Home

18 May 2011

Pengalaman Umrah & Ziarah Part 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sambungan cerita pengalaman mengerjakan ibadat umrah & ziarah lagi. Pada 8 May 2011(Ahad) kami akan bertolak ke Kota Suci Makkah pada jam 2ptng. Manakala pada sebelah pagi selepas solat subuh adalah aktiviti bebas sebelum memulakan perjalanan ke Tanah Suci Makkah pada sebelah petangnya semua telah dimaklumkan oleh ustaz yang membawa kami untuk membuat ziarah wada ke Makam Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu. 

Ziarah wada ada satu ziarah yang dilakukan setiap orang yang hendak meninggalkan Madinatul Munawwarah juga disunatkan untuk berziarah selamat tinggal ke Makam Rasulullah S.A.W sebagai menghormatinya. Manakala bagi mereka yang datang haid dan nifas membuat ziarah wada dengan mengucapkan salam dan doa memadai dari tempat yang berhampiran di luar masjid dengan Makam  Rasulullah S.A.W.  

Setelah siap mandi sunat ihram di hotel, bersiap dengan berpakaian ihram umrah dan check out dari hotel Madinah kami bertolak ke Kota Suci Makkah dengan menaiki bas dan berhenti sekejap untuk berniat umrah di miqat dan solat sunat ihram di masjid Bir Ali. 

Perjalanan ke Kota Suci Makkah adalah lebih kurang 6-7 jam termasuk berhenti rehat untuk makan malam, solat jamak maghrib dan isyak di perhentian rehat. Setelah itu perjalanan diteruskan sehinggalah sampai di hotel untuk check-in hotel di Makkah. Setelah semua selesai menyimpan barang-barang dibilik hotel masing-masing kami berkumpul di lobi hotel pada jam 11malam bersama-sama dengan ustaz yang akan membawa kami untuk melakukan rukun ibadah umrah seterusnya iaitu tawaf, sa'ie secara berjemaah dan bergunting. Alhamdulillah ibadah umrah yang pertama telah selesai dibuat pada jam 2 pagi.

Kota Suci Makkah Al-Mukarramah adalah negeri Allah yang suci tempat turunnya wahyu ilahi dan kaabah merupakan qiblat kaum muslimin. Allah telah menjadikan Kota Suci yang aman sampai hari pembalasan. Suhu di Kota Suci Makkah sangatlah panas di musim panas iaitu melebihi 48 degree celsius dan pada musim sejuk pula turun sehingga 15 degree celsius. Kota suci yang tak pernah sunyi dengan manusia yang beribadat siang dan malam. Sungguh terharu sekali perasaan dihati ini sepanjang saya berada disana. 

Suasana di hadapan kaabah di malam hari

Perasaan apabila melihat kaabah yg tak terungkap dek kata-kata, Subhanallah. Maha Suci Allah yg memberikan nikmat perasaan tersebut.

suasana pada waktu malam didalam dan luar masjidill haram

di antara bukit safa dan marwah untuk melakukan sa'ie 7 kali


Di atas bukit Safa untuk berniat sa'ie dengan mengadap kaabah sambil melambaikan tangan sebelum memulakan sa'ie menuju ke bukit Marwah.

suasana diatas bukit Marwah 

 

Bersama MIL di bukit Marwah setelah selesai mengerjakan sa'ie 7 kali dari safa ke marwah dan diakhiri dengan bergunting disini.

tempat untuk minum air zam-zam
Air zam-zam ialah air yang Allah pancarkan dengan satu pukulan dari sayap Jibril 'alaihissalam di bawah kedua telapak kaki Ismail 'alaihissalam, setelah nabi Ibrahim meninggalkannya bersama ibundanya Hajar atas perintah Allah di lembah Mekah, kemudian air dan bekal mereka habis, akhirnya ibunya pergi mencari air dengan susah payah diantara bukit safa dan marwah.


10hb May 2011(Selasa) bersedia untuk program ziarah dan seterusnya akan berniat miqat di masjid Hudaibiyah untuk menunaikan umrah sunat.

Berkumpul bersama rombongan Tabung Haji untuk menunggu ketibaan bas untuk program ziarah dan lawatan ke ladang ternakan unta di Hudaibiyah

bergambar di ladang ternakan unta di Hudaibiyah







pekerja ladang sedang memerah susu unta untuk dijual




suami bergambar bersama ustaz / muthawwif Tabung Haji

Susu unta yang telah siap diperah dijual dengan harga SR 5 sebotol. Menurut ustaz yang membawa kami susu unta mengandungi banyak khasiat....dan rasanya juga sedap.


Pada 12hb Mei 2011(Khamis) Program lawatan adalah ke Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah, Muzdalifah, Jamrah di Mina dan Masjid Ja'ranah.

Permandangan puncak Gunung Hira' yang terdapat didalamnya Gua Hira'
Gua yang Nabi Muhammad SAW beriktikaf dan menerima wahyu didalamnya.

Permandangan di Jabal Rahmah






Kawasan Mina salah satu tempat wajib haji bagi jemaah yang menunaikan haji dimusim haji









Permandangan di luar kawasan Masjidil Haram


berjalan kaki untuk balik ke Hotel.....setiap hari dan setiap kali masuk waktu solat fardhu dan habis solat jalan akan sesak dgn lautan manusia



Kaabah yang dirindui....


Note: Allah tidak memandang amalan yg banyak tetapi amalan yang IKHLAS, Sedangkan ikhlas itu rahsia Allah. 

37 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,
    Alhamdulillah dah selamat semuanya ye...sukanya akak tengok, bilalah akak dapt ke sana...tengok gambar pun dah terharu, macam manalah kalau betul2 depan mata..

    ReplyDelete
  2. salam nieza - ya ALLAH gembira nya terkata. terima kasih share pics cantik2...Subahanallah

    ReplyDelete
  3. Assalam kak nieza,MasyaAllah mesti syhdu n terharu dapat tgk kaabah di depan mata kan kak..Tengs kak berkongsi pic2 yg cantik nih utk tatapan kami yg xberpeluang n da rezeki utk pergi nih..Best sgt tgk pic2 kaabah ni..Pstt kak,dak laki yg sorang tuh,ank sedara akak eks..Moga semua doa akak di Tanah Suci makbulkan Tuhan,Amin..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nieza,
    Syukur Alhamdulillah semuanya di permudahkan dan berjln lancar...seronok rasanya dpt pergi ke tanah suci..moga doa dan amalan Nieza sekeluarga di makbulkan Allah SWT.
    terima kasih berkongsi pengalaman yg indah..moga suatu hari nanti akak dan suami juga dpt kesana...Aminn.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Nieza... Alhamdulillah dah selamat sampai, akak tumpang seronok tengok gambar2 yg penuh keindahan & terpesona sgt. Terasa rindu pun ada utk ke sana lg bila tengok gambar2 ni. Bertuah dpt jadi insan terpilih ke sana..Selamat berehat ya Nieza!

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah..
    Selamat menjalani Ibadah Umrah..gambar memang cantik cantik seperti berada di sana saja...terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  7. Aslmkm Nieza : Subhanallah...syukur dapat lihat gambar kawan yg dah dapat jemputan Allah..mudah2han kami pun dapat ke sana sebelum umo 45..hehe..Insyaallah..seronok & syahdu tgk gambar Ka'abah..

    ReplyDelete
  8. cantiknya gambar2 nieza.
    Kerinduan unk kesana menjadi bertambah-tambah.Terharu sekali melihat orang2 sedang tawaf & saie. Doakan akak agar dapat kesana lagi ye nieza.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak Nieza,
    Alhamdulillah,
    syukur semuanya di permudahkan Allah dan berjalan dengan lancar...
    seronoknya dapat pergi ke tanah suci kan kak..moga doa dan amalan akak sekeluarga dimakbulkan Allah....
    maceh kak sudi berkongsi pengalaman yg indah ditanah suci....
    moga mas sekeluarga pun suatu hari nanti dapat juga kesana...Aminn

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum nieza..alhamdulillah..telah selamat kembali dari menunaikan ibadah umrah
    semoga nieza dirahmati..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikumwbh Nieza....alhamdulillah...syukur di atas penyudahan amalan yang baik di sana....semoga dgn ziarah & umrah ini, memberikan kesan yg baik utk nieza sekeluarga & kami semua....Amen

    :)rinduuuu nak chat ngan nieza..ayu busy memanjang la ni....hu3

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..terima kaseh nieza di atas gambar2 yang menarik ni..rinduuuunya nak ke sana...
    eh!nieza dapat ambik gambar kaabah..skang ni dah boleh bawak kamera masuk dlm masjid ke nieza?

    ReplyDelete
  13. laaaa..tadi akak ada komen..skang dah hilang pulak.

    alhamdulillah nieza, dapat tengok gambar2 terkini dari sana..rindu tak terkira dah ni.
    skang ni dah boleh bawak masuk kamera dalam masjid ya nieza?.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...selamat kembali Nieza, semoga ibadah umrah Nieza dan seluruh jemaah diterima Allah..amin..

    seronok tgk gmbr suasana di Mekah...terasa rindu...insyaAllah, ada rezeki mahu ke sana lagi :)

    so, selamat berehat yer :)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum nieza..tq so much sudi berkongsi gambar kat sini..sayu rasa hati bila dapat melihat rumah Allah(walaupun hanya dlm gambar)semoga ibadah umrah diberkati olehNya..amin

    selamat berahat ya

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah akhirnya jejak ke tanah suci mekah.... sronoknya k.nieza tgk semua pic2 yg ada ni, tringin nak g mengadap kaabah.. thanks sudi kongsi pgalaman indah ni gan kmi, semoga doa k.nieza dimakbulkan olehNYA... Aminnn

    ReplyDelete
  17. salam

    alhamdulillah
    selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mendapat umrah yg mabrur

    melihat gmbr2 yang dipaparkan menyuntik kembali kenangan kami di sana yg pasti akan kekal dalam ingatan hingga akhir hayat

    rindu pada Baitullah yang tak pernah luput

    ReplyDelete
  18. Salam...Nieza
    Selamat kembali....alhamdullillah..Nieza dah selamat menjalani ibadah umrah..semoga Doa2 Nieza akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T....TQ kongsi gambar dengan kami ye..

    ReplyDelete
  19. salam rindu diangin lalu Nieza...
    alhamdulillah yer nieza...dah selesai...sampai dah nieza kesana...

    ReplyDelete
  20. subhanallah...
    alhamdullilah..
    maha suci Allah...
    nieza,, berdetik di hati ayu, bila masanya ayu akan kesana..

    syukur semuanya selamat...

    PS: thanks syer semua ttg pengalaman nieza dan keluarga ke tanah suci

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..bestnyer tgk gambar2 yg lawa ni. Semoga satu hari nanti zla pon dapat ke sana...Amiin

    ReplyDelete
  22. ALLAH HU AKBAR!!!
    terimakasih adinda kuss kerana perkongsian gmbr ini sungguh syahdu kak ilah melihatnya.. terutama unta2 itu.....

    ReplyDelete
  23. bestnya...tgk gambar pun dah syahdu tambah la kalau ada kat sana mesti sayukan...rindunya bila la boleh jejak kaki kat sana...=)

    ReplyDelete
  24. salam kak nieza, terharu tgk gambar ni semua, doa byk2 ros pun nak sampai ke sini juga, isnyaAllah, thanks ya kak for sharing...

    ReplyDelete
  25. cantek semua gambar..terang sgt..

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah dah selamat semuanya. Thanks kongsi gambar2 yg cantik ni, Semoga doa Nieza dimakbulkan oleh NYA...

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah, seronoknya dpt ke sana..bee berpeluang ke sana 2004 tp mcm ingatan sepanjang 2 minggu di sana masih segar hingga ke hari ni..tak sabar nak pergi lagi, harap2 dpt buat haji lak..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah Nieza dah selamat kembali.Cantiknya gambar2 kak Zai rasa rindu dan teringin nak pergi lagi.

    ReplyDelete
  29. Kak Antan:
    w.salam kak....alhamdulillah semuanya berjalan lancar kak...memang sungguh terharu bila diberi peluang ke sana kak..InsyaAllah akan sampai juga masa untuk akak ke sana nanti.

    Kak Lina:
    ya semua gambar kenangan adalah untuk dikongsi bersama...rezeki yang diberi adalah datangnya dari Allah juga.

    Zaliedana:
    w.salam dik...ya tak terucap dgn kata-kata bila pertama kali memandang kaabah hanya mampu berkata subhanallah saja selepas itu...terima kasih atas doamu dik...akak juga doakan semoga ct juga akan kesana juga nanti...ya tu anak saudara suami.

    Kak Yatie:
    alhamdulillah berkat doa dari semua kak, semuanya dipermudahkan Allah kak....terima kasih...saya juga doakan semoga akak dan suami juga akan menjadi tetamu Allah satu hari nanti...insyaAllah.

    Kak Azlina:
    w.salam kak...alhamdulillah...terima kasih kak....ya sekali dah melangkah kesana hati tetap merindui lagi..semoga kita diberi peluang lagi utk kesana..amin.

    ReplyDelete
  30. Kak Nazrah:
    Alhamdulillah berkat doa semua juga kak...terima kasih...gambar guna camera compact jer kak..byk yg blur juga tapi cukuplah yang ada ni buat kenangan dan dikongsi bersama.

    Anna:
    w.salam...terima kasih anna..sama-sama kita berkongsi mudah-mudahan kita sentiasa dirahmati Allah selalu dan didoakan juga buat anna akan menjadi tetamu Allah nanti..nieza pun kalau ikut pada giliran utk menunaikan haji pada umur 45thn juga nanti..harap-harap dipanjang usia utk kesana lagi nnati..insyaAllah

    Kak Kasih:
    ya kak betul la kata org bila kita dah pergi sekali kita akan merindui akan pergi lagi...syukur diatas kesempatan yang diberi sama-samalah kita berdoa semoga diberikan peluang dan kesempatan lagi utk kesana kan.

    Mas:
    w.salam...alhamdulillah mas berkat doa dari semua juga semuanya selamat...terima kasih mas..sama-sama kita berkongsi pengalaman...akak doakan juga buat mas semoga satu hari nanti akan dijemput juga utk menjadi tetamu Allah...amin.

    Kak Erna:
    W.salam...alhamdulillah kak semua berjln lancar...terima kasih atas ingatan doa dr akak juga..semoga akak juga akan ke sana juga satu hari nanti..amin.

    ReplyDelete
  31. Ayu:
    w.salam...syukur alhamdulillah Ayu...berkat doa dari Ayu dan kwn-kwn semua juga nieza selamat pergi dan blk...terima kasih diatas info yang ayu berikan sebelum nieza bertolak ke sana.InsyaAllah bila free nanti kita chat ya...nieza pun masih lagi berehat disebabkan kurang masa utk berehat disana tapi dah beberapa hari ni alhamdulillah keadaan semakin baik.

    Kak Anim:
    ya kak...memang bila dah blk hati masih lagi merindui utk kesana lagi.terima kasih atas ingatan doa dr akak juga...ya sekarang dah boleh bawa masuk camera kak...syukur dapat juga merakam gambar buat kenangan dan berkongsi bersama.

    Norgee:
    Alhamdulillah...terima kasih Norgee...mudah-mudahan amal ibadat disana diterima Allah..sama-sama kita berdoa semoga diberi peluang lagi utk kesana lagi nanti...amin.

    Kak Linapg:
    w.salam kak...terima kasih kak atas doa dr akak juga....alhamdulillah mudah-mudahan diterima Allah..sama-sama kita berkongsi pengalaman kak:)

    Mama Olynn:
    alhamdulillah syukur dan terima kasih diatas doa dr mama juga..mudah-mudahan dimakbulkan Allah juga...sama-sama kita berkongsi pengalaman bersama.

    Rezeki:
    ya betul tu...saya yang baru blk ni pun masih terasa mcm alam mimpi bila diberi peluang sampai ke sana...hati sudah merindui kaabah.Semoga diberi peluang dan kesempatan lagi untuk kesana...amin.

    ReplyDelete
  32. Kak Azi:
    Alhamdulillah kak semua gambar dan pengalaman adalah untuk dikongsi bersama...terima kasih atas doa dari akak juga...mudah-mudahan doa akan juga dimakbulkan Allah..amin.

    Kak Lieza:
    terima kasih kak berkat doa dr akak dan semua juga semua berjalan lancar...didoakan juga satu hari nanti akak akan ke sana juga...insyaAllah.

    Ayu:
    Alhamdulillah syukur Ayu berkat doa dari semua juga semuanya selamat....insyaAllah semoga satu hari nanti ayu sekeluarga juga akan dijemput utk menjadi tetamu Allah swt juga..amin.

    azila:
    w.salam....gambar guna camera compact jer ni zila tapi syukurlah hasilnya dapat juga dikongsi bersama...semoga zila dan suami juga diberi kesempatan untuk ke sana nanti...amin.

    Kak Ilah:
    sama-samalah kita berkongsi pengalaman kak...semuanya adalah rezeki dari Allah juga...insyaAllah akan sampai juga masa untuk akak dan keluarga ke sana nanti...insyaAllah.

    Hafizah:
    ya syahdu sampai menitiskan air mata....hanya yang biasa ke sana saja dapat merasakannya...insyaAllah berdoalah semoga hafizah juga akan diberi peluang untuk kesana juga nanti.

    ReplyDelete
  33. Ros:
    w.salam Ros...terima kasih..ya memang sungguh terharu bila dapat menjejakkan kaki kesana syukur alhamdulillah...didoakan juga semoga Ros juga akan diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah nanti..amin.

    Rina:
    terima kasih....:)

    Kak Treat:
    terima kasih atas doa dari akak juga...mudah-mudahan dimakbulkan Allah..amin

    Kak Bee:
    alhamdulillah diatas peluang dan kesempatan yang diberikan....sama-sama kita berdoa untuk kesana lagi nanti...saya juga berdoa untuk pergi membuat haji juga nanti.

    Kak Zaitun:
    syukur kak, berkat doa dari semua juga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah..sama-sama kita berdoa kak semoga kita akan diberi peluang dan kesihatan yang baik untuk menjadi tetamu Allah lagi nanti...insyaAllah.

    ReplyDelete
  34. Salam niezza.. akak memang minat ngn crita2 dan foto2 menarik dlm blog nieza ni. Setiap ari mesti nak tgk.Akak mmg suka tgk foto2 negara 4 musim. Entry terbaru foto kat Mekah dan Madinah mmg cantik, mesti camera Niezza jenis mahal.Masa akak pegi dulu mmg tak bleh bawa camera dlm masjid, so tak ade la gamba kenangan ngan Kaabah.Sejak anak akak bagi link blog Niezza ni akak dah rajin masak dah..
    ( Kak Aziah-Kulim,Kedah)

    ReplyDelete
  35. Salam Nieza,
    Alhamdulilah dh selamat pulang dr menuaikan umrah. Tahniah. Mesti seronok kan ke sana bersama suami. Seronok sya tgk gambar2 ni. kelihatannya ramai juga org ke sana mgerjaan umrah pada musim nieza pegi ni.

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah..nieza dah selesai segalanya.. Sori baru berkesempatan nak tulis komen di blog Nieza.. Rindu ah kat Nieza..
    Seronok dapat jejakkan kaki ke sana kan.. Hopefully akan tiba pula giliran akak nanti insyallah..

    ReplyDelete
  37. alhamdulillah.... selamat semuanya... rindu nya akan bumi makkah & madinah..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)