Home

20 May 2012

Trip To Bruges, Belgium Part 2

Assalammualaikum 
Sambungan n3 jalan-jalan makan angin lagi...ceter part 1 dah lama abis tapi hari ni baru berkesempatan nak sambung part 2 pula. Apalah yang disibukkan saya ni pun tak taula sampai saya tak sempat nak sambung ceter part 2 ni kan..hehe sebenarnya malas sama nak pilih gambar. Masa ambil gambar tak ingat main snap jer tapi bila dah bawa balik tgk punyalah byk sampai kad memori pun boleh penuh. So..kena la pilih dan edit dulu yg mana sesuai untuk dikongsikan disini.

Oklah ceter holiday saya bersama dengan ladies masa bulan mac hari tu bermula dari Helsinki ke Amsterdam dan bersambung ke Bruges ni satu hari saja. Kami bertolak awal pagi dari Amsterdam dengan menaiki bas tourist dan pada petangnya balik semula ke Amsterdam. Tak jauh pun dalam 3jam saja perjalanan pergi dan 3 jam pula balik. Tapi bagus juga masa tu la kami ambil peluang berehat dan tido dalam bas setelah penat berjalan di bandar Amsterdam sehari sebelum tu.


Bruges merupakan sebuah bandar yang terletak disebelah utara Belgium. Kota Bruges kecil saja dan merupakan kota lama yang banyak warisan sejarahnya dan bandar ini juga  terkenal dengan jolokan "Venice of the North". Memang cantik tempat ni dengan permandangan yang indah sungai-sungainya telah menjadi tarikan pelancong di dalam bandar ini.  Selain itu tarikan lain di Buges ini adalah dengan adanya bangunan medievel  dan yang paling menarik sekali adalah coklat buatannya. Kebanyakkan tempat ini boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki sehaja kerana disini keadaannya sangat amat dan tidak banyak kenderaan. Oklah layan jer la gambar kat bawah ni.


flea market disana..cuaca kat sana masa ni dah spring dalam 10-15degree c berbanding dengan cuaca kat Finland masa tu masih bersalji lagi. 







suka tgk bangunan kat sini

kami pergi bertiga saja...actually ini adalah lawatan yang dah lama di rancang bersama persatuan ladies kat sini (Perwakilan) tapi tak semua dapat join hanya saya, isteri TYT  duta dan seorang staff ofis embassy saja.



kalau sampai Belgium ni wajiblah shopping kain lace ni yer..memang rambang mata dibuatnya:D


tak borong banyak pun tapi beli jugalah buat kenangan...tak tau bila pula nak sampai sini.

teringin nak naik kereta kuda ni tapi tak sempat...


lama juga usia bangunan ni tgk tu dari thn 1669 yang lalu...

dah cukup masa untuk kami berkumpul...tepat jam 5petang semua kena berkumpul disini untuk naik bas balik ke Amsterdam. Sekejap jer dapat berjalan dalam masa 5jam jer kot kami disini tapi alhamdulillah dapat juga jalan-jalan dan makan mussel Belgium kat sini.

gambar kincir angin ni saya snap dalam bas masa dalam perjalanan balik ke Amsterdam

tgk dari jauh pun dah nampak besar kalau tgk dari dekat lagi la besar kincir angin ni.


ni pula dah masuk ke kawasan Amsterdam yang mana memang terkenal dengan kincir angin ni kan. sampai di Amsterdam pada jam 8malam terus ke hotel simpan barang sekejap kemudian kami keluar makan malam dan esoknya kami sambung melawat disekitar bandar Amsterdam dan ladang bunga tulip terbesar di Keukenhof.

Oklah sekian sajalah dulu cerita percutian  saya buat kali ini. Sekadar berkongsi pengalaman bersama saja. InsyaAllah ada rezeki lagi bolehlah saya berkongsi pengalaman kalau berpeluang pergi holiday lagi nanti..salam buat semua...:D

32 comments:

  1. bertuahnyee akak dapat tengok negara orang kan..huhu suka tengok gambar ni..cantikkkkkk

    ReplyDelete
  2. cantiknye..teringin nk jejak kan kaki kt negara orh =)

    ReplyDelete
  3. Salam kak Niezza.
    ermmm...x tau nak kata apa..seronoknya dpt ddk dan rasa keadaan kat negara orng...btw...semua gmbr tu cntik belaka !....:)

    ReplyDelete
  4. Wahh..3 jam jer..Ingatkan jauh. hehehe. Seronok la jalan2 dgn cuaca nyaman mcm tu. ;)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikummm Niezzzaa...

    Lamanya kak Iza tak singgah sini. Rindulah kat cite2 menarik awak. sentiasa mempersonakan anak mata ahkak nih. Pasnih bolehlah baca selalu. Take care yer...

    ReplyDelete
  6. cantik mcm gambar lukisan je kan...tengok gambar je pun mcm dh berada kt sana...haha...berangan...

    nanti nieza post yg amsterdam plak ye...mesti comel jugak...hihi

    ReplyDelete
  7. Nieza...bandarnya antik n bersih kan? Mesti tak risau dgn jem, mat rempit, penyeluk saku dll. Kat sini musim panas terik skrg, ntah berapa koyan air dlm perut ni....hehe.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Nieza

    nanti boleh tolong pandu Atuk ke sana.....

    ReplyDelete
  9. Bandar dia cantikkan! saya pun x lepaskan peluang beli kain lace dan coklat. susunan coklat dia pun menarik! dan mcm2 perasa. boleh la buat kenang2an gitu kan. sehari jalan pun dah habis, bandar dia kecik je. :D

    ReplyDelete
  10. wah cantik :0! bila la boleh sampai sana...

    ReplyDelete
  11. salam nieza..

    as usual, pics nya mabeles!suka tengok..=)

    ReplyDelete
  12. subhanallah cantik nya.. takde masa nak ke bruges last year...

    ReplyDelete
  13. Nieza

    Bestnya! Cantik-cantik bangunan kt sana. Haritu masa Easter holiday kami sempat pegi Brussels city je. Kawan ajk jg visit Bruge dan Delft tapi tak sempat.. Huhu. Hopefully, satu hari nti dpt visit jgk klu ada rezeki..hehe.

    ReplyDelete
  14. salam...subhanallah...memang cantik sungguh pemandangan ciptaan allah swt..beruntungnya kamu dapat menikmatinya

    ReplyDelete
  15. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan-Nya.

    Tengok menu mangga kat bawah ni buat akak terliur.
    Semalam beli 5 biji kat ropewalk.
    Huhuhuhu rajinkah daku????????

    ReplyDelete
  16. nadiah ada 3 trip tak buat entri lagi termasuk trip tahun lepas. malas nak pilih dan edit gambar la punca utamanya tak terbuat-buat lagi :p

    ReplyDelete
  17. seronok dapat melancong keluar negara..sy ni ntah bila la..oklah sy singgah sini dan follow..nt follow me ok.

    http://johariblogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. aktif akak berpersatuan ekkk
    syok ada trip gini

    ReplyDelete
  19. Assalam Nieza cayangg....amboiii jeles tul tengok dia jalan2 rata eh...geram akak tengok alas2 lace tu...cantik2 laaa...alahaaaii kalau dpt masuk kedai tu, harus akak borong alas2 tu....hehehe

    ReplyDelete
  20. cantikkkk semu pic k.nieza, yg ada kincir angin tu kat kinderjikk tu ka? tringin nak pe, iA parent lyn mai uk ujung taun ni nak bw depa pe sana, tq k.nieza bg guide so xla pening sgt tgk semu tmpat nak p..hehe

    ReplyDelete
  21. Salam Niezza,
    Alhamdulillah dpt tengok gambar bangunan yg cantik2, Ghotic pun ada kot.
    Lace tu mak oiii...sangat halus. Rajin jugak diorang buat kraftangan!

    ReplyDelete
  22. assalam Nieza..cantiknya bangunan2 dalam gambar ni.unik..rasa macam tengok filem2 lama pulak..cantik sungguh..bertuah nieza dapat melihat sendiri..

    ReplyDelete
  23. salam Nieza. cantiknya pemandangan kat Bruges ni..subhanallah! Nieza print jadikan poskad pun bagus ni.

    ReplyDelete
  24. is suka jugak tengok bangunan2 tu... menarik (^___^)

    ReplyDelete
  25. respon to | 14#WorDLeSs WeDNesDay | : a'a, is ada jugak sembang mulut ngan kawan2 yang dah ada xperience.. blend camtu je.. leh frozenkan... senang je kan... tapi tatau la siMerah tu nak ke tanak.. kena try.. n try la kan... next month dia stat makan...

    ReplyDelete
  26. Salam Nieza.cantiklah view bandar Bruges tu....suka tengok bangunan2nya...lama tp menarik.lace yg dijual pun cantik....mmg harus beli tu Nieza. kincir angin tupun menarik....

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Nieza,
    Seronok tengok aktiviti jalan jalan Nieza, cantik sangat gambar pemandangan yang diambil.....

    ReplyDelete
  28. Dpt bygkn keseronokn menikmati pmndgn dan jln2 bsama kwn2 wpun 3 org je.kdg2 ramai sgt pun x best gak kn.hehe.. Tumpg seronok dr kjauhan jelah..best cuci mata tgk gmbr... :-)

    ReplyDelete
  29. Baru hari ni sempat belek2 entri Nieza ni.. Maklumlah busy je. Cantik bandar ni. Unik dan bersih... Mmg beruntung dpt melihat sendiri keindahan negara org. Tq for sharing!

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)