Home

9 Jan 2012

Mutton Masak Hitam Nasi Kandar Penang


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Hari ni nak share resepi mutton masak hitam ala nasi kandar yg saya makan bersama dengan mutton biryani semalam. Dalam cuaca sejuk-sejuk gini mkn daging kambing ni sangatlah bagus untuk panaskan badan. Kalau dulu saya tak mkn mutton tapi sekrang saya dah jadi suka pulak nak mkn. 


Ramai yang ckp daging kambing ni kalau mkn  pening kepala. Tapi daging kambing ni adalah makanan sunnah nabi dan saya ada juga terbaca kalau kita nak mkn daging kambing ni kita niatlah dlm hati utk ikut sunnah nabi dan jauhkan dari penyakit yg bahaya..insyaAllah dgn izinNya tak  la mudaratkan kesihatan. disini juga saya sharekan info berkaitan daging kambing ni.
Kelebihan Daging Kambing
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. info selanjutnya bolehla baca disini , dan disini

Nampak tergelap sikit rupa mutton yang saya msk ni tapi rasanya memang sedapla.Mr.hubby suka sangat ni.Memang mantop bila mkn ngan nasi briyani semalam. Resepi asal dari daging masak hitam nasi kandar blog Mamak Haji tapi saya tukarkan pada daging kambing. Kak Wattie pun dah cuba resepi ni dan Kak Ayu Singapore pun dah buat dengan versi ayam. Boleh jer tukar ikut citarasa masing-masing. 


Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.
Resepi asal: Mamak Haji
sumber: 
Bahan-bahan :
1.Daging Lembu 1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).
2.Bawang besar  2 biji dipotong hiris memanjang.
3.Rempah kari Daging 5 pkt.kecil atau 2 senduk besar.
4.Serbuk Jintan Putih    1 sudu kecil
5.Serbuk Jintan manis   1 sudu kecil
6.Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil ( Tidak kemestian)
9.*Cili Giling (sedia) 2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.
10.Santan pekat  250 gm jika kehendaki.

Bahan untuk kisar / Tumis:
  1. Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
  2. Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
  3. Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
  4. Daun pandan di potong 3″  sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.
  5. Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
  6. Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
  7. Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging  segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala) , daun pandan, daun kari,  dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.
3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.
6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
7. Kecilkan api dan  masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlukan). masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.
*NOTA:
Penyediaan Cili Kisar:
Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili size kecil  dengan gunting mengikut 45 darjah.Rebuskan sehingga cili lembut.secara biasa biji-biji cili akan gugur.Bersihkan rebusan dengan penapis. Kisar cili mestilah 1 bahgian cili di balang pengisar dan  1 bahgian air. Jangan sendatkan balang pengisar.Gunakan hanya 3/4 bahgian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang.Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat masukan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran berterusan akan membakar motor pengisat.Elakan menggunakan bahan panas dikisar.Ini akan menumpulkan pisau pengisar.Tentukan setiap kali habis pengisan bersihkan balang pengisar dengan betul.Tentukan cili kisar ditutup rapat dan Cili yang telah dikisar perlu simpan di bahgian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.

24 comments:

  1. Kak nieza,nih mmg nmpk sgt2 marbeles ni kak,super2 sedap dah nih..Sekbek baru klmarin jer g pekena nasi kandaq line clear..Kambing sy skng nih pas kawin baru pandai mkn,sbb hb besalah kak,org pg mmg suka sgtlah..

    ReplyDelete
  2. kak nieza....
    miss u..muahhhhh
    wahhhhhhhh...ada kambing la..
    peberet mas ni klu makan kat kedai mamak....
    sedapppnya tengok ....

    ReplyDelete
  3. as-salam kak Nieza

    ish..ish..ish kak Nieza npk berselera kambing masak hiatm tu..masuk list dulu..

    ReplyDelete
  4. As Salam Nieza :)
    Wah daging kambing msk hitam Nieza nie begitu menyelerakan lah.. yum3x

    ReplyDelete
  5. Ini yang nak marah Nieza....akak kan dah cakap Penang mari memang best..kambing pula tu..high blood naikla...hancur azam 2012 kerana mu Nieza

    ReplyDelete
  6. Salam Nieza...menggamit selera la lauk masak hitam ni...

    ReplyDelete
  7. Selamat petang Nieza,
    sape tak suka kamben dia rugi! he he hehh daging kamben sedap, lebih lembut dari lembu... lauk masak itam tu sedaplah Nieza,lagilah kalau ambil resepi mamak aji!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Nieza...Bior betul!!! Berturut2 menu kambing ni, sememangnya daging kambing paling sedap kan Nieza!! Tengok pun dh terliur, harus kena cari kambing lepas ni,hancur diet akak.. :))

    ReplyDelete
  9. salam nieza.....fuhhhh ada kambing. embekkkkkk....hihihihi
    nasi kandar satuuu.....nmpk sedap sgt dgg tu, mmg marbeles...

    ReplyDelete
  10. Assalam Nieza....weeee, terliuuuqqq sungguh aaiih tgk daging kambing hitam manis camni... Akak sendiri x penah masak daging kamben..sbb x makan...hb nak makan, beli jek semangkuk tuk dia...hehe, kijaaam x kita...?

    ReplyDelete
  11. pergh...mantop....kegemaran my hubby, tp kita takleh makan kamben banyak2, setakat rasa boleh ler...kang tak boleh bangun plak..hehe

    ReplyDelete
  12. salam akak.. setuju sgt dgn artikel akak ni..

    setiap makanan sunnah itu pasti bagus tuk kesihatan..

    golongan yang jeleskan Islam shj yg putar belitkan fakta..

    bukan tkt daging kambing, malahan hati atau organ dlmn bdn pulak disuruh makan sdgkan kalau difikir dgn ilmu sains.. ia tempat untuk penguraian racun/toksin knp kite mkn.. bukankah nnti akn effect pd dr sendiri..

    lady pun suka daging kambing..

    p/s : makan sikit/ sederhana memberi kesihatan yg baik.. yg mslhnye apbl mkn terlalu byk.. ape2 jenis mknn pun kalau mkn dgn kadar yang kurg atau lbh pasti mengundang kesan negatif.. allahua'lam..

    ReplyDelete
  13. betul tu nieza apa yg di share tu.. ada banyak jugak kelebihan daging kambing ni kalau dibaca, insyaAllah kalau makan secara sederhana semuanya ok. kan sederhana tu y diterap dlm islam.

    aduh nak juakk daging kambinggg

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Nieza
    Selamat Tahun Baru 2012...

    *Kak Lin x pernah lagi makan nasi kandar...ada org kata sedap...tapi tgk menu yang Nieza masak ni amat menyelerakan...

    ReplyDelete
  15. nieza ni tak habis2 goda akak dengan kambing terliur sis....
    betulkan nieza..hubby akak pun darah tinggi tp alhamdulillah kalau pekena kambing tak dak apa.

    ReplyDelete
  16. salam k.nieza,
    adoiii sedapppnya, patut la harumm ja bau sampe kesini, sedap ni, lyn suka ratah daging hitam cam ni,hehhe mmg ralik makan:))

    ReplyDelete
  17. nani pon suke makan daging kambing. itu pon sejak2 makan yg org pandai sembelih, x bau sgt kambingnya. kalau yg kuat bau tu, x leh nak telan jugak. tapi kalau kambing bbq, memang tak skip la, suke sgt!

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Nieza..yana dah telan air liur tgk mutton masak hitam tu.. sedapnyaa..

    ReplyDelete
  19. Zaliedana:
    amboi bestnyer pi line clear tu..akak blk cuti hari tu tak sempatla nk pi.nanti CT cubalah buat msk hitam ni pula:)

    Mas:
    miss u too dear...mhuahx2.suka tgk mas dah kembali bersiaran.nanti bolehla cuba msk kambing ni mas yer:)

    ady:
    w.salam..tq.memang menyelerakan ady..nanti cubalah buat yer:)

    mamahawa:
    w.salam mama..tq.yer memang sedap:)

    Kak Paty:
    ya ampun jgn marah yer kak.apa nk buat memang sedap terpaksala kena tayang juga..lupakan kejap la diet akak tu ..hehe

    ReplyDelete
  20. Rahel:
    w.salam...cubalah buat nanti rahel:)

    Kak Amie:
    selamat ptng kak..betulx3 saya dulu tak suka mkn kambing kak tapi bila mr.hubby suka terus jadi suka pulak.bestkan resepi mamak aji tu:)

    Kak Azlina:
    w.salam kak..ya la musim sejuk ni kena mkn kambingla kak kasi panas bdn sikit.haha cari jgn tak cari yer..nanti leh cuba msk ni pula:)

    kak liza:
    boleh kak nanti pos laju ke dapur akak yer..hehe

    Kak Ummi:
    alahai kenapa akak tak nak mkn?.kalau akak cuba sekali sure nk lagi nanti.sian kat cik abg akak tu memang kijam tu kak...hehe

    ReplyDelete
  21. Kak Cendana Kasih:
    tq kak..samalah kak lauk kambing memang fav my hubby juga..kalau hubby suka kita tak suka lelama jadi suka gak..:)

    ladybird:
    tq dear...akak pun setuju tu.semoga apa yg kita mkn tidak mendatangkan mudarat pada kesihatan kita..insyaAllah.

    izahdaut:
    yes agreed tu izah...sama-sama kita manfaatkan kelebihannya.nanti izah boleh cuba msk ni:)

    Kak Lin:
    selamat tahun baru 2012 juga buat kak..tq. lum pernah mkn nasi kandar ke kak..kena cuba dulu la baru leh ceter...hehe

    Puan Ros:
    dah abisla kak..:)

    ReplyDelete
  22. Kak Suri:
    saja jer nk goda akak ni....hehe gurau jer.

    mama olyn:
    w.salam..wahh jauh yer bau sampai ke sana tu lyn.hehe memang sedap kalau ratah gitu pun:)

    kak Nor:
    sedap lagi kalau kak nor yg msk ni...cubalah kak:)

    nuwairani:
    betul la nani akak kalau mkn kat luar kurang sikit sebab bau tu tak thn tapi kalau kita msk sendiri kita akan pastikan daging tu dicuci bersih dan tak berbau lagi.

    Yana:
    w.salam...kalau terliur kena cuba buat la nanti:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)