Home

3 Jun 2011

PANACOTA KIWI


Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat yang mulia dengan sambutan 1 Rejab hari ni....syukur alhamdulillah diatas kesempatan yang diberikan....semoga kita sama-sama dapat merebut peluang dan kelebihan di bulan Rejab ni. Alhamdulillah semalam saya dapat berpuasa sunat hari khamis dengan baik dan selamat berbuka puasa pada waktunya iaitu pada jam 10.35malam waktu Finland. Cabaran dan dugaan berpuasa selama lebih 20jam adalah  satu pengalaman baru dalam hidup saya tapi berkat doa insyaAllah kita akan dirahmati Allah. Hari ni saya sambung dengan berpuasa di bulan Rejab pula...masih ada lagi 6 jam lagi menanti waktu untuk berbuka sempatlah memasak dulu nanti.


Sekarang nak tayang dessert dulula...Panacota kiwi ni buat semalam lagi selepas berbuka tu saya buatlah untuk dessert berbuka hari ni sebab nak kena simpan peti sejuk kan baru lah boleh dimakan. Saya buat 2 set  untuk mr.hubby satu tapi mr.hubby pula tak suka makan kiwi ni....saya memang suka sangat buah kiwi so...pagi tadi sebelum subuh dah rasa dah sikit...memang sedap...masam-masam manis gitu rasanya. Bagi peminat-peminat kiwi bolehlah mencubanya..senang jer nak buat pun. Sebelum ni dok nampak Kak Nazrah dan Kak Nor dok tayang ingatkan susah nak buat tapi sekali dah cuba terasa nak buat lagi jer...:D Btw terima kasih yer pada kak Nazrah dan Kak Nor yang telah berkongsi resepi ni...izinkan saya berkongsi disini pula.



Resepi :Kak Nor @ Secubit Garam
Source: Kak Nazrah
Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)

4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula


Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi  keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

32 comments:

  1. Nieza... x tau dah berapa kali dah akak tergoda tgk panacota kiwi nie.. malam nie nmpk pula kat dapur nieza nie.. alahai! sedapnya.. nak segelas ada lg x nie nieza... hehehe

    ReplyDelete
  2. salam nieza.. wahh cantiknya kiwi panna cotta nieza ni.. kaler hijau tu cukup menawan! dgn buah kiwi lagi tu.. mmg syok kan layan sejuk2.. hb tak makan ek.. meh sini akak tulun perabiskan .. hehe

    slmt berbuka ya..

    ReplyDelete
  3. macam bes aje kan..simple je..tp kiwi ni masam la..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Mesti dia ikut petua K.Nor..tu yg warna cantik..lain kali kita nak wat lagi...

    ReplyDelete
  5. Salam kak! wah wah wah... tak pe tak pe nanti nak buat jugak kita tgh sygkan gelatin kita niii hihihi.... selamat berbuka kak! sini dah 9.20mlm tgh layan csi :D

    ReplyDelete
  6. hmm..sedapnya akak tumpang mkn kat sini la..na godek2 wat,anak2 xsuka buah kiwi plak..xbest kata depa sebab dok tergeget biji...

    sedap mkn sejuk2

    ReplyDelete
  7. cantiknya:)Cm memang suka sangat makan Buah kiwi tapi agak mahal la jugak..jusnya pun sedap:) masuk list ni.

    ReplyDelete
  8. salam nieza, cantiknya kiwi ni...nanti akak tunggu kiwi turun rege boleh beli dan buat...rase2nya boleh tukar buah strawberry kut..itupun tunggu murah juge..hehee..

    ReplyDelete
  9. Masam-masam manis??
    Terus telan air liur..

    P/s: Kak Nieza, Selamat Berbuka Puasa :)

    ReplyDelete
  10. Kat rumah akak ada stok kiwi... nanti boleh lah cuba...hehehe..

    ReplyDelete
  11. kat sini lagi sedap rupanya... penat terbang dari jauh ni mujur dapat hilang dahaga dengan panacota kiwi ni huhuhu...

    ReplyDelete
  12. salam Nieza..
    tergodanyer tengok panacota tu...
    aiii... kita terbalik lah pulak hb akak suka kiwi akak pulak tak berapa suka...
    tapi akak suka panacota.. sedap kan lembut aje..

    ReplyDelete
  13. confirm nak wat... hehe, semu bahan2 senang dan ada dlm cupboard, lyn suka kiwi, yg paling suka bila da ranum, ada manis2 masam..hehe

    ReplyDelete
  14. kiwi hijau ni kalau kena yg msm, msm sungguh...tapi kalau buat cam ni mesti sedap...panacota nieza mnggoda la..

    ReplyDelete
  15. assalam nieza..akak suka buah kiwi..tapi makan macam tu aje..belum pernah buat apa2 lagi

    ReplyDelete
  16. kak rose ada banyak buah kiwi ni tp gelatin lak x de... adoyaiiii! sungguh terguda ngan panakota kiwi nieza nih...

    selamat berpuasa n berbuka tuk nieza n hubby ya..

    ReplyDelete
  17. As'salam Nieza

    memang tergoda, minat juga pada kaler2 hijau ni. tambah menarik disusun pula buah kiwi tu. memang suka makan. cuma anak2 ni yang masam2 ni kurang sikit. sesuailah pada pengemar dessert kan.

    ReplyDelete
  18. as-salam kak
    wahh sedapnyer dessert macam ni..makan sejuk2 lagi sedap..

    ReplyDelete
  19. hi nieza, sama hubby kite tak suka kiwi. hihi.. kalau beli tu mmg selalu buat jus je la campur yogurt atau fresh milk. buat camni pun menarik gak kan. nnti nak cuba la. :D

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Nieza,
    Asyiknyaaaa mendengar lagu yg didendangkan, akan bertambah lagi keasyikkannya kalau dapat yang dalam gelas ni....

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum nieza,
    ada lagi ke saki baki dessert tu... aduiii...ngences nie...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum nieza,
    lama x jenguk sini. sejak dua menjak ni x tau la nape mood nk berblog dah 'ke laut', hehehehe... terima kasih la nieza masih ingat dan sudi bertanya kabar... :)

    sedap betul nampak panacota kiwi ni. cam dh terasa kt tekak jer ni, hehehe. saya pun suka jgk buah kiwi. kt sini lg la melambak2. klu kt sini, kiwi tu merujuk kpd org nz la. :)

    cantik gambar2 pemandangan kt bawah tu. sungguh mendamaikan. :)

    p/s: eh..eh..panjang lak komen ni dh mcm karangan pn ada...hihihi

    ReplyDelete
  23. sungguh cantik....rasa macam nak makan skrg juga :)

    ReplyDelete
  24. sedapnyer panacotta panas2 ni.....kak anda di tag...hehehe

    ReplyDelete
  25. salam my laling...lamanya x melanguk kat dapur akak...rinduuuuuuuuuuu sungguh...masuk2,nampak pulak buah kiwi..adoyaiii meleleh liur..kat sini blh thn gak mahalnye kan...sedapnye kak panacota niiiii..len x buat post sini sikit ye...

    ReplyDelete
  26. Ohhh puri kiwi tu ingatkan kena blend buah kiwi. Boleh juga kot, kalu nak blend buah kiwi, kan?

    Nanti nak try, coz I like kiwi.


    Kerja Hari Minggu, Mujur Ada yang Sudi Menunggu...

    ReplyDelete
  27. Sedapnya nieza. Kalau makan masa cuaca panas mesti best...

    ReplyDelete
  28. wallaaa.... gerenti sedap ni... tqs for sharing nieza...

    ReplyDelete
  29. Salam Nieza...
    hehehe baru sempat nak BW nih..Kak Hawa blm pernah mencuba buat panacota lagi..tapi kalau buah kiwi nih mmg antu :P
    Cantik warna hijau tuh..my fav :)

    ReplyDelete
  30. Buat pakai badan cam ni tukar dgn strawberry pun ok kan nieza?

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)