Home

17 Feb 2011

CNY Open House 2011

Assalammualaikum dan salam buat semua.....hari ni baru berkesempatan nak bercerita aktiviti yang mem'busy'kan saya last weekend. Pada hari sabtu 12 Feb 2011 yang lepas ada sambutan CNY open house disini...majlis bermula pada jam 1ptg dan dianjurkan oleh Malaysia Embassy.Btw 2-3 hari sebelum event tu memang ler bz dgn persiapan dan persediaan untuk memasak menu-menu yang akan dihidangkan. Macam ni la biasanya kalau ada event dan dah menjadi rutin saya bersama dengan wife diplomat lain serta staff M'sia Embassy yang lain untuk bergotong royong membuat persiapan.

Kehadiran tetamu adalah dikalangan rakyat Malaysia yang berkerja, belajar  dan yang berkahwin dengan org sini. selain drp itu ada juga jemputan dikalangan org finnish. ramai juga yang hadir iaitu lbh kurang 100 org juga. Terasa juga kemeriah bila dapat berkumpul ramai-ramai mcm ni. Bukan saja meriah dgn tetamu yang datang tapi turut meriah dengan hidangan makanan yang bermacam-macam aneka juadah kerana ramai juga yang datang membawa makanan pada hari tu.Ok jom layan gambar dibawah.
ni la suasana sebelum majlis bermula....ni di dalam 'Rumah Malaysia' iaitu kediaman TYT Duta Besar Malaysia 
Ucapan drp wife Amb..pada masa ni TYT Amb Cheah tidak ada disini krn sedang mengikuti kursus di Malaysia.
Diantara menu yang dihidangkan



ni lah rupanya mee kari yang saya masak.....lebih kurang dalam 20 liter...1 periuk besar tu la...alhamdulillah mencukupi  untuk semua tetamu yang hadir. itulah yang bz sgt. saya msk kat rumah dan bila siap baru bawa kesana...dh jadi mcm katering pula yer msk byk2 mcm ni...tapi dh biasa tak jadi masalah. 



ni pula acara cabutan nombor bertuah..hadiahnya ialah ticket pergi dan blk ke Tallin, Estonia dan ke Stockholm, Sweden dengan menaiki kapal cruise. 
pemberian angpow drp wife Amb untuk kanak-kanak dan remaja

sessi bergambar bersama dengan ahli perwakilan dan wife Amb..actually selepas event CNY ni  we all ada meeting AGM pada jam 4 ptng...memang penat tapi atas sebab tertentu AGM kena buat juga so..bila dh abis meeting sessi bergambar pula.
ni pula dessert yang dihidangkan pada event tu...mcm-mcm kuih ada selain drp itu ada special kuih juga iaitu kuih bakul yg dibawa khas dr Malaysia.
ok dh abis...tamatlah sudah open house CNY pada thn ini..maybe berjumpa lagi pada open house thn hadapan...sekian.

10 comments:

  1. wahhh..meriahnya majlis cny tu.....
    seronok mas tengok....

    ReplyDelete
  2. bila jauh dari tanah air masa berkumpul bersama kenalan itulah masa paling gembira...

    CNY 1Malaysia ye...macam2 makanan...

    ReplyDelete
  3. Mas: yer memang meriah Mas...masa ni la seronok dapat berkumpul ramai-ramai...kalau tak jarang nk jumpa.

    ReplyDelete
  4. Jun Aina:ya betul tu...kita akan jadi lbh rapat dan mesra...open house CNY 1 Malaysia la juga mcm2 mkn ada...:)

    ReplyDelete
  5. wow, bestnya dapat gather2 cam ni. macam2 menu ada... Tentu tak sunyi sangat kat sana boleh join perwakilan... Ada gak aktiviti yg nak dibuat..

    ReplyDelete
  6. Wah!!! rupanya nieza ni orang kuat persatuan jugakla......

    ReplyDelete
  7. meriah juga ye sambutan kat sana..makanan pun best2..ayu jelitanyer adik akak niii..;)

    ReplyDelete
  8. Nieza...seronoknye..nampak meriah sangat...Akak rasa, Nieza ni mesti pakar masakan, kalau tak, takan boleh masak sampai satu periuk besar...sedap! nampak mee Kari tu...Niezapun...nampak manis sangat..he..he..Akak baru balik kursus...rindu rasa nak baca catatan Nieza...

    ReplyDelete
  9. Kak Harleena: ya la kalau dh byk xtvt kita lak yg penat...kalau x ada bosan juga...hehe

    Arizakiah: persatuan ni memang wajib kena masuk khas utk isteri2 diplomat yg bertugas di luar negara ni...dgn persatuan ni lah dapat berkumpul dn mengisi masa terluang.

    ReplyDelete
  10. Kak sofea:ya kak memang meriah bila dapat berkumpul ramai2...kalau tak jarang2 dapat berjumpa....mana ada ayu kak...dh semakin gemuk dh saya sejak datang sini.

    Kak Azi:ya kak memang best dan meriah majlis tu..1 malaysia lah katakan...patutlah tak nampak akak bersiaran pi kursus rupanya...rindu juga kat akak...btw tq kak..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)