Home

30 May 2012

Terima Kasih Majalah Aroma!



Assalammualaikum semua
Hari ni saya sekadar nak berkongsi cerita bila hasil masakan yang telah saya cuba selama berada dirantauan orang ini telah terpilih untuk dikongsikan di Majalah Aroma keluaran bulan Jun 2012. Bersempena dengan Hari Bapa pada bulan Jun ini juga majalah Aroma telah mengundang aktor kacak dari Singapura iaitu Aron Aziz dengan gaya seorang Chef  untuk menjadi cover muka depan majalah Aroma ini. Pada kawan-kawan yang berada di Malaysia bolehlah mendapatkan majalah Aroma ini yang telah pun berada dipasaran sekarang.


Terima kasiah pada rakan-rakan blogger yang memberikan ucapan tahniah di fb. Ada rakan-rakan blogger yang dah pun beli majalah ni dan maklumkan pada saya. Pada masa tu saya belum dapat tgk lagi majalah ni. Maklumla dok jauh ni mana nak cari majalah ni kan. Bila wartawan Aroma emailkan saya gambar salinan mukasurat dalam majalah ni barulah saya berani nak kongsikan kat sini. Actually,  segan juga saya nak sharekan kat sini sebab semua resepi dan gambar yang dimuatkan dalam majalah Aroma ni biasa-biasa saja. Tak adalah menarik sangat tapi saya nak juga abadikan di blog ini sebagai tanda kenangan setelah  2 tahun saya berblogging, inilah yang merupakan satu penghargaan buat saya. Kegembiraan ni juga saya nak kongsikan bersama dengan rakan blogger yang setia memberi sokongan pada blog saya selama ini juga. Tak kira sama ada followers atau silent readers anda tetap saya hargai..:D

Alhamdulillah....buat pertama kalinya saya di berikan peluang oleh pihak media iaitu majalah Aroma untuk berkongsi 8 resepi masakan yang telah saya cuba selama ini. Macam-macam perasaan dirasa bila pertama kali saya terima mesej di facebook dari wartawan majalah Aroma iaitu Akmar pada bulan April yang lepas. Beliau meminta saya untuk berkongsi resepi dan gambar masakan yang telah saya cuba. Pada ketika itu saya sangat sibuk dengan aktiviti disini dan tugasan memasak dipejabat kedutaan sebab itulah lambat juga saya email pada beliau. Dalam masa yang sama, saya masih memikirkan adakah saya layak untuk terima tawaran tu sebab saya sedar saya bukanlah seorang chef yang hebat dan juga blogger masak-masak yang hebat. Gambar masakan yang diambil pun tak secantik macam orang lain ambil..itulah juga yang saya rasakan pada masa tu. Tapi atas permintaan Akmar dan sokongan dari suami saya terima juga. Rasa sangat terharu dan bersyukur diatas peluang yang diberikan oleh pihak media ini..saya amatlah menghargainya. 
Tahniah juga saya ucapkan pada kak Azlita Aziz iaitu tuan empunya blog Masam Manis yang sama-sama terpilih untuk berkongsi resepi masakan di majalah Aroma pada bulan Jun ini. Bagi pandangan saya kak Ita memang layak dan saya selalu kagum dengan hasil masakan dan kreativiti masakan yang telah beliau kongsikan selama ini. Saya telah lama mengikut perkembangan blog kak Ita sejak mula-mula kak Ita berblogging dulu lagi. Bukan setakat resepi saja beliau kongsikan bersama tapi turut juga ada step by step untuk membuat sesuatu masakan itu. Semoga Kak Ita akan terus berjaya dan berkongsi resepi yang menarik lagi nanti.


Tak lupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan pada semua rakan-rakan blogger masak-masak yang turut sama berkongsi resepi yang telah saya cuba selama ini. Kejayaan disebalik perkongsian ini bukanlah milik saya seorang tapi ini semua adalah milik anda semua juga. Tanpa sokongan daripada rakan-rakan blogger siapalah saya. Setiap sokongan padu yang telah anda berikan selama ini amatlah saya hargai. Dengan rasa rendah diri saya memohon maaf  sekiranya ada salah dan silap saya selama saya berblogging ini dan pada tuan empunya resepi asal minta dihalalkan semua resepi yang telah saya cuba dan saya kongsikan disini juga. Semoga segala perkongsian resepi yang telah dikongsikan itu dapat dimanfaatkan bersama orang lain juga nanti..InsyaAllah.



Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua team majalah Aroma, terutama sekali kepada Editor majalah Aroma Siti Dimiati, wartawan majalah Aroma Akmar yang sudi memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menyumbangkan resepi buat tatapan pembaca majalah Aroma. Doa dan harapan saya juga semoga majalah Aroma akan terus maju lagi dengan pengkongsian resepi yang akan mendapat tempat di hati pembaca semua lagi nanti...salam sayang buat semua:D

66 comments:

  1. As salam Nieza,

    Sememangnya Nieza layak! Sgt2 kagum dgn hasil tu... :)) Tahniah! Tahniah! Tahniah! :))

    ReplyDelete
  2. assalam Nieza..tahniah..Nieza memang layak sebab tu terpilih..apa yang Nieza kongsikan dblog selama ni memang cantik2 gambarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Acik, terima kasih atas sokogan acik..masih lagi belajar-belajar ambil gambar tu acik.

      Delete
  3. salam Nieza wah tahniah lah dpt masuk majalah aroma tu tapi memang layak lah sebab gambar2 Nieza memang kelas dan cantik tapi akak belum dpt majalah tu insyaallah akan di usahakan secepat mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Noor, tq atas sokongan akak selama ini..majalah tu kat Brunei saya tak pasti ada ke tak kak.harap ada lah tu:)

      Delete
  4. tahniah nieza. Bundo tumpang gembira. Lebih2 lagi sejak kebelakangan ini ramai blogger masakan yang diketengahkan oleh pihak media. Janganlah nieza merendah diri. Masakan dan foto yang nieza ambil memenuhi piawaian.
    Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bundo...ya satu penghargaan buat semua blogger bila ada pihak media yg sudi nak berkongsi dengan blogger masakan di media cetak ni.

      Delete
  5. tahniah nieza....js tumpang berbangga dgn kejayaan yg dikecapi...semoga nieza lebih sukses lagi...sambil berdekor di dapur blh gak sharing something kan...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas doa dari JS...insyaAllah..amin.sama-sama kita berkongsi:)

      Delete
  6. salam nieza

    wah tahniah2, melangkah setapak lg ke depan kan =)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Nieza. Kakcik tumpang bangga. :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah Nieza, boleh masuk MasterChef tau. Gambar2 nieza memang cantik pun dan memang patut dihargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak Zana, belum layak kot nak masuk masterchef tu kak..chef kat dapur sendiri layak la kot..hehe

      Delete
  9. Tahniah Nieza.. teruskan berblog masakan, semoga suksess :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas doa dari Nur, InsyaAllah..amin..:)

      Delete
  10. Aslmkum. Tahniah Nieza..
    Eh..eh..Abg Aaron la..Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam sue, tq...yer abg aaron dah jadi chef dah sekrng ni...hehe

      Delete
  11. salam nieza. HEBAT!!!! congrats dari kros ;)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Nieza..

    Tahniah daripada akak juga Nieza.
    Semoga ianya menyuntik semangat dalam diri Nieza yang berada di rantau orang, utk terus berkongsi ilmu, pengalaman, dan panaroma ciptaan Ilahi kepada semua.

    Akak tumpang bangga dengan kejayaan Nieza ini, dan rasa sangat terharu dan berbaur rasa bangga apabila blog masakan semakin mendapat tempat di hati pembaca.

    Tahniah sekali lagi Nieza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Ita, tq atas sokongan akak...segan lak saya rasa bila tgk hasil masakan saya biasa-biasa jer masuk majalah ni, kalau nak bandingkan dgn hasil masakan akak yg mantop tu.memang jauh bezala..hehe apapun saya juga tumpang gembira bila ramai blogger masakan yg telah mendapat pilihan di media sekrng ni.semoga apa yg kita kongsikan dapat dimanfaatkan oleh org lain juga..insyaAllah:)

      Delete
  13. As'salam Nieza

    Alhadulllah.. Tahniah dari k.ct untuk Nieza dan blog Our Journey Begins. k.ct memang dah lama mengikuti majalah Aroma ni, jadi setiap bulan memang akan sentiasa beli. Tu yang masa nampak muka AA ni terus sambar dan nampak resipi dari Nieza dan Azlita hehehe. Tapi kan yang seronoknya kali ni beli majalah ni, dah pukul 9malam hukan 9 pagi macam selalu. kedai apek yang selalu k.ct beli tu dah hampir tutup, apa lagi ketuklah pintu dia semata2 nak beli majalah Aroma ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak CT, terima kasih kak..kalau saya ada di Msia surelah saya pun akan cari majalah ni. dulu memang selalu beli majalah resepi masakan ni.

      sgt terharu bila pertama kali akak ucapkan tahniah di FB hari tu. saya lagilah tak tahu majalah ni dh keluar dipasaran cuma yg saya tau utk isu Jun saja. Wah..sib baik apek tu baik hati nak buka kedai lagi yer kak..hehe

      Delete
  14. Alhamdulillah.. tahniah kak! memang wajar pun diberi penghargaan. bukan senang gitukan nak ambil gambar cantik2 bersama hiasan. profesional photographer pun kdg tak dpt angel yg cantik mcm tu. hehe..moga terus maju dan berjaya kak! Amin..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tq atas doa dan sokongan As..ya memang betul tu As. tapi semua tu akak anggap satu hobi..sebab memang hobi akak suka ambil gambar...walaupun gambar yg diambil tu tak la secantik org lain kan..tapi masih lagi memperbaiki kekurangan diri sebab belum belajar abis lagi teknik ambil gambar ni..hehe

      Delete
  15. Assalamualaikum...Nieza..Tahniah...dapat tempat di majalah aroma,memang gambar2 masakan nieza cantik2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Iza, tq kak...masih belum puas ati lagi dgn hasil gambar yg diambil selalu tu kak:)

      Delete
  16. tahniah nieza.. sori k.nor terlepas pandang post nieza kat fb.. tak per, wish kat sini jer kan.. :)

    apa lak nieza tak layak, sememangnya nieza layak gak tau.. masakan dan gambar2 nieza mmg hebat kalau tak takkan akmar sudi melamar nieza tu..k.nor mmg bangga dgn kejayaan nieza tau :) tahniah sekali lg ya.. semoga nieza akan terus berjaya dlm blogging dan insyaallah pemilik resipi yg berhati bersih akan rela dan senang hati bila resipi2 dia org turut diguna pakai oleh org lain utk keluar majalah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan kak Nor..terharu dgn sokongan yg akak berikan. Tq juga sudi berkongsi resepi yg telah saya cuba selama ini kak..semoga Allah saja yg dapat membalas jasa baik akak dan semua rakan blogger yg lain juga.InsyaAllah.

      Delete
  17. asslm Kak Nieza...TAHNIAH! wah sukanya tgk...tumpang gembira..cover Aaron Aziz lg...hihi...semoga lepas ni akan lbih sukses n rajin2 lg masak menu yg sedap2 yer...(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam QH, tq dear...insyaAllah..muda-mudahan mcm tu lah yer:)

      Delete
  18. Tahniah Nieza. Mmg cantik hiasan & hasil tangan Nieza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Along, Along pun apa kurangnya semua hasil masakan along buatkan saya terliur jer kalau tgk:)

      Delete
  19. Tahniah Nieza cayangggg....
    Kak Amie pun baru tahu bila datang sini sebab di tempat kak Amie majalah Aroma tidak dipasarkan. Memang cantik2 semua 8 menu yang Nieza sediakan tu... tumpang seronok! Teruskan usaha masak2 ye Nieza... meriahkan dunia masakan tanahair kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas sokongan kak Amie cayang...alhamdulillah..semoga segala perkogsian ni diberkatiNya:)

      Delete
  20. omedetou akak I`m so proud so u
    nak baca tp x leh zoom la...words kecik sgt
    kat mana lagik leh tgk artikel pasal akak tue ekkk??

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Nieza.

    Tahniah...insyallah sy akan dapatkan majalah nie....:)

    ReplyDelete
  22. tahniah kak nieza.....syukran berbaloi kann penat masak bile dianugerahkan peluang mcni hehe..u deserve it....smg lebih sukses yerr

    ReplyDelete
  23. Salam kak Nieza yang jauh dimata dekat dihati.. TAHNIAH akak atas pencapaian.. akak memang layak bab selain rajin juga tabah.. ye lah nak ikutkan bukan senang nak dapat bhn2 dipeantauan tu.. akak memang bersemangat n gigih.. semoga menjadi rujukan dan tauladan kepada rakan2 semua.. termasuklah erma yang masih belajar di arena masakan neh.. byk ilmu yang perlu dicari lagi.. semoga akak n OUR JOURNEY BEGINS terus maju...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Nieza,
    Tahniah!!! Akak tumpang berbangga dengan pencapaian Nieza. Blog yang byk memberi manfaat pastinya mendapat tempat di hati sesiapa sahaja. Turut berbangga kerana blog masak memasak silih berganti mendpt tempat di dalam majalah tanahair....

    ReplyDelete
  25. Tahniah dari kak anim...keep up:)))

    ReplyDelete
  26. wah... tahniah dari is.. suke3 (^___^)

    ReplyDelete
  27. Tahniah kak Nieza & blog our journer begins ^__^

    ReplyDelete
  28. Tahniah kak niezaa ^^ gmbr akak mmg cantik2 =)

    ReplyDelete
  29. Tahniah dari kami...teringin nak baca magazine nih... huhu

    ReplyDelete
  30. Tahniah!!!!Nieza memang layakkkk...

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Nieza,
    Syukur alhamdulillah, Tahniah dik...sesungguhnya Nieza mmng layak menerima penganugerahan ini...seronok bila tngk kawan2 blog masak2 semakin dikenali..moga perkongsian ilmu masakkan ini mendapat keberkatan dariNya.. Akak pun dah beli majalah aroma tu....tumpang gembira dan berbangga...

    ReplyDelete
  32. wow!

    tapi kenapa mat haron mat aziz muka depan dia?

    haih

    ReplyDelete
  33. congrats nieza...!!!!! saya tumpang bangga & happy sangat2...!!

    ReplyDelete
  34. Salam. Tahniah Nieza.. Sememangnya Nieza layak disunting oleh pihak majalah kerana masakan2 yang unik ditambah dengan gambar yang menarik. Bila datang sahaja ke blog, hati dah tertawan dan Nieza berbakat mengolah masakan menjadi lebih menarik.

    Walaupun Nur bukan kategori blogger masakan, tapi Nur tumpang bangga dengan pencapaian rakan2 blogger yang telah membuka mata ramai pihak di luar sana.

    Semoga Nieza akan terus berjaya pada masa akan datang. Nanti nak carilah majalah ni.. Tak pernah membeli lagi majalah Aroma ni.. Nampak kandungannya sangat menarik. All the best to you!!

    ReplyDelete
  35. Tahniah Nieza! akak tumpang happy sama.semua resepi yg terpilih dlm majalah gambarnya cantik2 belaka.moga jadi kenangan manis dan pencetus semangat buat Nieza terus berkongsi resepi..

    ReplyDelete
  36. Saya memang tunggu niezza buat entry ni lepas baca kat blog kak ita MM pasal resepi niezza ada dlm magazine ni...tahniah...kembang pulak hati saya n tumpang gembira...mmg terbaik, keep it up ye e- sajikan kami dgn resepi yang vomvomvom belaka...sekali lagi tahniah!!!

    ReplyDelete
  37. setinggi2 tahniah dari mokwo buat nieza ...sememangnya air tangan nieza layak di ketengahkan....tak jemu mata memandangnya, menyejukkan hati....nanti mau cari itu majalah..nak tengok gambo2 aaron....errr silap!! nak tengok gambo2 nieza...hehe!

    ReplyDelete
  38. tahniah nieza..
    sememangnya hasil karya nieza layak masuk majalah sebab gambar2 semua cantik & menarik.. akak suka tgk hasil2 karya kawan2 yg gunakan dslr.. semuanya cun belaka.. selain masakan yg dihasilkan sedap (walau hanya dpt bayangkan dgn cara melihat.. hehe)... food styling pun menarik disamping sentuhan props & angle yg betul semasa ambil gambar.. jadi memang tak boleh disangkal lagi karya nieza layak masuk majalah.. akak tumpang gembira..

    ReplyDelete
  39. Tahniah Nieza..semoga terus menyumbangkan resepi2 hebat

    ReplyDelete
  40. Salam Nieza...
    waw..dah ada kat Aroma yer...tahniah geng...moga semakin banyak resepi yang dishare nanti..Rahel tumpang gumbira..

    ReplyDelete
  41. tahniah nieza...kita pun tumpang gembira..:)

    ReplyDelete
  42. SlurpppppPPpPPppppppppppp.... tahniah!! memang cantik! muahzzz tahniah tau cayang buat Kak Azlita juga... tumpang bangga!

    ReplyDelete
  43. Tertinggal baca n3 ni...bARU datang nak baca ni.
    Tak perasaan Aaron aziz...ingatkam chef mana tadi.
    Tahniah sekali lagi nieza ...nieza memang layak.

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum Nieza cayang!!!

    Lama kak Nur tk singgah sini...sibuk sangat2 akak nie...hehehe.

    Kak Nur pun nk ucapkan tahniah pada Nieza,tumpang gembira, moga
    Nieza terus sukses di masa hadapan.Salam rindu dari kak Nur yg jauh.

    ReplyDelete
  45. Tahniah nieza... moga nieza akan terus berjaya lagi.. :)

    ReplyDelete
  46. Congratulations dear!!! You deserved it well...apa yang tak layak tuh? Hehe...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)