Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. N3 hari ni nak ceter pasal hujung minggu lepas ni jer iaitu pada hari sabtu 8hb Okt 2011 yang lalu, saya saja jer ikut mr.hubby pergi memancing. Memula rasa malas juga nak join sebab temp pagi sabtu hari tu turun 5 degree C tapi teringin pula nak join sebab nak ambil gambar view kat sana..so.... lastly join jugalah.
Kalau tgk time Autumn/ musim luruh ni memang menarik....saya paling suka sekali masa musim ni la dengan permandangan pokok yang warna kuning keemasan ni memang memukau mata melihatnya. Subhanallah..memang cantik tapi kena tahan sikitlah dengan cuaca yang semakin sejuk sekarang ni. Bukan setakat sejuk saja kekadang angin yang kuat tu yang tak tahan dibuatnya.
Oklah layan jer lah gambar permandangan dalam perjalanan pergi ke tempat memancing ni. Tempat ni namanya Sipoo yang mana jaraknya lebih kurang 45km dari rumah iaitu sebelah selatan Finland. Kawasan ni adalah kawasan private property sebenarnya dan tempat yang we all pergi ni adalah kawasan kepunyaan tuan rumah yang we all sewa. Dia ada summer cottage kat sini.
Biasanya kebanyakkan penduduk Finland ni ada summer cottage sendiri yang terletak dikawasan hutan atau ditepi sungai dan tasik. Mereka lebih suka duduk berehat dikawasan yang aman dan jauh dari kesibukan kota. Di bandar hanya tempat mereka bekerja saja dan bila ada cuti dan masa terluang banyak masa dihabiskan di summer cottage. Mr.hubby dah banyak kali ikut tuan rumah tu pergi memancing kat kawasan ni dan saya lak kira kali ke-2 juga ke sini. Tapi kali ni tuan umah ni tak join we all dia cuma bagikan kunci pintu pagar saja pada mr.hubby.
permandangan yang indah dan sunyi mcm suasana di kampung gitu
Hanya 3 org lelaki saja yang dapat join memancing hari tu..TYT Duta dan isteri pun join sama.
ni lak fish trap atau saya panggil bubu untuk perangkap ikan masuk dalam tu.
ni la hasilnya....banyak juga kan lebih kurang 4kg juga ni..alhamdulillah rezeki memancing dan bubu tu.
ikan ni namanya pike perch kalau kat Malaysia saya tak sure ada ke tak.
setelah ditimbang lbh kurang 200gm bagi yang saiz kecik dan 600gm bagi yg bersaiz besar
Ikan Pike Perch ni memang sedap
ikan yang kecil ni namanya Ahven
ok nak balik dah...
Sekian sajalah dulu cerita di hujung minggu ni...bersambung lagi pada cerita akan datang pula nanti...insyaAllah..:D
autumn memang cantik!
ReplyDeletebetul tu...
ReplyDeletememang cantik tengok autumm...
sejukk jerk mata memandang..
wahh kak,...
seronoknya memancing..
mcm2 ikan yg dapat..
masak pe tu,..he3
Assalam nieza, bestkan dapat merasa semua kat situ, cantik menmguning je dedaunan.Kalo mancing dpt ikn itub lagi best, yg penting kena sabar, tapi org mcm akk ni takleh mancing kurang kesabaran heheh
ReplyDeleteAssalam nieza..cantik.akak memang suka..tengok gambar masa musim ni..cantik sungguh.
ReplyDeletebanyaknya ikan nieza..tapi lain betul dari ikan yang ada di sini kan..
lepas ni tunggu nieza..tayang resepi masakan ikan hasil memancing pulak..
kak nieza cayang.. jelesnye.. tun teringin nk duk kt cottage tepi tasikk... huhu.. insyaAllah ada rezeki blh gi jalan2.
ReplyDeletebyk betul ikan yg dpt.. tun xpenah gi mancing.. penah sekali je tangkap ikan, tu pun pakai sauk, tangkap ikan dalam kolam kat kenyir. haha..
Nieza....
ReplyDeleteCantik pemandangan...cantik ikan...bestnya bila dapat tgk tempat orgkan...:D
salam nieza - SubanALLAH...Maha SUci ALLAH. Nieza insan terpilih dpt melihat sendiri dan merasai nya ketika berada tmt tersebut. Nikmat atas nikmat kan nieza.
ReplyDeletebetol kata nadiah... autumn memang cantik sangat...!!! syok nya memancing...
ReplyDeletecantikkk.. suke tengok pokok daun2 warne cam tu... bertuahh nieza
ReplyDeleteAkak mmg seronok betul bila tgk gmbr2 yg Nieza post. Mmg mcm postcard picture...
ReplyDeleteNieza masak ape dgn ikan2 tu...
indahnya alam ciptaan Tuhan... bertuah sungguh Nieza dapat pengalaman begini di rantau orang.... teringin nak rasai sendiri tapi belum ada kesempatan...
ReplyDeleteSalam kenal...suka jugak dpt tgk ikan pelik2 ni kan...hihihi
ReplyDeleteLiza follow jugak yer...
cantik sungguh.. suka tgk..:)
ReplyDeletesejuk mata memandang kehijauan dan kekuningan pokok2 dan ikan2 tuuu mmg cantik ciptaan NYa
ReplyDeleteCantiknya Niezaaa....Autumn in my heart...bila la akak nak merasa tgk live nih...byknya ikan tu...sedap yer Nieza...
ReplyDeletenieza..ikan pike tu mcm seram jek nak makan..selalunya nieza masak apa ikan tu...?
ReplyDeletedah autumn! cantik! nnti jgn lupa masuk gambar ikan yg dah dimasak. :D
ReplyDeleteSalam...cantiknya viewwww...mesti seronok kan pergi memancing...
ReplyDeletesuker nyer kaka ikut mr husband gi memancing ekkk....teringin nk buat but darl ai x mintak plak...uwaaaa
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteTetiba akak jadi rindu saat autumn...mmng cantikkan pemandangan masa ni...suka tngk kaler daun yg bertukar2 tu..pastu semuanya luruh plk...indahnya saat itewwww..hargailah selagi Nieza masih di sana..wow memancing lagi..bnyk plk tu dpt ikan...
Subhanallah cantiknya pemandangan.
ReplyDeleteWaaaahhh seronoknya pergi memancing ya Nieza...gambar2 punya la cantik...fuuuhhh.. Byk dpt ikan tu..sedap panggang gitu je eh.. ^__^
ReplyDeleteAssalammualaikum Nieza
ReplyDeleteCantiklah view autum ni...dgn daun menguning...best travel dpt lihat pemandangan begini.akak belum pernah ikut xtvt memancing gini tp bestkan bila dpt ikan...fresh sedap masak2.
re; Nieza, jubah di Cairo ni mcm2 warna dan fesyen.. bukan hanya warna hitam...ada yg sulam..manik dll tu yg rambang mata nengok.tkasih juga Niza komen ttg kek...baru belajar ambil tempahan dr kawan2 di sini...
salam
ReplyDeletememang indah alam kurnian Allah semasa musim luruh
rasa tenang je dan mendamaikan
nice picture
YA Allah dah Autum Dek Niezza lama mak tak berkunjung ke sini... Assalammualaikum sayang... bestnya mancing2...
ReplyDeletecantiknya ... mmg indah sungguh ciptaanNya... pic semua pun cantik2... suka tgk
ReplyDeletewah nieza banyak dapat ikan yer.. seronoknya..