30 Apr 2012

Orange Cake With Buttercream Icing


Assalammualaikum semua
Bertemu kembali di hari isnin dan minggu yang baru setelah 2-3hari blog ni sepi jer tanpa berupdate. Biasa kalau cuti weekend memang tuan blog pun bz dgn aktiviti luar jer . Memang tak sempat nak update blog pun. Masuk bulan mei ni nampaknya aktiviti setiap hari sabtu dah penuh jer. Macam-macam aktivti yang telah dirancang bersedia utk dijalankan.

Oklah nak ceter pasal kek yang saya buat masa last week lagi...kek pun dah abis saya bawakan masa meeting dengan persatuan ladies kat sini hari tu lagi. Kalau nak makan sendiri memang tak boleh abisla jawabnya. Actually, bukan nak makan sangat pun tapi cuma suka-suka nak buat jer. Buat kek ni pun tak ada bersempena apa pun cuma,  tangan keras ni gatal nak main deco-deco lagi...:D

Bila dah start main deco-deco kek ni terasa mcm best pula. Buat pertama kalinya juga saya cuba buat basketweave decorating teknik ni. Actually dah lama teringin nak cuba buat cuma tak berkesempatan jer. Bila dah ada peluang barulah dapat mencuba. Bagi saya yang masih baru-baru nak belajar main deco dan aising ni rasanya memang kena carikan masa yang betul-betul free la sebab semuanya belajar sendiri jer. Hanya buat rujukan dengan berpandukan pada youtube dan buku jer la. Lain sangat kalau kita dapat peluang belajar dengan guru kan. So...main belasah jer lah dulu. Abaikan rupa kek yang tak lawa ni yer.

 Resepi kek oren ni dah lama saya simpan masa zaman saya tak ada blog dulu lagi. Rasanya dapat dari seorang kawan jugalah tapi saya telah edit dan tambah sedikit adunannya sebab resepi asalnya cuma 1 adunan saja. Resepi buttercream icing pula saya cuba resepi yang Anna Qawina kongsikan dulu yang menurutnya resepi dari sedaranya kak Rokiah. Menarik juga aising ni sebab tak berapa manis sangat. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan anna yang berkongsi resepi buttercream icing kek ni..izinkan saya kongsikan disini pula.


Sumber: http: //Nurniezza.blogspot.com
Resepi Kek Oren
Bahan-bahan Kek
310  gm butter dicairkan

6 biji telur 
3 s/b parutan kulit oren jus oren (boleh lebihkan dalam 1 biji pun ok)
1 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan jika tak suka manis)
2 cawan tepung kek naik sendiri

esen vanilla/ esen oren
2s/b jus oren
(saya gunakan 1 sudu mkn orange juice concentrate SUNQUICK
yang biasa digunakan utk membuat air kordial  jus)



Cara membuat
1. Panaskan oven pada suhu 170'C . Pukul telur sehingga kembang
2. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau rata. 
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukulkan dengan kelajuan rendah.
4. Kemudian tinggikan kelajuan selama 5 minit atau sehingga adunan gebu atau putih.
5. Tuangkan aduanan dalam acuan beralas kertas minyak.
6. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 170'C sehingga kek masak.
7. Biarkan kek sejuk baru keluarkan dari acuan.
8. Hiaskan kek dengan aising yang disukai. 

Nieza gunakan buttercream aising dan curahkan sedikit kordial sunkist diatas bahagian tgh kek.


RESEPI KRIM MENTEGA@ BUTTERCREAM ICING
RESEPI : Kak Rokiah

Sumber: Anna Qawina
Bahan-Bahan :
  • 150 grm gula icing (ayak)
  • 150 grm lemak sayuran (shortening)
  • 150 grm mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1s/b jus oren (nieza tambah)
Cara-cara :
1. Satukan shortening dalam mixer dan pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. masukkan esen vanilla. putar dengan kelajuan perlahan.
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai abis dan pukul lagi sampai gebu. Kemudian masukkan susu segar tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih. Ini akan ambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya. 
3. Bila icing dah gebu bolehlah diwarnakan mengikut warna yang disukai.


27 Apr 2012

Ikan Siakap Aroma Bersantan


Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat yang mulia buat semua
Hari ni nak sharekan juadah berbuka puasa  saya semalam. Maaf yer saya tak dapat nak singgah dan bw blog kawan-kawan semua. Terasa macam batery lemah betul badan ni hari ni. Mana taknya sebab saya berpuasa sampai 24 jam.  Memang saya niat nak berpuasa hari khamis dan memang niat nak bagun la bersahur  utk alas perut sikit sebab dah tau puasa masa ni lewat waktu berbukanya sampai jam 9 malam lebih baru masuk waktu.

Tapi bila blk meeting hari rabu tu memang agak lewat petang juga sebab singgah shopping barang dapur pula. So...penat sama agaknya saya pun tak sedar nak bangun makan. Bila tengok jam pada waktu tu dah masuk subuh 3.47pagi. Sabar jer lah tapi saya teruskan jugalah berpuasa. So..kira last saya makan malam hari rabu jam 8.30malam tu sampai la hari khamis jam 9.09malam baru masuk waktu berbuka. Tak ke lebih 24 jam kan. Itu pun saya cuma makan mee sikit  jer malam rabu tu sebab dah niat nak bgn sahur. Tapi alhamdulillah cabaran dan dugaan berpuasa pada waktu yang panjang ni berjaya juga dilalui. Kalau puasa Ramadhan masa summer nanti lagilah lama...memang mencabar juga dugaan tu. Tahun ni bln puasa agak panjang dari thn yang sebelumnya sebab jatuh pada musim panas yang waktu siangnya lebih panjang daripada waktu malam. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.

Oklah ceter pasal ikan ni pula...masakan ni simple jer tapi saya rasa boleh tahan juga sedapnya. Resepi ambil kat dapur kak Wattie dan asalnya dari laman sajionline. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal ni dan juga kak Wattie yang berkongsi resepi ni. Izinkan saya berkongsi disini pula.


Sumber resepi : laman SajiOnline 
copy : Kak Wattie

Ikan Siakap Aroma Bersantan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan - Nieza tukar ikan siakap
12 tangkai cili merah
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah

Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup - dihiris




Cara menyediakan:
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.



Selamat berhujung minggu  buat semua..:D


25 Apr 2012

Chocolate Milky Bun


Assalammualaikum semua
N3 hari ni nak sharekan resepi yang memang selalu sangat saya buat bila nak meroti. Macam dah jatuh chenta pulak sama doh roti ni. Macam-macam jenis roti dan pizza pun saya dah cuba guna resepi ni. Memang lembut sangat walaupun disimpna sampai 3 hari. Dengan resepi ni juga saya sudah berkongsi ilmu dan pengalaman yang sedikit ni dengan kawan-kawan kat sini yang belajar meroti dengan saya. Mudah-mudahan ilmu yang saya kongsikan itu dapat dimanfaatkan bersama juga..InsyaAllah.

Terima kasih juga pada tuan empunya resepi asal dari doh roti Hokkaido Milky Loaf Angie's Recipes dan sumber yang terdekat saya dapatkan dari dapur  K.Nor @ SG yang berkongsi resepi ni dulu.

So ..kali ni saya buat versi bun pula. Gabungan coklat dan susu memang sedap. Boleh juga rujuk disini untuk melihat roti yang saya buat dulu tu. Hari ni saya agak bz sikit sebab nanti ada meeting kat ofis dgn persatuan ladies@Perwakilan. Terlupa yang minit meeting yang lepas saya belum siapkan lagi..nampaknya nak kena keluar awal sikitla nanti buat kat ofis mr.hubby. Tqvm pada semua yang sudi singgah sini..bila saya free nanti saya kunjung balas yer:D


Adaptasi dari resepi asal Hokkaido Milky Loaf
Source: Angie's Recipes & WendyK.Nor 

540 gm Bread flour 

60 gm Cake flour 

10 gm instant yeast 

30 gm Milk powder 

80 gm Sugar 

9 gm Salt 

1 large Egg 
250 gm Fresh milk 
150 gm Whipping cream
1tbs butter (resepi asal tak ada tapi nieza tambah)

doh yang sedang naik menanti masa utk dibakar....nampak mcm papan dam pula..

dah siap bakar...tak nampak dah perbezaan warna bun tu.



1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved. 
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.


Cara yang Nieza buat
*Nieza guna bm utk menguli doh ni. 
1. Kemudian barulah bahagikan doh kepada 2 bahagian.satu bahagian diletakkan dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.
2. Doh yang siap diletakkan coklat dan warna asal tadi dibentuk bulat. Untuk dapatkan bulat yang sama saiz bolehlah di timbangkan dahulu sebeblum dibentuk. setelah siap ditimbang bolehlah dibentuk bulat dan letakkan didalam loyang. 
3. Biarkan doh naik sekali ganda kemudian bolehlah dibakar mengikut suhu yang ditetapkan.

24 Apr 2012

Tiramisu Biscotti



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Hari ni nak sharekan resepi tiramisu yang dah lama saya buat...sampai terlupa dah bila yang buat ni. Bila tgk kat folder belum publish lagi rupanya...:D


Tak kisahla lambat pun.. gambar tak basi kan apa yang penting saya dapat berkongsi resepi ni dengan semua orang dalam masa yang sama apa saja resepi yang saya cuba disini akan saya simpan utk kenang-kenangan saya di rantauan orang ni. 


Sebelum datang Finland ni, saya pernah ikut suami bertugas ke Dhaka, Bangladesh tapi  masa tu tak ada buat blog lagi banyak juga saya cuba resepi masak-masak ni. Kalau nak buat blog pun susah sebab penggunaan elektrik yang agak terbatas kat sana. Memang jauh beza sgt dengan sini. Tapi apa nak buat kat mana saja org suruh bertugas kita menurut perintah la kan. Masa disana banyak resepi yang saya cuba dan saya belajar dengan rakan-rakan luar dari Malaysia pun ada tapi  hanya simpan dalam buku sajalah susah juga nak buat rujukan sebab kalau dah banyak sgt buku tak tau mana satu nak dicari tapi bila ada blog ni senang dan mudah hanya click dan google saja resepi apa yang kita nak dah boleh dapat. Itulah bagusnya teknologi sekarang ni. Yang mana baik kita ikutlah kalau yang tak baik tu pandai-pandai la kita tolak tepi kan.


Sekadar selingan jer tu. Oklah berbalik pada n3 saya hari ni pula, tiramisu ni memang sedap dan mudah jer nak membuatnya. Rasanya 2-3 kali juga saya buat guna resepi yang sama ni. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dari My resepi dan Kak Zai yang berkongsi resepi. Saya ambil dari dapur kak Zai jer ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.




Sumber 1: K.E@Myr

  • Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe dan baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
Nota:
Adunan ini memang agak moist dan lembut..so kena makan secara scooping...tapi memang sedap.


23 Apr 2012

Lontong



Assalammualaikum
Bertemua kembali dengan n3 masak-masak pula. Bila dah sibuk dgn aktiviti luar tu faham jer lah yer tak sempat pun nak n3kan menu yang dimasak. Bukannya tak memasak tapi kekadang tu malas nak ambil gambar bila dah ambil gambar malas pula nak mengeditnya. Tapi bila dah ada angin rajin bolehlah sharekan kat sini...haha byk betul alasan yer..:D

Oklah n3 hari ni, saya nak ceter pasal lontong yang saya buat ni. Buat pertama kalinya juga saya masak lontong ni. Sebelum ni pernah makan jer tapi tak pernah masak sendiri. Kalau tak join blogger masak-masak sure saya tak pandai masak lontong lagi kan. Ya la kalau org Penang menu lontong ni memang jarang dimasak pun. Tapi bila dah bercampur dgn kawan-kawan luar dari pelbagai negeri masa zaman study dulu saya belajar jugalah makan semua. So...kira tekak 1 Malaysia la kan semua boleh jer. Alhamdulillah...seronok bila berpeluang mencuba pelbagai resepi masakan dirantauan org ni.

Actually, dah lama teringin nak masak lontong ni masa nampak kak Diana sharekan lontong yang dimasaknya dulu lagi tapi asyik tertangguh jer. So..hari tu ternampak tempe kat kedai aseanic tu terusla saya beli dan memang terasa nak buat lontong ni juga. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dari CMG dan Kak Diana yang berkongsi resepi yang sedap ni. Memang berbaloi buat sendiri kan.:D


 Resipi oleh : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan 
Source: Kak Diana
Bhn²
1 biji kelapa, diparut
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
1/2 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Lengkuas
CMG lupa tulis.. Jadi Diana bubuh 1 inci lengkuas_ d hiris (Nieza ikut bubuh juga)



Bahan Sayuran
1/4 biji kobis, dipotong kecil
1/2 biji sengkuang, dipotong mancis
1 batang lobak merah, dipotong mancis
10 tangkai kacang panjang, dipotong serong
2 keping tauhu, dipotong dadu sederhana besar
2 keping fucuk saiz sederhana (tauhu kering), dipotong sederhana besar dan rendam
2 keping tempe, dipotong kecil
 
1/4 ketul sawi bunga, dipotong kecil 
2 biji cili merah _ d hiris menyerong ( Diana tambah ) Nieza ikut kak Diana
Bahan Lain
Nasi impit
Telur rebus @ telur mata lembu
Sambal tumis
Serunding kelapa (optional)

Cara²
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1000ml air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, tuang santan no.2, masukkan udang kering, kiub ikan bilis, serai, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sengkuang, lobak merah, sawi bunga dan tempe, bila lembut sedikit boleh masukkan kacang panjang, kobis dan fucuk. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu. Kacau perlahan. Masukkan so hoon, basuh so hoon sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Akhir sekali tuang santan no.1 dan kacau perlahan, biar mendidih perlahan. Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi impit, serunding dan sambal tumis.
mcm ni la rupa tempe yang dijual dikedai aseanic kat Finland ni...dapat jugalah merasa mkn tempe kan..:D

21 Apr 2012

Memasak Untuk Diplomatik Dinner

Assalammualaikum buat semua
Banyak hari tak ada n3 kat sini sebab tuan umah agak bz sikit minggu ni. Blog tak berupdate dan fb pun tak sempat nak ngadap lama-lama. Macam-macam aktiviti ada sekarang ni. Bila dah busy tu terpaksalah beri laluan pada aktiviti yang lebih penting dulu. Bila dah free bolehlah teruskan aktiviti blogging ni. 

Oklah hari ni, cuma nak sharekan aktiviti yang membusykan saya tu. Aktiviti masak-masak juga tapi kali ni saya ditugaskan memasak di rumah TYT duta besar Malaysia disini pada 19hb April 2012. Memasak makanan untuk jamuan makan malam TYT duta bersama dengan diplomatik negara luar. Saya dimaklumkan untuk memasak makanan dalam kuantiti lebih kurang dalam 20 orang saja. Menu makanan telah dipilih sendiri oleh isteri duta iaitu beliau minta saya masakkan nasi minyak berjagung, rendang daging dan pajeri nenas. 

Sebelum majlis ni saya dah mulakan persiapan awal menu yg akan saya masak. Selain daripada perbincangan dengan isteri duta saya juga ke rumahnya untuk menyediakan bahan dan makanan lain juga. Walaupun memasak dalam kuantiti yang tak banyak tapi saya memerlukan masa juga untuk pastikan semua makanan yang dimasak itu memenuhi selera TYT duta dan tetamu. Ini kerana tetamu yang dari europe tak makan pedas so.. saya kena pastikan semua makanan  yang dimasak itu tidak terlalu pedas. 

sebelum kedatangan tetamu...


 gambar  rendang daging yang dalam proses dimasak ...gambar agak blur sikit sebab saya tak sempat nak snap gambar lama-lama kerana masa ni memang sangat sibuk memasak sebelum kehadiran tetamu.

 ni pula pajeri nenas yang saya masak

keadaan didapur ketika itu..tugasan saya bermula jam 2 petang sehinggalah jam 10malam

 antara gambar yang sempat saya ambil...ketika ini tetamu dah sampai. Saya bersama dengan seorang lagi staff ofis didapur sibuk buat persediaan makanan yang akan di served oleh waitress kepada tetamu. TYT Duta dan isteri hanya dimeja makan bersama tetamu saja ketika ini. Semua tanggungjawab persediaan makanan ini terletak pada kami berdua saja.

Disamping itu kami kena memastikan juga waitress membawa makanan dengan betul. Jamuan ni dibuat secara sit down so..memang semua makanan yang disediakan ini kena buat dengan cepat dan dihidangkan ketika masih panas. Bermula dengan menu yang pertama iaitu  sup bronkoli bersama salmon dan diikuti dengan menu yang lain pula.

Bila dah abis semua tetamu selesai makan sup saya kena sediakan nasi didalam cup pada setiap pinggan pula. Masa ni tak sempat dah saya nak ambil gambar. Antara menu yang disediakan ialah nasi minyak, rendang daging, pajeri nenas, ayam panggang madu, sayur campur ala chinese style dan manakala dessert pula ialah raspberry panna cotta. Minuman panas pula tea dan coffee.

 gambar raspberry panna cotta yang dibuat sehari lebih awal dan disejukkan didalam peti sejuk...saya cuma letakkan topping puree raspberry dan hiasannya sebelum dihidangkan kepada tetamu hari tu. Memang sangat sedap makan raspberry panna cotta ni ketika sejuk. Nanti free saya sharekan resepinya.

Alhamdulillah selesai sudah tugasan saya pada hari tu, walaupun penat tapi saya anggap ini semua satu pengalaman buat saya. Syukur diatas rezeki dan peluang yang diberikan ini. Pengalaman memasak dan sediakan makanan untuk tetamu yang dikalangan VIP akan dijadikan satu pengalaman yang berharga sekali buat saya. Bersambung lagi cerita pada n3 tugasan memasak dihari lain pula nanti..InsyaAllah.

16 Apr 2012

Checkered Cake


Assalammualaikum dan salam buat semua
Jutaan terima kasih saya ucapkan buat semua yang sudi memberi ucapan hari lahir saya yang lepas. Sangatlah terharu dengan semua ucapan dan doa dari semua di blog dan ucapan di fb juga banyak saya terima. Maaflah jika saya tak dapat balas atau tertinggal utk membalas kesemuanya didalam keadaan saya yang memang sangat sibuk selama 2 hari tu kerana mengikuti bengkel fotografi bersama Saiful Nang.


Setiap ucapan dan doa yang diucapkan saya telah baca dan amatlah saya hargai. Mudah-mudahan segala doa yang dipohonkan akan dimakbulkan Allah hendaknya. Hanya Allah saja yang dapat balas budi baik anda semua. Semoga anda semua juga sentiasa dirahmati Allah selalu.


Hari ni saya agak kurang sihat sikit...maybe tak cukup rehat sama. Tapi saya cuba juga utk update blog ni bila ada masa free sikit ni sebab esok ada tugas memasak utk jamuan dirumah duta pula. Mohon maaf sebab belum berkesempatan utk bw lagi. InsyaAllah bila free nanti saya bw dan berkunjung balas balik ke blog kawan-kawan semua. 


Cuma nak sharekan kek yang saya buat minggu lepas lagi sebab minggu ni saya agak bz dengan aktiviti. Actually dah lama saya nak mencuba buat kek dengan topping icing ni tapi asyik belum berkesempatan saja. Kek pun dah abis saya bagikan pada anak jiran sikit. Sila abaikan deco kek yang tak cantik ni yer sebab saya budak masih belajar...:D

Kebetulan buat kek ni nak rasmikan loyang checkered cake yang dah lama juga saya beli tu. Walaupun deco yang dibuat ni tidaklah secantik org lain buat tapi saya nak juga mencuba. Buat pertama kalinya juga saya mencuba buat sendiri semua deco kek tu. Deco bunga tu pun saya hanya belajar buat dengan mengikut tutorial dari youtube saja pada hari membuatnya tu. Tangan agak mengigil juga pada mulanya.. tu sebab nampak hodoh sangat maybe kena cuba lagi nanti. 


Dengan mengunakan resepi asalnya rainbow cake saya tukarkan caranya dengan cara checkered cake. Terima kasih pada tuan empunya resepi kek ni saya ambil resepi ni kat fb kak Zuraini Alias. Boleh juga rujuk di blog kak Zu disini. Terima kasih pada Kak Zu kerana berkongsi resepi kek ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Adaptasi daripada resepi Rainbow Cake
Rujukan : Zuraini Alias, Kak Zu@ Semanis Gula
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Cara-cara
1. Ayakkan tepung, baking powder dan  garam kemudian ketepikan.

2. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang  atau butter bertukar warna putih .
3. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
4. Masukkan esen vanila
5. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

6. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
 7. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan (Nieza hanya bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan satu bahagian dgn warna ungu dan satu bahagian lagi  biarkan dgn warna asal kemudian gunakan cara checkered cake)
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
8. Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
9. Masukkan dalam loyang
10. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrik pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
11. Bila dah masak letak atas redai
12. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
13. Kemudia bolehlah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan 
14. Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
15. Bila kek dah sejuk potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. 

Italian Meringue Buttercream 


200 gm gula ( kkzu letak 300 gm sebab rasenye sangat kurang manis ) tapi boleh rase ikut taste masing2 ye


60gm air ( dah tambah gula jadik tambah air juga jadi 90 gm )

140 gm putih telur ( 4 biji )

300 gm butter

300 gm shortening


Caranya:

 1. 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )

2. Sambil tu masak gula dengan air hingge jadik suhu 118. Jadi kzu 

masak air gula hingga mendidih , lepas tu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan

 memekat )

3. Tuang air gula panas tadi terus kedalam mixer yang masih bergerak tu.


  4. Mix hingga jadi meringue

5. Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.

6. Boleh letak esen vanilla @ apa-apa paste yang di sukai.


ni la loyang yang saya gunakan utk membuat kek ni...beli kat kedai yang menjual peralatan kek di Finland ni.

14 Apr 2012

Happy Birthday To Me........

Assalammualaikum  buat semua
Syukur alhamdulillah pada hari ni masih diberikan peluang lagi untuk bernafas di bumi Allah ini. Semoga dengan bertambahnya angka usiaku hari ini akan bertambah jugalah amal ibadatku padamu ya Allah. 

Jutaan terima kasih saya ucapkan buat semua rakan-rakan blogger, fb dan saudara mara yang memberikan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran saya hari ni. Saya dilahirkan pada tanggal 1979 so...kalau yang masih tertanya-tanya berapa usia saya bolehlah kirakan ya. 


Sejak dari petang tadi lagi wall fb saya pun penuh dgn ucapan dan doa. Terharu diatas semua ingatan dan doa dari semua. Mudah-mudahan segala doa yang dipohonkan akan diterima Allah kerana tidak ada hadiah yang paling berharga dan bermakna buat saya melainkan doa yang dimakbulkan Allah swt. 

 Syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi diatas segala rezeki yang diberikan hari ni walaupun saya sedar saya ada kekurangan disebalik kelebihan itu tapi semuanya ada ketentuan Allah. ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

 Doa dan harapan saya semoga kehidupan saya hari ini dan hari-hari seterusnya disamping suami tercinta, family tersayang serta teman-teman yang saya kenali dialam maya mahupun alam realiti  akan sentiasa mendapat rahmat Allah swt. Terima kasih buat semua. 


Setinggi-tinggi penghargaan juga buat kedua-dua insan yang melahirkan saya dan membesarkan saya didunia ini. Walaupun bapa saya tiada lagi didunia ini tapi ingatan mesra tetap kekal selamanya. Sebagai tanda ingatan saya akan sentiasa berdoa untuknya selalu. Semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan para solihin..insyaALLAH.

Tak lupa juga buat bonda tersayang yang berada jauh dimata tapi tetap dekat di hati selalu.

wajah-wajah kesayangan hamba

13 Apr 2012

Roll Tuna Sandwich


Assalammualaikum dan salam di hari jumaat buat semua.
 Hari ni dan semalam memang hari yang agak membusykan saya...awal pagi semalam dah keluar ke rumah duta bersama ahli persatuan ladies kat sini. Lewat petang baru balik ke rumah. Kami bergotong-royong memasak 2 jenis muffin dan membuat karipap frozen untuk jamuan pada bengkel fotografi bersama photographer terkenal dari Malaysia iaitu Saiful Nang pada hari sabtu dan ahad ni. 

Memang agak sibuk sikitlah minggu ni sebab bengkel ni dibuat di embassy yang akan dihoskan oleh Perwakilan embassy of Malaysia bersama student komuniti disini. 

Oklah ceter pasal n3 ni pula, saya buat  roll tuna sandwich ni utk dibawa ke rumah duta. Dulu saya dah pernah buat dah roll tuna sandwich ni boleh tgk disini. Banyak kali juga saya buat ni memang sedapla. Tapi saya ada derhaka sikitla daripada resepi asal CMG bukan sengaja tapi bread improver dan softener tu memang tak ada jual kat sini..so saya cuba gantikan dengan water roux. Alhamdulillah hasilnya tetap lembut walaupun disimpan 2 hari. Roll tuna ni juga saya yang akan buat untuk bengkel hari sabtu nanti. Terima kasih pada CMG diatas resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: DTS @ CMG
Bahan-bahan
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor

1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver (nieza tak bubuh tapi gantikan dgn 1 besar w/roux)
1/4 camca teh bread softerner (ni pun nieza tak bubuh)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
Bahan inti tuna
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara membuatnya
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  3. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  4. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers