28 Aug 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H


Assalammualaikum dan salam kerinduan buat semua teman-teman blogger dan semua yang sudi bertandang ke sini. Sudah hampir sebulan lebih lamanya saya tak update blog dgn n3 baru tapi apakan daya masa tak mengizinkan....walaupun hati terasa rindu sgt nak menulis disini. Saya hanya sempat update status kat fb jer. Mungkin ramai rakan-rakan dah bercuti dan telah  balik ke kampung  halaman untuk sambut lebaran sekarang ni kan dan mungkin juga tgh sibuk dgn persiapan membuat kuih raya dan sebagainya. Bagi saya hanya ada sambutan yang sederhana saja tahun ni kerana tak terasa kemeriahan sgt sebab bonda masih belum sihat lagi. 


Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang mendoakan kesihatan yg baik buat bonda tersayang. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Saya amatlah menghargainya. Alhamdulillah bonda dah pun keluar wad 2 hari lepas dan keadaannya nampak stabil walaupun belum baik lagi sepenuhnya. Rawatan seterusnya akan dilakukan dirumah saja. Sejak saya balik hari tu bonda dan tak boleh bercakap dan berjalan lagi....memang sedih tgk keadaan bonda tapi apakan daya saya hanya mampu membantu yang terdaya saja.


Syukur alhamdulillah dengan ilmu yg ada dlm bidang kejururawatan saya cuba sedaya upaya utk memberikan rawatan yg terbaik buat bonda. Syukur dengan kesempatan dan peluang yang diberikan suami utk berbakti pada bonda walaupun hanya sementara. Terima kasih banyak juga buat suami tersayang yg memahami diri dan membenarkan saya balik seorang dulu untuk menjaga bonda. 


 Akibat serangan stroke tempoh hari keadaan bonda tak ubah seperti kanak-kanak kecil yg masih memerlukan perhatian dan bantuan sepenuhnya kerana tak mampu lagi utk uruskan diri sendiri. Masih belum dapat makan dan hanya minum susu saja melalui tiub. Apapun doa dan harapan saya agar bonda akan kembali sihat hendaknya..insyaAllah..amin.


Sempena hari baik dan bulan ramadhan baik ni saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam aidilfitri buat semua teman-teman blogger yang saya sayangi, teman-teman fb, rakan-rakan sekolah, kolej, silent reader yang sudi singgah ke blog saya yg tak seberapa ni dan juga ucapan buat semua sedara mara, sahabat handai yang tak kira dimana saja anda berada. Semoga sentiasa ceria dan berbahagia disamping keluarga tersayang. Jutaan kemaafan juga saya pohonkan sekiranya ada salah dan silap tulisan saya yang tersentuh hati sepanjang saya berblogging ni. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya sendiri. Terimalah ecard raya ni sbg tanda kenangan di hari lebaran tahun ini. Semoga bertemu lagi di hari lebaran yang akan datang pula...InsyaAllah...salam sayang buat semua.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers