Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Salam rindu dan salam Aidiladha buat semua rakan-rakan blogger dan semua pengunjung yang sudi singgah blog saya yang semakin hari semakin suram dan sunyi tanpa n3 baru dari tuannya. Bukanlah sengaja untuk saya sepikan diri tapi dari hari ke hari masa terlalu cemburukan saya untuk saya singgah dan mencoret disini. Kalau di Finland dulu, disinilah tempat saya menghabiskan masa terluang saya untuk berkongsi pengalaman dan resepi masakan bersama teman-teman blogger tapi bila balik Malaysia sekarang ni banyak yang perlu saya utamakan tapi jika ada masa terluang akan saya usahakan untuk singgah ke sini juga...InsyaAllah. Cuma saya masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru di Malaysia lagi buat masa ini.
Banyak cerita yang nak saya kongsikan disini tapi belum ada masa dan kesempatan. Semalam line internet di rumah baru dapat dipasang. Lama jugalah nak tunggu orang datang pasang internet ni. Bila dah biasa hidup ada internet memang serba tak kena juga dibuatnya bila tak ada tu kan. So....bolehla saya online sekejap sebab lepas ni saya pun tak pasti bila pula saya dapat singgah untuk mencoret disini. Walaupun sibuk ingatan pada semua teman-teman blogger tak pernah saya lupakan. Sangat rindukan untuk bw dan mengetahui cerita dari teman-teman semua. Harap semua teman-teman sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt selalu hendaknya.
Ramai yang sedia maklum saya telah pun balik for good ke Malaysia kerana mr.hubby dah pun tamat bertugas di pejabatnya di Helsinki, Finland. Alhamdulillah saya dan suami telah selamat kembali ke tanahair tercinta pada jam 6 pagi waktu Malaysia pada 6hb Oktober 2012 yang lalu. Berkat doa dari semua segala urusan kami sebelum balik dan sehingga tiba disini telah dipermudahkan Allah SWT. Perjalanan kami bermula dari Helsinki kemudian singgah transit di London airport selama 3 jam sebelum meneruskan perjalanan terus ke Malaysia dengan penerbangan yang memakan masa lebih kurang 13 jam perjalanan untuk sampai ke KLIA. Terima kasih buat semua teman-teman di fb yang banyak mendoakan kami.
Bila dah sampai Malaysia bermula la cabaran kami menjalani hidup disini pula. Banyak urusan nak diselesaikan bila mula nak masuk rumah baru di Putrajaya ni. Dari urusan untuk masuk rumah kuarters, api,air,internet dan semua keperluan lain perlu diuruskan sendiri. Sejak berkahwin kami belum pernah lagi menetap bersama di Malaysia lagi. Barang keperluan yang dari Finland juga belum sampai lagi. Disamping itu, banyak benda yang perlu dibuat sebelum saya mulakan tugasan saya di Penang pada awal November nanti. Buat sementara waktu ni, terpaksa la saya berjauhan dari suami yang telah pun memulakan tugasnya di Putrajaya . InsyaAllah...semoga urusan pertukaran tempat bertugas saya ke Putrajaya nanti akan dipermudahkan juga.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas komen di n3 Perginya Bonda Tak Kan Kembali Lagi......jazakumullahu khairan khathira buat semua teman-teman blogger yang disayangi dan tak lupa juga buat semua pengunjung setia blog ini.
Saya sangat terharu membaca komen yang diberikan semua. Segala ucapan takziah, nasihat, serta sokongan kata-kata semangat yang diberikan telah saya baca satu persatu. Walaupun tak berkesempatan untuk saya membalas kesemuanya tapi saya sangatlah hargai. Tak sangka walaupun perkenalan hanya di alam maya tapi kemesraan dan sokongan yang diberikan terlalu sangat bermakna sekali buat saya. Hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya dan didoakan juga semoga Allah swt memberikan balasan yang baik buat semua yang mendoakan.

Walaupun berita yang saya terima sebelum saya sempat pulang ke Malaysia begitu menyedihkan hati saya tapi sebagai anak dan hambaNya yang lemah, saya redha dengan semua ketentuanNya dan berdoa agar arwah bonda tergolong dalam golongan orang yang beriman dan dikasihiNya. Semoga arwah bonda sentiasa tenang disana dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat ilahi hendaknya. Selagi saya bernafas dimuka bumi ini akan saya kirimkan doa buat arwah ayah dan bonda....InsyaAllah.
nota utk dikongsikan bersama:
Hukum mengucapkan takziah adalah sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
mana-mana orang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudara sasama islamnya yang ditimpa musibah, sesungguhnya dia akan diberikan balasan yang sebaik-baiknya oleh Allah swt iaitu dimuliakan dan dipakaikan dengan persalinan yang serba indah dan pakaian daripada pakaian kemuliaan pada hari akhirat kelak.- Hadis Riwayat Ibn Majah.
kak niezaaaa...... windu! Selamat hari raya aidiladha kak.. thn ni tun xblk kg raya :( raya berdua je kt bintulu, pastu nk gi ronda2 miri sbb xde apa yg blh wat kt bintulu. huhu....
ReplyDeleteterasa penatnya mengemas umah masuk umah baru kan. chaiyok2!! n semoga senang dpt pindah kerja ke putrajaya juga ^^
Welcome back Nieza,
ReplyDeleteSerta salam Eidul-Adha dari kami sekeluarga di Kuwait.
Kami sekeluarga beraya di sini sahaja tahun ni, cukuplah dpt cuti 2.5 bulan di Malaysia raya puasa yg lepas.
Lepas ni rajin-rajin laa update blog.
Rindu nak dengar cerita Nieza di sana.
Welcome Back Nieza...pertama salam Takziah akak.., maaf ya akak baru tahu hari ini pemergian bonda Nieza..ya semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...kedua..selamat pulang ke tanah air, ketiga selamat berblogging kembali dan Ke empat selamat Menyambut Aidil Adha. I miss you and I'm happy that you r back and hope that we can meet nanti ya.
ReplyDeleteSalam Nieza,
ReplyDeletePertama Welcome Back
Kedua Salam Takziah dari akak, akak baru tahu permergian bonda Nieza hari ini semoga Allah Mencucuri rahmat ke atas Rohnya
Ketiga Selamat kembali berblogging
Keempat Selamat Hari raya Idil Adha,
Ha..ha.. 4-1 punya ucapan...I miss you and I;m happy that you r back and hope to meet up with you.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam AIDILADHA Niza
ReplyDeletedan selamat kmbali jg, insyaallah semoga dipermudahkan segalanya nanti dan biasakan diri mesti update selalu ye
memang rindu pada masakan2 Niza ni
salam mieza
ReplyDeleterindu nieza
rupa2 dah di malaysia dah..Alhamdulillah
semoga urusan nieza dan suami di permudahkan
selamat hari raya aidil adha :)
Salam kak..rindu nk bace cte2 kat blog ni..hri bce entry yg b4 ni xla sempat nk tggl komen tp dlm hti dh laa sebak n blh ucap takziah dlm hti je..huhu..hnye hati yg tabah dpt lalui kesedihan yg mcm ni..insyaallah akak sy ni kn kuat..
ReplyDeleteNk bgtau la kan,hari2 kot cek ade update x blog akak..akn terus bace cerite di sni!!
selamat hari raya buat NIeza sekeluarga...nanti kalo dah menetap di Putrajaya, calling2 lah yer..leh jumpa...tingin gak nk rasa kek Nieza :)
ReplyDeleteSelamat menyambut Aidil Adha Nieza sayanggggg....
ReplyDeletePelan2lah ye, memang begitulah adatnya kalau baru sampai, baru berpindah ke tempat baru walaupun tanahair sendiri, banyak perkara hendak diurus. Mudah-mudahan Nieza dapat bertugas di Putrajaya atau kawasan yang berhampiran.
Selamat kembali dan salam Aidiladha buat nieza n hubby.
ReplyDeletesemuga pertukaran tempat kerja juga dipermudahkan..n jangan lupa selalu2 lah update rumah maya ni bila ada kesempatan
selamat kembali ke tanah air.
ReplyDeletememanglah kalau tak ada internet tak senang duduk.
Harap dipermudahkan urusan pertukaran Nieza nanti.
Selamat kembali ke tanah air Nieza....
ReplyDeleteSelamat hari raya aidiladha....masak ape ari ni?
Salam Nieza...betul jugak kan..walau di alam maya ..tapi kerinduan tetap terasa apabila tuan rumah mnyepi...nekcik tumpang gembira dengan kpulangan Nieza..smuga Allah permudahkan segala urusan di sini..insyaallah
ReplyDeletesalam.. welkam back to msia. actually saya tgh browse thru blogger @finland. nak tumpang tanya & dptkan info psl finland. hubby will be there for training @helsinki next month. harap niezza boleh share what to excpect kat sana, esp skang ni tgh musim sejuk. temp normally brp? jenuh nak packing baju winter ni.. heheh..1 more thing, bab mkn. susah ke? he'll be staying @ helsinki. sourvenir / shopping apa yg best kat sana?
ReplyDeletekalau tak keberatan, pls share some gud info - maklumle, 1st timer ke finland ni..
thanks in advance!
-zadlin-
Nieza....,
ReplyDeleteSelamat kembali ke tanah air...
Selamat menyambut Aidiladha...
Selamat bertugas kembali...
dan
semoga pertukaran ke Putrajaya dipermudahkan.....
salam aidiladha nieza...
ReplyDeletemoga dipermudahkan urusan nieza...
la nieza duk putrajaya ke...nti blhlah kite berjumpa...^^
welcome home...!!!
ReplyDeleteand take care ya..
salam syg nieza,
ReplyDeletealhamdulillah semuanya selamat..dan semoga segala urusan dipermudahkan..aminn..mmg teramat rindu dgn nieza..mising u la:))
assalam nieza..
ReplyDeleteinnalilah.. so sorry to hear that.. punya lah lama akak tak ke rumah awak ni.. moga u tabah..
oo dah balik for good ye.. INSYALLAH boleh lah kita jumpa2 nanti.. hee
IsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan....
ReplyDeleteLAMA YER X DENGAR KHABAR,KITA RINDU SANGAT-SANGAT
ReplyDeleteHARI-HARI TENGOK,MASIH CERITA LAMA LAGI..
aduh.. rindu la.. hehehe
ReplyDeletekita pun rindu juga mama maman aka yana...ermm...masih yg lama lagikan,bila nak update kita nak tengok pic baru,tempat baru & resipi2 terkini....huhuhu
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza...salam rindu... Akak pun antara yang lama dah belum update2 lg blog tu sejak balik dr tanah suci. Apapun tumpang gembira bila dengar Nieza dah balik ke Malaysia for good...Alhamdulillah...semoga semuanya cepat dpt disetelkan dan selamat bertugas...
ReplyDeleteTetapi hati tumpang sedih bila dapat tau yang bonda Nieza telahpun kembali ke Rahmatullah...salam takziah dr akak...mohon maaf mungkin semasa entry diletak, akak begitu bz di ofis dan rumah menyiapkan segala kerja sebelum berangkat ke tanah suci pada 24 September lalu. Semoga Nieza tabah selalu hendaknya tambahan tidak sempat bersama arwah di saat terakhir. Buat arwah, al-Fatihah..
Semoga Nieza dpt bersiaran kembali secepat mungkin... ^__^
Nice post. I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon every day.
ReplyDeleteIt will always be helpful to read content from other writers
and practice a little something from their sites.
Here is my site - paläodiät
my web page - paläoernährung
takziah dan selamat kembali ke malaysia
ReplyDeleteblogwalking...jemput ke blog saya dan kita tukar link ye..
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
Askm Niezza...lama jugak nekcik tertunggu depan pintu rumah Niezza ni..dah rindu rinduan sangat..anyway nekcik doakn segalanya dalam keadaan terbaik..insyaallah
ReplyDeletenice post
ReplyDelete