31 Mar 2011

Sticky Caramel Chicken



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...hari ni lambat nak n3 b'coz siang tadi keluar ada hal sikit pastu melepak lak kat ofis mr.hubby sementara tunggu dia abis keja nk tumpang blk sekali. so...time tu  sempat juga bersiaran  sekejap...intai-intai kat dapur kawan-kawan...tu pun guna iphone jer...dah blk ni baru ler puas ngadap lappy ni.

btw...menu simple jer lah mlm ni layan ayam ni...tgk ramai dah yang buat ni kan...sedap sangat ayam ni..suka ratah gitu jer..memang best sehingga menjilat jari..:D resepi asal menggunakan kepak ayam tapi saya ikut style kak Nor guna ayam biasa jer...so.. terima kasih pada Kak Nor @ Secubit Garam, CMG dan semua yang telah berkongsi resepi.Izinkan saya berkongsi disini pula.

sila abaikan rupa yg terlebih gelap ni...haha terlebih kicap la ni....tapi rasa memang mabeles.
resipi asal : MutiaraAzura MyResipi
sumber: CMGebu & Kak Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan 12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu

Cara membuat 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

* K.Nor tambah 1 sudu besar serbuk lada hitam (nieza pun sama tambah juga)

30 Mar 2011

Roti Yogurt Berinti Sekaya


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni layan roti jer lah...roti yang boleh dimkn bila-bila masa saja tak kira pagi,ptng ataupun mlm kan sama jer mcm mkn nasi juga roti ni coz dlm kumpulan karbohidrat juga ni....kalau yg dh biasa mkn roti tak makan nasi pun tak pe tapi kalau yang biasa mkn nasi nk kena cari nasi jugakan...bagi saya dan suami ni tak kisah  sangat kalau tak mkn nasi setiap hari tapi makan roti ataupun mee/spaghethi  pun dah cukup.

Roti Yogurt ni asalnya resepi kak Yani di My resepi dan telah dicuba buat oleh izah dan Mas juga...maaf kalau ada lagi yg dah cuba maybe saya terlepas pandang. ..terima kasih kerana berkongsi resepi yer..izinkan saya berkongsi disini pula. Btw roti ni memang bestla lembut gebus gitu walaupun saya tak bubuh sebarang agen pelembut roti ataupun w/roux tu roti tetap lembut....dan ditambah pula bubuh inti homemade sekaya tu memang sedapla. Homemade sekaya tu dh lama dah saya buat tapi lupa pula nk snap photo ...masa buat utk inti pau hari tu lagi...guna resepi Ros @ Jintanmanis memang mabeles...tq yer Ros.


Resepi Asal : Kak Yani@myresepi.com
rujuk sini: Pure enjoyment
Sumber : Izahdaut ,Mas


Bahan-bahan : 
  • 250g tepung roti

  • 100g plain yogurt

  • 60g susu * susu segar

  • 25g telur * 1/2 biji telur

  • 20g gula 

  • 3g garam

  • 30g marjerin

  • 2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)

  • sekaya pandan (nieza tambah)



Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.
  2. * Mas ikut cara Izah (nieza pun sama guna BM juga) - guna BM dan ikut saja arahan penggunaannya. 
  3. Jika uli dengan tangan campurkan semua bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh hingga 2 kali ganda kembang. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. 
  4. Kemudian bentukkan doh ke beberapa bahagian. Tunggu hingga doh kembang lagi dan bakar pada suhu 170 C selama 25 minit atau perang.
  5. jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang.

29 Mar 2011

Nasi Ayam Hainan


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...lambat la bersiaran hari ni...tadi dok busy dgn aktiviti kemas-mengemas umah jer. So...lambat sikitla masuk dapur dan layan jerlah masakkan yang simple hari ni...senang dimasak dan cepat dimakan....:D

Resepi nasi ayam hainan ni saya ambil dr Try Masak...senang dan simple..cara utk msk pun ada ditunjukkan dalam video..so...bagi ibu yang berkerja yang nak cepat masak tu boleh la mencuba resepi ni.


Source: Try Masak
Bahan-bahan nasi 
1) Beras (2 cawan)
2) Bawang merah dicincang (3 ulas)
3) Bawang putih ditumbuk (2 ulas)
4) Halia dihiris nipis (1 inci)
5) Mentega (3 sudu besar)
6) Air (secukupnya) 
nieza gunakan air rebusan ayam
7) Garam (secukup rasa)

Bahan-bahan Ayam/ Sup 
1) Ayam (1/2 ekor)
2) Sup bunjut (1 bungkus)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Bawang merah (1 ulas)
6) Kulit kayu manis (1 inci)
7) Serbuk lada putih (1 sudu kecil)
8) Garam (secukup rasa)

Bahan-bahan  Sos Cili 
1) Cili merah (6 biji)
2) Air rebusan ayam (1/2 cawan)
3) Bawang putih (3 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Minyak bijan (1 sudu kecil)
6) Cuka (1 sudu kecil)
7) Gula (2 sudu kecil)
8) Garam (sedikit)

Cara Memasak:
Nasi:
Cairkan mentega. Tumis bawang putih, halia dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan air, beras dan garam.
Apabila nasi kering, kacau dan tutup periuk. Masak hingga nasi benar-benar empuk.

Ayam / sup:
Tumbuk hancur halia, bawang putih bawang merah, garam dan serbuk lada putih.
Perap ayam bersama bahan ditumbuk.
Renehkan ayam dan masukkan sup bunjut serta kulit kayu manis. Renehkan hingga ayam empuk dan masak.
Air rebusan ayam dihidang sebagai sup.

Sos Cili
Kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam, dan air rebusan ayam hingga hancur.
Hidang nasi bersama ayam, sup, sos cili, kicap,salad,timun dan buah tomato.

28 Mar 2011

Custard TeaCake versi derhaka juga....


Assalammualaikum dan sejahtera buat semua. Dah banyak hari tak bersiaran dgn weekend yang membusykan lagila tak sempat nak online dan bw...terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke sini. Minta maafla kalau saya lambat nak berkunjung balas.

Oklah ceter pasal n3 hari ni pula berkisah pasal kek yg dah ramai dah blogger buat ni so...saya pun terkena juga tempiasnya walaupun jauh beribu lemon ni..nk juga meriahkan suasana yg dh meriah tu walaupun terlambat tapi sampai juga ke dapur org merantau ni.

 btw terima kasih kepada tuan empunya resepi asal Kak Ida - 1001 resepi dan sumber lain yg telah dicuba oleh CMG, HasueKak BeeMasKak Dayang Kak NorTun, Izah,
Kak Azlita, Kak ilah, Noorsha, Zaliedana, Mama Hawa. Maaflah kalau ada yg saya tak sebut nama yer sebab dh ramai sgt. Btw....terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi yang memang mabeles ni mcm2 versi dah saya tgk...dan kali ni kek saya buat ni turut juga tempiasnya dgn versi derhaka ala kak DayangJack sama tapi tak serupa..:D


ni ler rupa cake versi saya....putih ditutupi snow dah ni..kebetulan pula masa tgh tabur gula icing ni snow turun lebat lak tu. Tempat lain dh masuk spring tapi Finland ni kekadang spring pun ada snow..haha tu ler specialnya Finland ni.Oklah dah melalut ke cerita snow pula dah.

Bahan Kek  :
125 gram mentega 
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
1 s/k stawberry emulco (nieza tambah)


Bahan Kastard : 
( Mas dan hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. ) nieza pun sama buat 2 adunan kastard juga
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar 
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara Membuatnya :
Untuk Kastard : 
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci. Ketepikan.

  • Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  • Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.(DJ bahagi dua adunan: satu bahagian dicampurkan dgn bancuhan koko dan satu lagi perisa pandan) Nieza cuma perisakan 1 bhg dgn perisa strawberry emulco di bahagian atasnya yang berwarna merah.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat Mencuba

Saya guna acuan silicone ni jer....sesuaila utk adunan yg tak byk ni...ni la hasil rembatan saya masa ke outlet tefal hari tu...terlupa nk snap photo masa pergi ke outlet tefal bulan lepas. masa tu ada sale terus jer serbu tgk harga memang murahla kalau nk compare dgn harga di pasaran luar...Silicone ni harganya 10 euro jer.

24 Mar 2011

Strawberry Cheese Tart


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...sedap betul layan cheese tart ni..gara-gara nak abiskan stok cheese ni la yang terjadinya cheese tart ni.  Ni 1st time juga saya mencuba buat tart ni nampak tak berapa cun la tapi rasa memang mabeles sedap sampai tak ingat berapa ketoi  dah mkn..haha ambik rosak dah diet.

Actually dah lama simpan resepi ni...tapi tak sampai seru nak buat. Bila nampak cheese baru ler teringat nak buat... saya buat semlm lagi tapi tak sempat nak n3...petang tadi keluar bandar jap ada hal sikit...blk dh lewat tertangguhla sampai ke mlm pula. Siang tadi nampak Mas ada buat secara kebetulan tak janji pun nak buat tgk sama tapi tak serupa...Mas buat nampak montok dan cun lagi saya punya tart tak mau jadi montok sebab org dia dh montok kot...haha..:P

Resepi saya intai dari dapur kak Azita yang siap dgn tips dan demo step by step lagi bagus utk yg pertama kali nk mencuba mcm saya ni...ahaks terima kasih yer kak kerana berkongsi resepi dan tips yg diberi...saya kena mencuba buat lagi nanti...dan izinkan saya berkongsi disini  pula.


Source: Azita Kitchen
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Cream Cheese Filling 
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
    Filling :
    Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Cara-cara ( rujuk gambar ) : disini
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Pn.Azita)
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. si adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

23 Mar 2011

Mee Ketam


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...abis dah ceter pasal bercuti...kembali dgn n3 masak memasak pula. Dah  byk hari dapur ni bercuti rehat so..kenalah panaskan blk kan. Masa kat Oslo hari tu terasa rindu pula nk msk-msk coz kat sana hanya dapat mkn roti dan kebab kat kedai arab tu jer....actually susah juga kalau travel kalau tak jumpa kedai mkn yg sesuai tapi apa nk buat tak boleh nk memilih mkn sgt kena juga alaskan perut kan...so..layan jer lah apa yg ada.

Oklah berbalik pada n3 hari ni masak mee ketam yg simple jer lah kalau kat utara mee ketam ni yg best kat Juru...saya kalau blk kg mesti singgah mkn kat sana. restaurant tu bkn saja ada jual mee ketam tapi mee udang dan mcm2 menu lain pun ada. So...nk mkn kalau nk tunggu blk kg lambat lagi kan....masak sendiri ler jawabnya. Actually dah pernah buat dah sebelum ni dan byk kali buat dah pun..resepi ni ikut style MIL...pernah tgk MIL masak dulu tapi ada juga yg saya tambah bahan-bahannya ikut citarasa sendiri.


Source: Nurniezza.blogspot.com

Bahan-bahannya
300gm Mee kuning dicelur
1/2 kg ketam (dibersihkan dan belah 2)
8 biji cili merah (mengikut kepedasan masing2)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 tin tomato soup
1 ltr air
1 biji telor (dipukul sedikit) nieza tambah 2 biji telur yg tdk dipukul
2 kiub ayam
2 sudu makan kicap
2 sudu makan oyster sauce
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili sos
2 biji tomato dibelah 4
Daun bawang dipotong 1"
sedikit sayur sawi
1 batang carrot dipotong nipis
Bawang goreng
Garam secukup rasa




Cara-cara
1.Cuci bersih ketam dan toskan
2. Blend cili merah + bawang putih +bawang merah
3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos. masakkan sekejap.
4. Masukkan air dan kiub ayam.
5. Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
6. Kemudian masukkan ketam, tomato yg dibelah 4 tadi, carrot dan sayur sawi.
7. Rasakan kuah...boleh tambahkan garam jika perlu
8. Tutup api...dan hidangkan bersama mee yang dicelur tadi.
9. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng sebagai hiasan.

Trip To Oslo, Norway

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...lama tak bersiaran rindu lak rasanya ..:D Terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke teratak saya ni....maaflah belum berkesempatan nak berkunjung balas lagi...balik dr bercuti dah penat macam-macam hal pula nk buat so...hari ni baru berkesempatan nak n3. Bukan tak masak tapi bila dah penat mood nak ambil gambar pun malas dan masak pun simple-simple jer malas pula nak n3.

Btw....hari ni saya nak sharing gambar masa saya pergi holiday last week....bukan niat dihati untuk menunjuk-nunjuk dan jauh sekali utk riak tapi sekadar berkongsi pengalaman saya berjalan tgk tempat org saja. Semuanya rezeki datang dari Allah....bersyukur diatas nikmat Allah. Oklah berbalik pada n3 ni percutian kali ni dekat-dekat sini jer ... negara jiran Finland ni jer iaitu ke Oslo, Norway.  Alhamdulillah percutian selama 4 hari 3 malam pergi dan balik berjalan dgn lancar dan selamat sampai ke rumah pada hari isnin pada jam 10 mlm. Penerbangan drp Finland ke Oslo hanya memakan masa 1jam sahaja. 

Oslo adalah Ibu kota dan bandar terbesar di Norway dan bandar ketiga terbesar di Scandinavia. Pada tahun 2010 negara ini telah menduduki peringkat sebagai bandar paling mahal di dunia. Sungguh cantik permandangan disini....kalau dapat datang masa summer atau Autumn rasanya labih cantik lagi. Oklah jom layan gambar kat bawah...actually  ada byk lagi gambar yg diambil sampai tak tau nk pilih....rasanya cukuplah untuk kenangan dan simpanan disini.










 The City Hall opened in 1950.




 the vigeland park...one of Norway's most visited attractions.








Visit to viking ship museum


 rangka kapal yang berusia melebihi 1100thn

 yang ni pula ke FRAM museum...museum kapal juga...actually byk museum kat Oslo ni tapi tak sempat nk pergi semua. mr.hubby memang minat kapal so...ke museum kapal jer lah saya pun...:D




 melawat ke tempat ski jump and arena, was rebuilt last year to host the world ski championships 2011.
kami naik oslo tram ni utk sampai ke atas bukit ni....tinggi juga tempat ni.



 Norway Parliament



 last day....nak blk dah...

subhanallah...nice view..snap photo ni masa dlm bus on the way to airport



nice view from aircraft

Sekian saja cerita dr Oslo, Norway.....panjang umur,  murah rezeki dapatla kesana lagi...InsyaAllah...:D

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers