11 May 2012

Puding Mangga


Assalammualaikum
Puding mangga ni pun dah lama juga buatnya..bila tu dah lupala. Tak kisahla bila pun kan janji dapat sharekan kat sini. Actually, nak clearkan folder yang telah sarat dengan gambar ni. Lappy ni pun makin slow sekarang ni sebab banyak sangat gambar. Bukan saja gambar masakan tapi gambar aktiviti dan jalan-jalan lagi. So...mana yang dah simpan sini bolehlah clearkan.

Resepi ni ambil dari dapur kak Nazrah. Memang sedap buat puding ni tambah pula kalau dapat buah mangga yang masak dan manis. Terasa sejuk jer tekak kalau dapat mkn puding gini. Warna puding ni agak terang sikit sebab saya terlajak bubuh pewarna oren..:D
btw, terima kasih berkongsi resepi ni yer kak Naz.saya sharekan kat sini pula yer.


Source: Kak Nazrah
  • 500ml air
  • 130gm gula pasir
  • 300ml puri mangga ( kita blend mangga tu)
  • 10gm agar - agar powder  (Nieza bubuh 8gm saja)
  •  sedikit pewarna oren
  • Puri mangga (untuk hiasan)

Cara-cara
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan puri mangga dan masak hingga mendidih. Campurkan sedikit pewarna oren.
  3. Letakkan di dalam bekas pilihan anda . Sejukkan sebelum di hidang.
  4. Bila dah keras, boleh lah letak puri mangga . 


18 comments:

  1. salam kak nieza
    pagi2 nih sejuuuuk, ambik seketul yg kecik tu jelah hihi

    ReplyDelete
  2. salam nieza cyg..wahhh mcm2 mould ada..nk yg love2 tue..sedapnyaaaa..mkn sejuk2..dah habis la tu kan..ha haaaa..mmg x nk mintak pun..he hheee

    ReplyDelete
  3. salam Nieza,cantik nya puding mnagga ni mesti sedap jugak seindah kaler nya tu kan sedap ni makan time panas disini always panassssss je

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Nieza.
    Puding ni kalau makan sejuk2..sedapnya lah. Sue pun baru buat puding mangga juga :))

    ReplyDelete
  5. asslm kak Nieza cayanggg...wah sedapnye tgk puding yg comeiii2 tu...sayang la pulak nk makan...makan sejuk ni perghhh mmg sedap...

    ReplyDelete
  6. Alamak Dik Nieza..Akak nak kena masuk dapur ni..tapi singgah kejaplah sebelum habis org lain makan...nak jugak satu!

    ReplyDelete
  7. sejuk anak tekak makan waktu panas2 ni akak
    mangga ai loike

    ReplyDelete
  8. waaaa...nyamannya tekak... yummy!!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nieza,
    alahaiii menawan sungguh puding manggamu itewww..suka kaler oren...kalau depan mata ni takyah tunggu pelawa2 daaaa..makan je terus..he3...

    ReplyDelete
  10. Salam kak Nieza.kenapa disimpan lama2 puding yang cantik tu =).mengancam betul kaler puding mangga tu..ingatkan kat M'sia je musim mangga...kat Finland pun jadi ye.. =)

    ReplyDelete
  11. Salam kak Nieza.....
    cantikknya puding mangga tu..
    rasa nak ngap jerk tau..he3

    ReplyDelete
  12. Uwaaa...senang nak makan klu dalam acuan yg kecik2..adoiii (sambil kipas2) panasnya kat sabah ni...sesuai la klu ada puding mangga..

    ReplyDelete
  13. Salam... waduhhh udahlah gambar cantik... mengecurkan pun yaa.. sedap laaa.... musim mangga sekarang ni... nanti nak buat jugak macam ni.. ehh semua nak buat bila tu?? hentah bila hehehhe kecurrrrr

    ReplyDelete
  14. Waaaahhhh...comelnyaaa...sayang pulak nak makan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu lepas kak Zai ada buat puding mangga tapi rasa dia agak masam sebab buah mangga dia masam.

      Delete
  15. salam nieza, bestnya kalau dapat mkn puding mangga ni. cuaca panas sekarang.

    ReplyDelete
  16. sekarang ni kat m'sia memang tengah musim mangga...sana sini la berlambak2... cuma kalau nak buat puding ni kena guna mangga yang betul, kena yang bergetah tu x jadi jugak kan... ^^

    ReplyDelete
  17. nieza...!!!! terasa je kat tekak ni puding mangga tu... sini panas sangat.. tu sbb terasa2 je puding tu.. mesti sedap sangat..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers