Home

31 Mar 2012

Trip To Amsterdam, Holland (Part 3)

Assalammualaikum
Salam dihujung minggu buat semua. Hari ni saya tak keluar kemana-mana pun cuma melepak kat umah jer. Jarang juga saya update blog masa hari weekend gini sebab biasanya weekend jarang nak dok umah ada jer program kat luar dgn mr.hubby. Tapi hari ni rasa malas sangat nak keluar lagipun baru blk cuti Amsterdam ni terasa penat berjalan selama 4hari masa disana berjalan saja...penat pun belum hilang lagi. Nak kasi badan rehat betul-betul dulu baru nak keluar.  

Mr.hubby lak tak ada pergi tengok badminton ada game Finland International Open hari ni. Team Malaysia pun ada join. Saya malas nak ikut pergi tgk baik saya  dok umah dapat jugalah update blog ni untuk simpanan kenangan saja semua gambar yang dirakam ni. Dalam masa yang sama boleh juga buat rujukan pada mereka yang nak ke Amsterdam ni..mana tau dapat jugalah serba sedikit info tempat-tempat yg boleh dilawati nanti. Sekadar untuk berkongsi pengalaman saja.

Oklah cerita kali ni masih lagi pada hari pertama kami sampai disana. Lepas abis naik canal cruise tu kami ke Dam square pula. Bersebelahan dengan dam square ni ada madame tussauds. Kebetulan dah ada ticket yg dibeli bersama dengan holland pass tu kami masuk jer lah sini terus. Kira pada hari pertama ni kami disini abiskan masa berjalan dikawasan bandar Amsterdam sajalah.

 antara cenderahari yang dijual..saya suka sangat bunga tulip ni. tak dapat bawa blk bunga original bawa blk bunga kayu gini pun jadi lah:D

 bergambar bersama isteri TYT duta yang turut sama.

 macam-macam cara org sini cari duit...dia suruh saya kasi dia duit baru boleh ambik gambar tu sebab dia tutup muka tak kasi ambil gambar ni.
 suka tgk gelagat budak-budak remaja yg kasi burung ni makan..jinak-jinak burung kat sini.

 siap baring lagi main dgn burung ni
 ramai juga org pada waktu petang gini..hari ni lak hari sabtu ramailah juga yang keluar bersiar-siar ni.
 macam-macam gaya dan fesyen ada....semua ni buat show nk minta org kasi duit la.

 masuk dalam madame tussauds pulak....
patung  puteri Diana...hmmm..sama tapi serupa jer ni. Mcm mana hebat pun manusia boleh buat bentuk fizikal dan rupa manusia tapi tak boleh bagi nyawa juga. Kuasa Allah juga yang hebat.

 Oprah
 bersama DJ..tak tau siapa DJ ni..semua ni patung yg dibuat sama mcm org cuma tak ada nyawa saja.
 micheal jackson pun ada...
 posing jap kat bilik Barack Obama ni..D
 view dari atas madame tussauds

 kedai untuk shopping...kat kawasan sinilah yang saya jalan sorang-sorang pada hari terakhir disana..ramai juga org pada setiap ptng.

 tempat parking basikal


 permandangan di petang hari yang indah...subhanallah cantik sgt.

 kawasan ni berhadapan dengan hotel yang kami duduk

 banyak betul basikal kat sini...basikal merupakan pengangkutan utama di Amsterdam ni
 basikal di hadapan bangunan hotel kami
view pada waktu malam pula ni.  dah abis jalan-jalan waktu petang tu kami pun balik semula ke hotel untuk rehatkan badan sekejap dan selepas saya solat jamak maghrib isyak kami keluar pula untuk pergi dinner.
 destinasi makan malam kami hari tu ke restoran Malaysia disini. Memang menarik bila jumpa restoran ni sebab tak jauh sangat dari tempat hotel kami. Cuma berjalan kaki saja dah sampai...itupun kena tengok map jugalah sebab belum pernah sampai ke sini lagi sebelum ni.

 saya makan k/teow goreng ni dan satay saja
 boleh tahan juga sedap satay ni..terubat jugalah rindu nk mkn satay Malaysia kan. 
 Alhamdulillah kenyang sudah....makanan kat sini semua halal..ada org melayu Malaysia yg keja sini. Masa kami makan tu ada juga org melayu yang datang melancong dari Malaysia tgh makan kat sini. 
 dah abis dinner tu kami jalan-jalan kawasan red light district pula...kebetulan dah dekat sangat dengan restoran ni kami jalan jer lah. Memang tempat ni terkenal dengan kawasan pelacur. dari sini boleh tgk negara ni terlalu bebas .


  dah abis pusing tu kami terus ke hotel..gambar ni bangunan station train yang terletak bersebelahan saja denga hotel yang kami bermalam.
day 2... permandangan di waktu pagi di kawasan bandar.


 Bersambung pada cerita ditempat yang lain pula nanti..InsyaAllah:D

30 Mar 2012

Trip To Amsterdam, Holland (Part 2)

Assalammualaikum dan salam hari jumaat buat semua
Sambungan cerita cuti-cuti Amsterdam lagi. Pada hari pertama tu juga kami naik bot dan pusing-pusing tgk keindahan alam semulajadi ciptaan ilahi di Amsterdam ni. Walaupun Amsterdam ni disebut sebagai kota yang paling bebas atau kota maksiat tapi kita janganlah tengok dari sudut yang negatif saja....yang tak baik janganlah kita ikutkan. InsyaAllah mana tempat pun kalau kita pergi dibumi Allah ni kalau kita dapat kawal diri kita akan selamat.

Pada mulanya saya rasa takut juga untuk ke sana bersama dengan ladies jer sebab ada kawan yang pernah ke sana cakap tempat sana tak selamat baik jalan dengan org lelaki tapi susah juga kalau nak ajak mr.hubby ikut sama sebab dia sibuk keja jer lagi pun holiday ni memang dah lama saya plan dgn persatuan ladies kat sini. So...saya pergi jugalah dengan harapan tawakal saja lah. Alhamdulillah masa kat sana saya boleh juga berjalan seorang diri dan pulang dengan selamat ke bilik hotel. Itupun pada hari ke-3 kami disana kami agak kesuntukan masa kalau nak berjalan sekali sebab masing-masing ada hala tuju yang minat utk dilawati. Setelah berbincang kami sepakat untuk berpecah dan berjalan sendiri saja. So..saya gunakan kesempatan tu untuk berjalan di bandar dan shopping cenderahati saja. Kawan yang lain ada yang ke muzium dan shopping mall. 

Naik bot ni lama jugalah dalam 1 jam lebih juga...Alhamdulillah memang seronok tengok bangunan yang lama dan mempunyai pelbagai kisah dan sejarah  disini. oklah layan jer lah dulu gambar kat bawah ni.




memang menarik tgk floating boat ni...sekali tgk mcm bas tenggelam jer kan ..

































rumah terapung










restaurant China yang terapung







Sekian dulu cerita buat kali ini..jumpa lagi pada n3 yang seterusnya pula nanti..insyaAllah..:D