Home

6 Jan 2012

Kuih Bakar Pisang


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua
Alhamdulillah dah sampai ke penghujung minggu dah yer ...cepat betul masa berlalu kan. Sedar tak sedar nanti saya dah balik Malaysia dah..hmmm.. dah tak sabar rasanya nak balik dok Malaysia. Macam mana seronok pun dok tempat org ni bagi sayalah seronok lagi negara kita. Tapi apakan daya datang merantau mencari rezeki kan..sabar jer la.

Ceter pasal n3 hari ni pula ....juadah berbuka puasa saya semalam. Ingat nak n3 selepas berbuka tadi tapi lepas maghrib tu tertido pula. Sekarang ni musim sejuk waktu berbuka awal jam 3.21minit ptng dah maghrib dan subuh pula jam 7 lbh so..memang masa ni la selalunya saya ambil kesempatan untuk berpuasa ganti. Tak bersahur pun cuma bangun minum air saja. Target nak abiskan ganti ni tahun lepas lagi tapi tak sempat juga so...bawala ke thn ni. Takut pula nak tangguhkan hutang ni kan sebab kita tak tahu bila masa kita akan dijemputNya so..bersedia la dari awal.


Gambar pun snap waktu dah gelap hanya guna cahaya lampu syiling jer. Nak bg tau kuih bakar pisang ni memang sedap sangat...terasa lemak dan pisang yang manis tu. Resepi ni saya ambil kat dapur Izah daut yang asalnya dari dapur kak Zana. terima kasih kerana berkongsi resepi kuih yang sedap ni yer dan izinkan saya berkongsi disini pula:D


sumber: Kak Zanaizahdaut
Bahan2
1 sisir pisang masak di lenyek kasar - saya guna 6 biji pisang berangan = 400gm
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*-boleh kurangkan
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*


Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi best


26 comments:

  1. pagi2 dah ada kuih bakar dah, boleh buat breakfast ni :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nieza cayang....
    wah banyak entri menarik yg akak terlepas.. huhuu... tgk kuih bakar pisang nie mmg cantik... kalau bab kuih gini mmg akak suka makan... sedap..

    ReplyDelete
  3. selamat pagi dari bumi malaysia buat niezza...

    wah.. mmg cantik teksturnya.. dengan taburan bijan yang mengancam..
    glupppppppp.. lapor!!!!!!
    mould nieza cantik tau.... ayu tak pernah jumpa bingka pisang bakar dok cantik mcm tu

    PS: terkesan dihati bab berpuasa, bab bila kita dijemput olehNya, terima kasih atas ingatan

    ReplyDelete
  4. Salam Rindu & Slmt berhujung minggu Nieza ku cayang hehehe...
    lama betul blog tak berhapdate & BW ke rumah teman2 miss uols.

    Hmmm mmg sedap pernah buat lama daa.. resipi kalau tak silap dari cikgu Zana... yum2x sedap n cantik :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Nieza,
    sedapnya tngk bingka pisang ni..akak pun pernah buat guna resepi ni ,mmng sedap sangat...terliurlah plk..mana nak cari pisang ni..

    ReplyDelete
  6. Tak segannya.......adoi...masa mak akak muda2 dulu, rajin buat kuih ni.....huhu...rindu zaman remaja.
    Nieza, pisang emas ada dlm peti, kalau rajin nk buat ptg ni. Kalau tak, cekodok ler jwpnya.

    ReplyDelete
  7. as-salam kak Nieza

    wahhh!!.nampak menarik dan sedap...Ady nak cuba buat jugak ni...

    ReplyDelete
  8. sedapnyer.. lagi terliur bila nengok kerak dia tu...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum nieza.. alaaa tak aci cantik benar rupa bingka pisang mu ini. menjeleskan diriku.. heheh... sedapkan .i like

    ReplyDelete
  10. Ada bijan tu yg menarik jadinya. Kakak buat tak bubuh bijan pun habis juga nieza...

    ReplyDelete
  11. Assalam kak nieza cayang,nnti blk mesia,leh kita jumpa eks..Sedapnyer bengkang pisang,sy pisang xpernh wat bengkang lagi kak,tapi leh imejin camner sedapnya bngkang tuh..Suka tang kerak2 tuh,hihi..

    ReplyDelete
  12. lum penah lagi wat kuih bakar pisang, mesti sedap... suka resepi niza kebanyakkan nyer mudah ...

    ReplyDelete
  13. Salam Yong Nieza,

    Ha ha memang best posa di musim winter...cepat jer berbuka!
    Kuih pisang bakor?

    Bagus idea tu. Nak try buatlah. Thanx for the pix!

    ReplyDelete
  14. salam nieza - Subanallah it's look lovely!

    ReplyDelete
  15. Assalaualaykumwbh nieza syg...:)
    I must say, this one is authentic....:) apa2 dgn pisang Ayu sukeeeeeeeeeeee...mmmnak simpan recipe ni ye....mesti best!!!

    ReplyDelete
  16. Assamualaykumwbh nieza syg...:)
    I must say, this one is authentic....:) apa2 dgn pisang Ayu sukeeeeeeeeeeee...mmmnak simpan recipe ni ye....mesti best!!!

    Pst...nieza yg comment awal2 tu tsalah eja salam ar....hu3....:)

    ReplyDelete
  17. salam nieza...bestnya kalau awal2 dah maghrib kan..betul tu nieza, gunakan masa ni sebaik mungkin...
    best la akak tgk kuih bakar pisang, xprnh buat lg tp dah blh agak mst sedap....

    ReplyDelete
  18. rajin nieza buat kuih bakar..:)

    ReplyDelete
  19. Salam rindu Kak Nieza.. yg jauh dimata dekat dihati.. selamat tahun baru akak.. wah sedapnyer bau kuih bakar pisang tu... wangi...

    ReplyDelete
  20. Selamat petang Nieza,
    sedapnyalah kuih bakar pisang tu... terbaulah keharumannya sampai ke dapur kak Amie,tapi mesti dah habis sebab Kak Amie terlambat sampai ni.... hu huuu tinggal bijibijan aje!

    ReplyDelete
  21. aslmkum nieza.. lama sudah akk tak buat kuih ni.. harus kene cari pisang jugak ni.. tgok bijan2 yg btaburan tu mmg rasa terancam.. tq nieza.. kerana sudi mcuba..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Nieza...Salam rindu jua buatmu..hehe..wangi semerbak sampai ke Tapah kuih bakar pisang tu. Nampak mmg sedap, apalg la bila di mkn...

    Owhh Nieza dok menghitung hari balik ke tanahair rupanya..Lama jugak Nieza & hubby di sana yea, tentu bnyk pengalaman indah!! :))

    ReplyDelete
  23. Salam Nieza,
    Kuih ni saya pernah buat juga. MEmang best kan. Sekejap je makan tak sedar dah habis. hehe...

    Semalam saya buat nasi ayam Nieza tu. To tak ambil gambar pun. Suka betul Faiz. Kalau bab nasi ayam, laju je kami makan :D

    ReplyDelete
  24. Tentu sedap dan wangi dengan keharuman pisang,yang selalu kak Zai kuih bakar biasa.

    ReplyDelete
  25. suka pisang... kalau makan mesti habis setengah ...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)