Home

2 Dec 2011

Siakap Bakar Tomyam

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Menu berbuka puasa  tadi layan lauk ikan siakap bakar tomyam jer la. Ramai dah yang cuba buat resepi  daripada kak Hanieliza ni dan saya pun dah pernah buat resepi ni pada ayam dulu boleh rujuk  disini


So...kali ni saya cuba buat lagi resepi ni dengan menggunakan ikan siakap pula...dan memang sedapla. Harum wangi daun limau purut tu memang membuka selera.


Terima kasih pada tuan empunya resepi  Chef Hanieliza. Dah ramai dah yang cuba buat resepi ni  ..boleh juga tengok  kat dapur Mask.ZaiNoorsha, Kak NorKak Ummi KuantanKak Yatie dan last sekali saya nampak kat dapur  Kak DayangJack. Maafla kalau ada lagi yang dah buat tapi saya terlepas pandang. Terima pada semua yang telah berkongsi resepi ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut 
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil


Bahan B : 
2 tangkai cili merah
5 biji cili api - nak pedas letak lebih
3 batang serai
1/2 inci halia (resepi asal tak ada tapi nieza tambah)
1 inci lengkuas (resepi asal tak ada tapi nieza tambah)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos


Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

34 comments:

  1. Aslmkum nieza..sungguh myelerakan.. akk masuk list dulu.. nk kene tinjau2 kt pasar cari ikan yg fresh ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Nieza,

    Kami pun dah pernah try resipi ni. Tapi guna ikan siika sebab tak ada siakap. Makan nasi bertambah-tambah. hehehe.

    Tadi buat agar-agar kiwi guna resipi Nieza. Sedaplah. Rasa macam fresh gitu.

    Terima kasih nieza. :)

    ReplyDelete
  3. Kak Nieza,
    Saya kasi like even
    tak pernah try ikan siakap
    bakar tomyam..
    Nampak sedap.. Kalo makan
    mesti lagi sedap :)

    ReplyDelete
  4. Bab bakar membakr ni kena tunggu hujung mingg. K nanti akak try...nampak mengodaS

    ReplyDelete
  5. mesti harum 1 umah bau tomyam ni khen....siakap sini x der jual...sobs

    ReplyDelete
  6. salam nieza..
    alahai sedapnya nampak ikan bakar siakap tu..
    Akak mmg suka makan ikan siakap
    nampak pada pes yg merah membara tu.. adoiii... buat nak menitik2 aje ayak liur ni.. mesti harum aje baunya kan..

    ReplyDelete
  7. salam nieza - sungguh myelerakan insya ALLAH menu ini juga dlm list lina :) Salam maal hijriah.

    ReplyDelete
  8. as'salam Nieza

    Buat kecur lah datang sini, nak masak siakap anak2 bujang k.ct tak suka makan ikan. jadinya kenalah guna ikan yang kecik sikit kalau nak mencuba resepi ni..hehehe. maklum lah tekak yang makan ikan hanya berdua jer..hihihi

    ReplyDelete
  9. salam Kak Nieza.. mmmm harum bau tomyam tu... wah idea yang bagus.. selalu wat pes biasa jek.. bila bakar ikan.. masuk list... sedapnyer mkn ngan nasi panas2 huh terangkat.. he he he

    ReplyDelete
  10. Kak Nieza,wow mnggoda sungguh tgk ikn tuh posing..

    ReplyDelete
  11. ini tak boleh jadi nih... sakit mata kalau nampak apa-apa saja ikan panggang yang Nieza buat, apa boleh buatlah Nieza...dah sakit mata kena cuci matalah di sini jugak ye...

    ReplyDelete
  12. wah..terbau sampai ke sini ikna bakor nih..takjemput aku pun..

    ReplyDelete
  13. okies..disebabkan zla ader stok ikan siakap..esok gak harus dicubain neh..heheh

    ReplyDelete
  14. nieza thanks datang blog akak....nanti nak cuba buat hokkaido milky loaf....mengancam..

    ReplyDelete
  15. sedapnyer ikan siakap.. tun biasa goreng je.. tp kalau isi sedap masak apa pun sedap kan..

    ReplyDelete
  16. Salam Nieza.... sungguh menyelerakan... buat nya pula kalau ada org tolong masakkan, nak Nieza buatkan utk Along ler....hehe

    ReplyDelete
  17. Lapola pulak tg lauk Nieza ni...memang lum lunch lagi ni...sedapnya...kechur...kechur...

    ReplyDelete
  18. Assalam nieza, memang sedap lauk siakap bakar tomyam ni..dulu akak pernah buat tapi tak sempat nak ambik gamabr....sayang sungguh..huhu

    ReplyDelete
  19. salam kenal dari kami sekeluarga....

    wah.... kalau lauk macam ni...nasik 2 pinggang pun boleh licinnn.... heeee2x

    ReplyDelete
  20. Salam Nieza,
    Kebetulan pulak kita, akak pun baru aja tayang siakap, tp siakap tiga rasa. Tapikan, yang Nieza punya mestila lagi menyelerakan.

    ReplyDelete
  21. salam nieza... sukanya kita tengok ikan tu..tersenyum jer...

    ReplyDelete
  22. Nieza..ada ikan siakap jugak disana ye nieza..
    mesti sedap tu..tengok pest dia yang menyalut badan ikan tu..memang menyelerakan..

    ReplyDelete
  23. hehhee.... kak liza ada supply pes tu kat saya... best sungguh duduk dekat dgn dia kat sini.. selalu jadi food tester dia.. heheh..

    ReplyDelete
  24. nieza...bestnya
    kat sana pun ada ikan siakap juga rupanya ye.

    ReplyDelete
  25. Salam Nieza..apa khabar?
    waa..sedap2 hidangan kat sini..menggamit selera gitu..
    Ohya,terima kasih sudi singgah n follow..skarang sy pulak nak follow Nieza..

    ReplyDelete
  26. salam nieza....amboiii ikan siakap tu asik mengamit ngamit akak jer tau...nampak betul2 sedap tu..dgn sambal2nya tu..huh..

    ReplyDelete
  27. adoi.... menyelerakan la pulak... dela suka makan pedas!

    ReplyDelete
  28. kmaz pun dlu dh try rspi kak liza nii..memang mrbeles kan zaa...xpyah lauk lain dhh..

    ReplyDelete
  29. salam niza,
    dh try tadi tapi guna ikan tilapia hihi..sedapp!!time kasih!

    ReplyDelete
  30. salam niza,
    dh try td tapi guna ikan tilapia, sedap!time kasihhh!!:)

    ReplyDelete
  31. nieza cayang..
    aduh!! x tertahan tgk ikan bakar tu ... menyelerakan sungguh... nampak sedap sgt...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)