Home

19 Sept 2012

Perginya bonda tak kan kembali lagi.....


Assalammualaikum wbt dan salam rindu buat semua teman-teman blogger serta semua pengunjung blog tak kira yang baru dan juga lama. Mohon maaf kerana lama saya sepikan diri dari alam blogging ni iaitu sejak dari sebelum raya hari tu lagi. Bukanlah sengaja untuk saya sepikan diri tapi sangat sibuk dengan aktiviti disini dan disamping sibuk dengan urusan yang perlu saya selesaikan sebelum balik for good ke Malaysia awal Oktober nanti. 

Dalam keadaan kesibukkan ini juga saya terima berita sedih dari Malaysia yang memaklumkan bonda tersayang telah pergi buat selamanya meninggalkan kami semua untuk menyahut panggilan ilahi pada jam 5 pagi waktu Malaysia iaitu pada 16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 2012 yang lalu.
Alhamdulillah semua urusan pengebumian arwah berjalan lancar dan selamat dikebumikan pada jam 11.30pagi tu juga.

Keinginan nak balik Malaysia ketika itu memang terasa sangat walaupun sedar tak sempat untuk saya tengok jenazah bonda kerana perjalanan yang jauh dari sini. Dalam masa yang sama saya terasa sangat lemah dan tak kuat semangat untuk balik seorang diri dalam perjalanan melebihi 20jam untuk sampai. Suami tak dapat temankan saya atas urusan kerja penting. Saya serba salah juga bila fikirkan antara nak balik ke tidak kerana dah tak lama sangat kami akan balik terus nanti.  Tanpa fikir panjang suami terus carikan ticket dan belikan saya tiket balik juga walaupun dia agak risau nak lepaskan saya balik dalam keadaan saya yang lemah ketika itu. Tapi takdir Allah dah tentukan yang saya tak balik juga bila masa penerbangan tinggal 2 jam saja lagi passport saya pula hilang tak dapat dikesan dimana. Akhirnya masa dah suntuk suami terpaksalah cancel kan flight balik tu dan pada malamnya baru passport tu dijumpai yang tersorok dibawah buku Yasin. Memang tak perasan langsung disimpan disitu. Dalam keadaan yang lemah dan pening ketika itu saya tak dapat nak ingat lagi. Saya redha dengan suratan takdir ini, maybe ada hikmahnya kerana disaat itu kesihatan saya juga kurang baik untuk balik seorang diri.

 Memang terkejut dan sedih disaat saya terima berita yang sangat mengejutkan diri ini kerana selama ini saya terasa sangat gembira untuk balik ke Malaysia bila suami maklumkan yang dia akan tamat berkhidmat disini dan kami akan pulang ke Malaysia tak sampai pun 3 minggu lagi. Sudah terbayang untuk berbakti menjaga bonda yang sakit stroke pada saat itu. Memang genap setahun juga arwah bonda terlantar sakit akibat stroke. Akhirnya  arwah bonda pergi juga pada usianya  genap 70tahun yg baru saja menyambut ulang tahun kelahiran pada 19hb September 2012 bersamaan dgn 1 syawal yang lalu.

Kali terakhir saya jumpa arwah masa saya balik ziarah arwah sakit tahun 2011 yang lepas saja. hanya sempat temankan bonda diwad dan menjaganya selama 2 bulan saja dan selepas itu saya tidak berkesempatan lagi kerana saya terpaksa pulang menemani suami yang bertugas di Finland ni. Sebagai anak perempuan tunggal memang saya rasa sangat sedih untuk tinggalkan arwah ketika itu. Tapi tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Syukur juga kerana suami memberikan saya peluang untuk balik seorang diri utk menjaga bonda ketika itu. Semua tanggungjawab menjaga bonda yang lumpuh dan tak mampu untuk uruskan diri sepenuhnya tu terpaksa saya serahkan pada family abg, adik dan isteri mereka dan turut serta dibantu oleh anak buah saya juga. Sangat terhutang budi pada mereka semua. Hanya Allah swt saja yang mampu membalas jasa baik dan pengorbanan SIL yang menjaga arwah bonda sepenuh masa ketika itu. 

 Memang saya ada merancang untuk balik ziarah pada raya aidilfitri tahun ini, tapi bila suami maklumkan kami akan balik juga tak lama lagi selepas raya ...saya pendamkan dulu hasrat saya kerana memikirkan tak lama pun lagi dah nak balik. Tapi tak sangka saya tak sempat juga untuk balik walaupun hanya tak sampai 3 minggu saja lagi kami akan balik for good. Mengikut pada tarikh asal sepatutnya kami balik pada 15 september 2012 lepas dan akan tiba di Malaysia pada pagi 16hb september itu juga tapi 2 minggu lepas tarikh tersebut terpaksa ditunda kepada tarikh lain pula iaitu pada awal Oktober nanti disebabkan suami ada tugas penting untuk urusan audit di sini. Tak sangka pula tarikh ini juga bonda dijemput ilahi. Itulah yang dinamakan takdir Allah tiada siapa yang mampu menolaknya.

gambar kenangan saya bersama adik ipar dan anak buah. arwah bonda memeluk anak adik yang baru berusia 1 minggu kelahirannya pada tahun 2011 thn lepas.

Selama ini memang saya berdoa dan berharap sangat agar saya diberikan kesempatan untuk balik menjaga bonda. Tapi sebagai hambanya kita tak mampu melawan takdir yang ditentukan Allah swt. Segala perancanganNya adalah yang terbaik buat hambaNya kerana DIA saja yang maha mengetahui. Sudah janjiNya juga saya tak dapat balik untuk berada disisi arwah disaat akhir hayatnya. Walaupun hati agak rasa terkilan dengan keadaan ini tapi saya redha dan terima dengan ketentuanNya. Saya sedar bonda juga sangat menderita dengan keadaan sakitnya selama ini. Allah lebih sayangkannya. Banyak mana sayangnya saya pada arwah bonda, banyak lagi sayangnya Allah pada arwah. Hanya doa dan ayat suci al-quran saja yang mampu saya kirimkan buatnya ....semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh..insyaAllah.amin.

Tak sangka pelukan saya pada arwah bonda pada hari terakhir sebelum saya berangkat pulang ke Finland pada tahun 2011 yang lepas adalah pelukan saya yang terakhir dan selamanya juga buat arwah. Sedih hati ini hanya Allah swt saja yang tahu tapi kena sabar dengan semua ketentuanNya dan janji Allah pada setiap hambanya yang hidup pasti akan mati juga satu hari nanti. Semoga Allah swt ampunkan dosa arwah ayah dan arwah bonda dan seluruh muslimin dan muslimat yang baru dan telah lama meninggal dunia juga. Semoga roh semua arwah ditempatkan dikalangan para syuhada dan terpilihNya..insyaAllah.Amin.... Yarabbal Alamin.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang mengucapkan ucapan takziah, doa dan selamat buat saya tak kira di fb, sms,call, instagram dan tq juga atas ingatan n3 khas ucapan takziah dari blog Kak Norlie. Saya sangat hargai dan rasa terharu diatas semua ucapan dan doa serta sokongan yang diberikan hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya. 

Mohon maaf jika sekiranya saya tak dapat bw dan membalas kunjungan dan komen disini kerana banyak lagi urusan yang perlu saya selesaikan disini. Segala komen yang diberikan amatlah saya hargai dan saya sudahi dengan jutaan terima kasih.  “Jazakumullahu khairan” dan Salam sayang buat semua.