Home

23 Oct 2011

Pokok Apple di musim luruh

Assalammualaikum dan salam di hari ahad buat semua. Hari ni tak ada n3 masak-masak coz tak ada mood lak nak ambil gambar dgn cuaca yang mendung kat sini. Biasa musim luruh sekarang ni cuaca selalu mendung dan hujan jer. Matahari pun jarang-jarang nak nampak dan dok dalam umah siang malam kena buka lampu jer.

N3 ni cuma nak ceter pasal musim luruh  kat sini jer dan utk simpan kenangan kat sini juga..actually dulu tujuan berblog pun nak share pengalaman dan nak simpan gambar utk kenangan tapi lelama dah jadi mcm blog msk-msk pula. Tapi bukanlah hebat sgt pun memasaknya sekadar suka-suka untuk menghabiskan masa terluang  dan syok sendiri ambil gambar jer. Sementara bercuti tanpa gaji ni dan sementara merantau tempat org ni la berpeluang pun kan.

Biasa di hari minggu mcm ni saya jarang online... tapi hari ni mr.hubby keluar memancing so...tinggal la saya seorang diri..huhu  Biasa weekend memang hari outing jarang melepak kat umah sebab seminggu dah 5 hari tak keluar umah...weekend jer nak berjalan pun..nak keluar sorang-sorang malas pula. Tapi hari ni tuan umah dah ajak mr.hubby gi memancing saya melepak jugalah kat umah. Nak ikut malas pula sebab suhu sekarang dah semakin sejuk..pagi tadi temperature dah turun 0 degree Celsius...dan next week pula waktu pun akan bertukar yang menandakan masuk ke musim sejuk...ya winter dgn snow akan turun...so..siap sediala nanti...:D

Oklah berbalik pada n3 hari ni nak sharing gambar pokok buah apple depan umah ni jer sebenarnya....dah nak abis musim dah pun baru teringat nak snap photo. Pokok ni tak mati walaupun masa musim sejuk nanti ditimbus dgn salji dan daunnya  juga akan abis luruh. Akan mula berbuah masa pertengahan musim panas dan sehingga penghujung musim luruh. Tuan umah yang tanam pokok apple depan umah ni tapi kalau nak makan dia suruh ambik jer.....dah ada dpn mata tak teringin pulak nak mkn...tapi hari tu dia ambil  dan dia kasi jugalah 10 biji. Ya la mcm pokok buah mangga kat kampung jugalah kalau dah banyak tu tgk jer tak teringin pun nak mkn bila tak ada tu rasa teringin pulak kan...hehe...Oklah layan jer lah gambar kat bawah ni yer.








27 comments:

  1. Beshnya ada pokok epal depan umah.Kalau nk mkan bleh petik segar dari ladang hehehe...bertuah nieza merantau di negara asing, mscam2 pengalam kalau dok ngra 4musim ni

    ReplyDelete
  2. assalam nieza..daun dah kuning pun..buah banyak lagi kan.
    mesti manis dan rangup sebab segar dari pokok.

    ReplyDelete
  3. Comel je pokok apple ni ek...he he...betullah tu...mcm pokok mangga depan rumah kita je kan...bestnya nak makan petik je...seronok gak kan bila dpt ke tempat org kan Nieza...jauh berjalan..luas pandangan...happy weekend Nieza...:D

    ReplyDelete
  4. TQ berkongsi pengalaman. nSy first time tengok pokok epal ada depan rumah ... he33

    ReplyDelete
  5. agaknya nieza dah x lalu nk telan epal kan, teringat kat mangga di mesia je hehe..ingat masa n3 nieza yg dulu tu, buah bukan main lebat lg. minta sebakul hehe

    ReplyDelete
  6. Teringat kak Ros pada pokok apel kat blakang rumah yang kak Ros diami di USA 20 tahun yang lalu.Nostalgia tu...

    ReplyDelete
  7. aslmkm Nieza : seronoknya dpt merasai suasana yg berbeza di rantau kan..dapatla gunakn peluang ni sebaik mungkin..cantik2, suka tengok dari sini..hehe

    ReplyDelete
  8. wah depan rumah je.. sama la ita rumah yang dulu pun ada pokok kaki atau msia panggil pisang kaki.. bila banyak sangat sampai tak teringin plak nak makan.. hahahaha

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nieza,
    Pengalaman manis kan Nieza, boleh tengok pokok epal depan mata, kita ni leh tengok pokok pelam jer la kat sini.....

    ReplyDelete
  10. epal dpn rumah..nak makan petik je.

    ReplyDelete
  11. Kak Nieza,
    Baru lepas makan apple..
    Ada rezeki pulak nengok
    pokok dan buahnya sekali..

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza,
    Wah ada pokok epal kat depan rumah ek. bestlah... dah tak lama dah musim extreme nak datang kan. memang betul, kena bersiap sedia. hehe :)

    ReplyDelete
  13. best tu dpt makan buah fresh.. ehh tak besar sgt pokok dia kan nieza.. petik jer terus boleh ngap :)

    ReplyDelete
  14. dah mula cantik dahkan nieza...daun2 pun dah mula kuning...tak lama lagi pokok2 tu gondol le.
    makin sejuk tentunya :)

    ReplyDelete
  15. apasal la tuan rmh sy xtanam jg...heeeeee

    ReplyDelete
  16. Assallamualaikum Nieza cayang..
    Nak..nak..epal.. Tolong petikkan utk akak boleh?hehehe

    ReplyDelete
  17. Nieza..
    Seronoknya buah epal depan rumah...mesti buahnya ranggup dan maniskan....akak suka buah epal yg.ranggup2...kalau masam sikit..akak letak garam halus sikit..sedappp...:)

    ReplyDelete
  18. ayu pow suka autumn sebab mcm2 color daun pokok boley tengok....bertuah ada 4 musim boley jugak kiter rasa khen kaka?

    ReplyDelete
  19. kak nieza.. sama laa kita.. 5 hari duk terperap je kat umah.. duk harap weekend je kalau nk keluar pun. tu pun kuar beli groceries.. kalau duk kt sana blh gak kuar jalan2 tgk permandangan cantik2 kan.. kat sini sgt buhsan!! xde tempat best lgsug nk gi cuci mata, uhuk uhuk..

    ReplyDelete
  20. Wahhh...seronoknyerr ada pokok epal depan umah...Nieza teringinnyer nak makan buah epal yg br petik dr pokok, tentu sedapkan he he he

    ReplyDelete
  21. Salam..wahhhh bestnya..nak makan yang fresh boleh petik je kan...

    ReplyDelete
  22. itulah keajaiban ciptaan Allah kan kak..saya memang sangat kagum tengok pokok2 yg seakan mati masa winter, tapi kembali berbunga, bertunas dan berbuah masa spring, summer dan autumn..subhanallah...:)

    ReplyDelete
  23. freshnya k.nieza.... tringin sesgt nak petik epal, huhu, tp nak g apple picking pon da sejukk sgt ni, cian bdk2 nnti xsihat ssh la.. geramm la tgk epal tu,mesti manis sgt:) kat sini da late autumn gak, tp autumn kali ni pokok2 xmenguning sgt, byk lagi hijau, yg len semu da botak tinggal ranting ja..huhu, xlama da nak winter, dok dlm duvet la lps ni..iskk

    ReplyDelete
  24. Tentu rasa buahnya rangupkan,berbeza dengan buah yang dah lama dipetik.

    ReplyDelete
  25. bestnya dapat petik apple depan rumah je... cantik pokok masa autumn kan..

    ReplyDelete
  26. nak mintak pun tak leh.... nanti lenkali balik.. bawak balik epal ekkk.. hehehe

    ReplyDelete
  27. Senang sungguh.. Terasa nak makan just petik je. Bestnya pokok epal depan rumah je... Baiknya tuan rumah tu.

    Niezza kongsilah lagi gambar banyak2 ye.. Nur suka tengok. Kalau nak suruh pergi, entah bilalah dapat jejakkan kaki ke sana. :)

    p/s: Blog Nur pun dah jadi blog rojak.. Macam2 ada.. hehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)