juga. Tanpa sokongan daripada rakan-rakan blogger siapalah saya. Setiap sokongan padu yang telah anda berikan selama ini amatlah saya hargai. Dengan rasa rendah diri saya memohon maaf  sekiranya ada salah dan silap saya selama saya berblogging ini dan pada tuan empunya resepi asal minta dihalalkan semua resepi yang telah saya cuba dan saya kongsikan disini juga. Semoga segala perkongsian resepi yang telah dikongsikan itu dapat dimanfaatkan bersama orang lain juga nanti..InsyaAllah.



Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua team majalah Aroma, terutama sekali kepada Editor majalah Aroma Siti Dimiati, wartawan majalah Aroma Akmar yang sudi memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menyumbangkan resepi buat tatapan pembaca majalah Aroma. Doa dan harapan saya juga semoga majalah Aroma akan terus maju lagi dengan pengkongsian resepi yang akan mendapat tempat di hati pembaca semua lagi nanti...salam sayang buat semua:D

28 May 2012

Flowers Of The Spring In Finland 2012

Assalammualaikum semua
Hari ni nak sharekan gambar bunga tulip di Finland pula. Dah lama nak buat n3 spring kat sini tapi asyik tertangguh jer...memang agak busy lately ni ada jer aktiviti nak dibuat. Bukanlah sibuk aktiviti dirumah tapi  tugasan memasak untuk embassy. Macam tu lah tugasan saya kat sini. Kalau blog saya sunyi dan tak bw tu kira tuannya busy lah yer. Terima kasih pada yang sudi singgah sini.

Pepagi lagi tadi saya dah keluar tumpang mr.hubby pergi kerja sebab tugas saya hari ni kena sediakan makanan dan minum pagi untuk program di ofis embassy so...kuih,muffin,buah-buahan dan kopi jer la hidangannya. Karipap frozen, muffin dah siap awal hari jumaat lepas lagi yang dibuat secara bergotong royong di rumah duta dan kuih bakar pandan saya buat semalam. Hari lepas sabtu keluar berpiknik dan bbq pula dengan kawan-kawan kat sini. Sekarang ni pun saya curi masa update ni kat ofis embassy. Sementara ada masa terluang sikit ni baik saya gunakan sekejap. 

Oklah sebelum bunga tulip ni layu dengan cuaca yang semakin panas dan nak masuk summer ni saya sharekan lah dulu kat sini yer. Actually, saya ni memang pantang jumpa tulip ni sebab memang suka semua jenis tulip...dah ke ladang besar tulip kat holland pun masih tak jemu lagi tgk bunga tulip ni. Walaupun setiap tahun sama jer bunganya tapi tetap ada kelainan pada pandangan saya. Last year pun saya pernah ke tempat ni juga ambil gambar bunga ni...Mr.hubby pun naik pening dengan kerenah saya bila jumpa bunga tulip ni. Kesian juga tgk bosan jer dia tunggu saya snap gambar bunga ni masa tu sampai banyak kali dia ajak balik saya masih tak jemu tengok bunga lagi..so harap anda semua tak bosan yer...:D...ok jom layan bunga tulip di Finland pula...layan tulip 2 warna dulu ada warna oren dan putih nanti ada masa saya sharekan yang warna lain pula.

 Subhanallah...memang cantik dan indah sekali ciptaanNya...






 putih yang suci...








































sebelum balik posing jap...:D 
kat area taman bunga tu ada view laut dengan bot-bot..memang cantik tempat ni terasa tenang dan mendamaikan.
sekian dulu cerita musim bunga buat kali ...semoga bersambung lagi nanti...:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers