Home

21 Jul 2012

Apam Puteri Ayu 2


Assalammualaikum dan salam ramadhan buat semua muslimin dan muslimat.
Juadah berbuka 2 ramadhan hari ni saya masak bubur lambuk dan kuih apam puteri ayu jer. Alhamdulillah menu simple orang merantau macam ni la tak semeriah macam kat Malaysia tapi syukur diatas kurniaanNya. Kalau dok sini nak makan kuih kena lah buat sendiri sebab tak ada pasar ramadhan mcm kat Malaysia tu kan. Saya dan suami memang dah biasa berbuka dengan kuih muih masa bersahur jer kami makan nasi. Nak tak nak kena jugalah buat kuih. 

So...hari ni nak sharekan resepi kuih apam ni pula. Sebelum ni saya pernah juga buat tapi menggunakan resepi yang lain. Resepi kali ni saya ambil kat dapur Kak Liza @ intai dapur. Terima kasih pada kak Liza kerana berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Apam ni memang gebus dan sedap...dah lama tak makan sedap jer rasanya. Lepas solat isyak jam 11.30mlm dan terawih nanti dah nak kena makan sahur dah sebab subuh kat sini jam 2.30pagi. Memang terasa kenyang untuk makan sahur tapi nak kena makan jugalah untuk mengalas perut kosong yang panjang untuk berpuasa keesokan harinya pula. Minta diberikan kesihatan yang baik selalu untuk beribadah kepadaNya..insyaAllah.


RESEPI APAM PUTERI AYU
sumber: Kak Liza @ intai dapur
Bahan-bahan
     A
2 biji telur*
1 cwn gula*
1/2 s/mkn ovalette*
1/2 s/teh esen vanila
1 cwn pati santan / fresh milk 
2 cwn tepung naik sendiri


Cara membuat:
1. Bahan-bahan bertanda * dipukul hingga kembang. 
2. Masukkan esen vanila dan santan / fresh milk.
3. Gaul sebati. Masukkan tepung dan pewarna hijau yg dikehendaki (boleh campur air pandan bersama santan)..Masukkan adunan tepung kedalam bekas berisi pandan yang dipukul tadi.
4. Kemudian kukus selama 10 - 15 minit. sedia untuk dihidang.


Bahan B
Kelapa parut
Garam
Tepung ubi



Caranya:
Semua bahan  ni agak- agak jer..satukan semua dan padatkan kedalam acuan seri ayu yg telah disapu minyak. kemudian letakkan adunan tadi kedalamnya dan barulah dikukus.




31 comments:

  1. Selamat pagi Nieza. Apam puteri ayunya memang nampak sunggu ayu. Kak Amie nak tanya sikit nih... he he he hehh kelapa parut tu nampak halus cantik, Nieza tumbuk dulu ke, atau hasil parutan kelapa di tempat Nieza memang begitu, sebab kalau dibanding kelapa parut di tempat kita nampak lebih kasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi kak Amie, tq kak. saya guna kelapa kering jer kat sini kak sebab susah nak dpt kelapa parut yang fresh. Biasanya kelapa kering tu saya campurkan dengan sedikit air dan garam pastu bubuhkan tepung ubi. bila gaulkan sebati saya masukkan dalam microwave sekejap kemudian barulah digunakan.Mcm tu la hasilnya..selamat mencuba ya kak:)

      Delete
  2. Aku nak buat jugak aaa.. Sebab resepi ni nampak portionnya kecik sikit. Biasa guna resepi kak azita zain tu banyak sikit. Tapi mmg gebu gebas. Tq share resepi kak liza n nieza :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah Izah..memang menarik resepi ni.sebelum ni nieza pernah buat guna resepi lain telur byk sikit tapi yang ni 2 biji jer. tapi bila buat dapat banyak jugalah sampai 24 biji ikut pada acuan sama la kot rasanya.

      Delete
  3. Cantik kehijauan si puteri ayu tu Nieza.. ya lah... bahagian kelapa tu halus bangat... menambah seri lagi..

    ReplyDelete
  4. cantiknya warna hijau dia...mengancam betul

    ReplyDelete
  5. Tergoda sungguh ngan warna hijau yang sangat cantik di mata ...

    ReplyDelete
  6. As-salam sis..
    wahh..segar biji mata i lihat apam ayu nih..i suka hijauu..lama x buat kuih nih..

    ReplyDelete
  7. sesuai sgt kuih ni mkn di bln puasa. kalau kat msia pun kuih ni yg byk di pasar ramadan.
    selat bpuasa dr akak sekluarga utk nieza dan suami yg jauh di perantauan.

    ReplyDelete
  8. Asslmkum nieza.
    Terguda tgk apam seri ayu perantauan tu. Rajin nieza. Ya lah kan kat sn mn ada bazar2 ni. Nak mkn mkanan masia kn la bwt sendiri. Tp x pa,tu akan membuat nieza jd lebih mahir dgn masak2 ni. Kan kan. . ;)

    ReplyDelete
  9. Cantiknya putry ayu..serasi dg namanya...sedap buat berbuka puasa ni..

    ReplyDelete
  10. wooaahhh.... sedap ni tapi malas nya nak buat...

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa nieza...lamanya 20 jam..tp ok je kalo dh biasa kan...~!

    ReplyDelete
  12. Wah hijau sungguh.. sejuk mata memandang apam Nieza yang hijau ni.. Lama Nur tak singgah ke blog Nieza.. Harap2 Nieza tak berkecil hati..

    Salam Ramadhan untuk Nieza..:)

    ReplyDelete
  13. Salam Nieza,

    Ayu dan gebu sungguh puteri ayu tu...!

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan nieza... selalu sy jd silen reader aje.....

    comel aje puteri ayu tu....... oh ya.. saya dh cuba murtabak resepi kat blog nieza nie... mmg sedap.... tapi tak ambil gambar pun sebab kejadian n bentuk nya tak cantik... untuk makan sendiri boleh lah.... thanks nieza untuk resepi....

    ReplyDelete
  15. buat sendiri lagi elok nieza,,kadang bazar ramadan,,nampak je cantik..rasanya biasa2 je,,tambah kalau akak ada jari mcm nieza ni,,buat apa pun cantik menarik,,bikin orang terliur je
    -selamat menyambut ramadhan

    ReplyDelete
  16. salam nieza..selamat berpuasa..alhamdulillah nieza rajin buat juadah untuk berbuka..
    disini kalau hari2 bekerja bazaar ramadhan ada jual macam2 tapi tak beli semua la..acik tengok je..beli satu dua je untuk berbuka.
    untuk sahur baru masak

    ReplyDelete
  17. Salam Ramdhan Niezza

    nyam nyam

    ReplyDelete
  18. assalam
    selamat berpuasa Nieza
    cantik puteri ayu ni,sedap wat berbuka akak suka kuih bila berbuka tp seriayau ni lum pernah akak cuba sendiri lagi
    resepinya dah lam tersimpan he he

    ReplyDelete
  19. Memang ayu betul lah kuih tu Nieza... nanti akak nak cuba pulak resipi ni...

    ReplyDelete
  20. Beautiful Puteri Ayu..best to serve during this Ramadan time. Selamat menyambut hari Ramadan..

    ReplyDelete
  21. Slmt berpuasa Nieza. cantik puteri Ayu tu. akkpun baru buat kuih puteri ayu utk potluck PERWAKILAN bbrapa hari sebelum ramadan.nanti boleh cuba resepi ni pula..

    ReplyDelete
  22. selamat berpuasa nieza...
    buat sendiri ker nih?ya Allah...sungguh rajin...
    makneng yg dok msia pon mls...adei...

    makneng follow nieza
    jemputla follow makneng semula..

    best x puasa kat perantauan?

    ReplyDelete
  23. Rajinnya Nieza buat kuih yer...

    ReplyDelete
  24. hijau di entri ini, hijau di entri bawah

    salam ramadhan lagi (^___^)

    dah 4hari dah kita berpuasa~

    ReplyDelete
  25. cantiknyer... kuih ni antara kuih yg paling akak malas sekali nak buat.. acuan beli dah lama pun tak rasmi2 lagi.. sabor jelah.. hehe..

    ReplyDelete
  26. As salam sya dah mencuba resepi seri ayu nie.. kali pertama saya mencuba menjadi tapi second time try tak menjadi.. ia jadi keras dan tak gebu. Boleh tak kak nieza bagitau mgkin saya tersilap kt mana2.. tq

    ReplyDelete
  27. Salam.. kak mohon copy resepi..tq:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)