29 Sep 2011

Classic Strawberry Smoothie


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya hidangkan minuman sajalah dulu buat semua yang sudi bertandang ke sini. Kita minum dulu yer..:D 

Jutaan terima kasih diatas doa dan ingatan semua...sungguh terharu sekali bila saya baca semua komen-komen pada n3 Salam Rindu. Saya amatlah menghargainya...dan terima kasih juga kerana berikan saya satu semangat dan kekuatan disini. Mudah-mudahan segala doa dari semua buat bonda saya dimakbulkan Allah dan semoga kita semua juga sentiasa dirahmati Allah selalu hendaknya..amin.

Oklah berbalik pada n3 hari ni layan minuman sejuk smoothie dulu la yer. Cuaca di Finland sekarang ni dah terasa sejuk dah kira dah masuk musim Autumn dgn daun yg kuning-kuning dan tak lama lagi akan luruh pastu winter pula akan menyusul nanti. Untuk menghabiskan saki baki buah strawberri yang dibekukan dulu juga lah ni... saya pun buatlah smoothie ni...memang sedap minum sejuk-sejuk ni.Walaupun cuaca sejuk layan jugalah...:D Resepi simple jer rasanya semua org pandai buat kan...sebelum ni pernah buat dan banyak kali buat dah pun tapi saya share jugalah yer.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
Buah strawberry secukupnya (kuantiti terpulang nak bubuh byk mana)
Ice cream vanilla
gula
ais ketul (crushed ice)



Cara-cara
1. Cuci bersih buah strawberri yang digunakan dan masukkan ke dalam blender.
2. Masukkan pula bahan-bahan lain seperti ais ketul, ice cream dan gula. Mesinkan sebentar. Apabila semuanya sebati bolehlah dituangkan didalam gelas dan sedia untuk dinikmati. Selamat Mencuba!


27 Sep 2011

Salam Rindu...


Assalammualaikum dan salam rindu buat semua....rindunya nak bersiaran disini tapi apakan daya masa amatlah tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian. Terima kasih buat semua yang masih sudi berkunjung ke sini walaupun dah lama tak ada n3 baru tapi masih ada yang sudi lagi untuk singgah dan bertanyakan khabar saya. Sungguh terharu rasa dihati ni. Ini juga yang membuatkan semangat saya untuk terus menulis disini kembali pulih setelah sekian lama menyepikan diri. Banyak dah saya ketinggalan cerita dan n3 rakan-rakan semua. Terima kasih juga pada Kak Nor @ Secubit Garam diatas makluman  pasal blog saya disinggahi malware tempoh hari. Alhamdulillah semua telah dapat diatasi dengan baik.

Bukanlah sengaja saya merehatkan diri dalam dunia blogging ni tapi sejak balik ke Malaysia tempoh hari memang saya tak berkesempatan langsung untuk online. Banyak masa dipenuhkan untuk menjaga bonda tersayang yang masih lagi belum pulih drp stroke. Keadaan bonda nampak stabil cuma masih belum pulih sepenuhnya. Mengikut pandangan doktor yang merawat keadaan bonda adalah tenat tapi berkat bacaan Yasin beramai-ramai di kg dan doa dari semua bonda nampak stabil. Kita hanya mampu meramal tapi Allah SWT saja yang mampu menentukan ajal maut seseorang. Jutaan terima kasih diatas doa dan ingatan rakan-rakan semua. Amatlah saya hargai tapi saya belum kesempatan untuk membalas kunjungan semuanya lagi. InsyaAllah bila berkesempatan nanti akan saya usahakan.

Cerita terkini sekarang ni saya dah pun balik ke Finland. Alhamdulillah saya dan suami dah selamat tiba ke Helsinki, Finland pada 25hb Sept 2011(Ahad) jam 2pm waktu Finland yang lepas. Perjalanan dari Penang - KLIA - Frankfurt - Helsinki telah mengambil masa lebih kurang 23 jam perjalanan termasuk transit telah berjalan lancar dan telah dipermudahkanNya. Walaupun berat hati untuk melangkah pulang ke sini  serta terpaksa meninggalkan bonda yang masih sakit tapi kehidupan disini tetap diteruskan juga. Tempat seorang isteri adalah disisi suami. Terima kasih tak terhingga juga kepada abg dan kakak ipar di kampung yang menjaga bonda buat masa sekarang ni.. hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya. Mohon maaf juga pada rakan-rakan blogger di Penang yang tinggalkan msg utk berjumpa tapi tak berkesempatan juga untuk saya berjumpa. Terlalu cepat masa berlalu. InsyaAllah panjang umur kita pasti bersua juga satu hari nanti.

Syukur alhamdulillah diatas kesempatan yang suami berikan juga saya berpeluang menjaga bonda yang sakit semasa di dalam wad dan juga  setelah pulang ke rumah. 2 kali juga bonda dimasukkan ke wad iaitu semasa bulan puasa dan selepas hari raya tempoh hari. Peluang yang suami berikan untuk saya balik awal ke Malaysia sebulan darinya amatlah berharga buat saya. Setiap saat dipenuhkan untuk merawat dan menjaga bonda. Memang tak dapat dinafikan saya tak dapat rehat yang cukup sebab terpaksa berjaga malam tapi bukanlah jadi satu masalah buat saya kerana saya gembira dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjaga bonda.

Menjaga orang sakit memang memerlukan banyak kesabaran. Sebagai seorang jururawat juga saya banyak belajar melalui pengalaman. Keadaan bonda yang stroke, tak boleh bercakap dan tak dapat menguruskan diri sepenuhnya memang memerlukan bantuan. Setiap kali mandikan bonda, tukarkan pampers dan berikan bonda susu melalui tiub setiap kali itulah saya teringatkan susah payah semasa bonda membesarkan saya. Mungkin ragam saya  semasa kecil lebih teruk drp saya menjaga bonda sekarang. Tapi bonda tetap juga sabar membesarkan saya. Itulah yang selalu saya ingat dan saya mesti membalasnya. Kalau dihitung dan dinilai selama saya menjaga bonda tak terbalas lagi. Memang terlalu banyak jasa bonda yang belum dapat saya membalasnya. Doa dan harapan saya semoga bonda kembali pulih dan sihat serta diberikan kesempatan lagi untuk bertemu dengan bonda lagi satu hari nanti..InsyaAllah.

Dah panjang lebar dah celoteh saya ni...sekadar berkongsi cerita saja. Macam ni lah dugaan dan cabaran bila kita berada jauh daripada family dan insan tersayang. Macam mana seronok pun kita berada di tempat org seronok lagi tempat kita sendiri. Tapi apakan daya datang merantau mencari rezeki. Dalam kehidupan kita tak dapat lari dengan segala ujian dan dugaan. Semoga kita sentiasa sabar dan tabah menghadapinya.

Cerita pasal Aidilfitri yang lepas pula tak ada apa yang menarik nak saya ceritakan ...sebab saya hanya menyambutnya secara sederhana. 4 hari sebelum menjelang hari raya baru bonda dapat keluar wad so...persediaan hanya ala kadar saja. Saya hanya berkesempatan ziarah pusara ayahda saja di pagi raya dan melayan tetamu yang datang menziarahi bonda. Walaupun gembira dapat berpeluang menyambut hari raya disisi bonda tapi terasa juga sedihnya bila berjauhan drp suami tersayang. Apapun saya redha dan syukur diatas apa juga yang telah ditentukan Allah swt.

InsyaAllah bertemu lagi kita pada n3 seterusnya nanti....masih lagi mencari mood memasak dan mood mengambil gambar yang entah hilang kemana. Bukan tak masak tapi masak yang simple saja coz 2-3hari lepas masih lagi pening dgn jetlag lagi. Pastu lama sangat cuti masak sejak balik Malaysia nak mkn apa main order saja. Tapi bila blk sini kembali semula pada rutin harian kena masak sendiri jugalah jawabnya. Buat masa sekarang cuma masih lemau utk update dan n3 msk-msk ni. Harap-harap tak berpanjangan lah nanti yer. Salam sayang buat semua..:D

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers