30 May 2010

Our Dinner Today at Pizza Hut


cerita pindah rumah punya pasal dapur pun tak berasapla beberapa hari....cuti2 masakla sat...kalau masak pun simple2 aje...bz sangat sekrng ni umah lama nak kena kemas...umah baru lagi la banyak brg nak kemas...singgah mkn jap ler....ni on d way blk dr umah baru... tadi pi tgk org antar perabot baru....pastu  abis kemas ckit2 kat umah sana....we all blk ler ke umah lama pulak utk kemas ckit2 lagi before serah kunci kat owner this monday....emm...penat betul pindah randah ni...tapi apa nak buat nak tak nak kena buat jugalah. esok our last day kat umah lama pastu tamatla sudah ceter dirumah ini.....oklah nak ceter pasal our dinner today....me with my hubby dinner kat pizza hut jer la....mkn pizza seafood + tuna dan pasta salmon....alhamdulillah kenyang tak abis siap tapau lagi bw blk..

ni ler pizza seafood + tuna....dah tinggal separuh baru teringat nak snap photo..


ni pulak pasta salmon...emm...yummy!






29 May 2010

Kari Daging

Bahan
1 kg daging dipotong kecil
5 s/b rempah kari daging
2 s/b kerisek
4 cawan santan
5 biji kentang dibelah 6
1 cawan air
3 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak
garam

Bahan Tumbuk Kasar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara
1. Daging dibasuh dan toskan.
2. Perapkan daging dengan rempah kari, kerisek dan sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga wangi dan agak garing.
4. Masukkan daging, daun kari dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan naik minyak.
5. Masukkan santan, kentang dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
6. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga naik minyak dan pekat.
7. Siap dan hidangkan

Bubur Lambuk Isi Ketam

Bahan
2 cawan beras rebuskan
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 batang isi ketam...beli yg segera frozen tu jer...dan potong 2
sedikit lobak masin dipotong dadu
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 cawan udang basah saiz kecil
air secukupnya
garam

Cara membuat
1. Semua bahan  dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat.
3. Masukkan lobak masin,lobak merah kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang,isi ketam  dan kacau sehingga rata.
5. Perasakan garam dan jika kuah agak pekat masukkan sedikit air.
6. Angkat dan hiaskan dgn bawang goreng.

28 May 2010

Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan
1 cawan nasi
100gm udang basah
2 ulas bawang putih dihiris
4 ulas bawang merah dihiris/dicincang
1/2 sudu besar cili kisar
1 s/b sos cili
1 s/b sos tiram
2 biji telur
bayam - dipotong
lobak merah - dihiris
garam
minyak masak

Cara-cara
1. Masukkan minyak dlm kuali dan tumiskan bawang ptih, bawang merah dan  cili kisar.
2. Bila dah naik bau, masukkan cili sos,sos tiram, udang dan kacau sebentar.
3. Masukkan nasi dan garam. gaul rata.
4. Masukkan sayur, pukul telur  dan garam. kemudian, masakkan seperti telur dadar guna api kecil.
pusing-pusingkan kuali supaya telur jadi bulatan besar.
5. Masukkan 1 1/2 senduk nasi di tengah2 telur dan lipat telur. tutup api.
6. Terbalikkan pinggan atas kuali dan terbalikkan kuali supaya nasi terletak atas pinggan. letak sos cili atasnya dan hiaskan dgn timun dan tomato.

Daging Blackpaper

Bahan-bahan
500 gm daging lembu potong kecil dan nipis
2 s/b kicap pekat
1 cawan air
1 batang serai diketuk
2 s/b lada hitam ditumbuk
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis dimayangkan/hiriskan
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan air, serai, serbuk lada hitam dan kicap pekat.
4. Perasakan garam dan masakkan sehingga pekat

27 May 2010

Kari Ikan Haruan

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan haruan dibersihkan, direndamkan dengan garam dan asam limau. Bilas lagi dan toskan
2 bungkus serbuk kari ikan bancuh ngan sikit air
5 biji sayur bendi
3 biji cili hijau buangkan tangkai
2 biji tomato belah 4
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih ditumbuk /hiriskan
1 inci halia 
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan sayur bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.

Ikan Bawal Sweet Sour

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal dibersihkan dan kelarkan
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia dihiris halus
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1biji cili merah dan 1 biji cili hijau dipotong nipis
1/2 cawan air.
1 biji tomato belah 6
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
1 biji bawang besar di potong nipis
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan juga cili potong, bawang besar, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang

26 May 2010

Kuey Teow Goreng

Bahan-Bahan:
500 gm kuey teow
100gm udang basah
100 gm daging
1 ikat sayur sawi
1 cawan tauge
1 tauhu basah digoreng dan potong kecil
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih diketuk
2 biji telur
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak dan garam  secukup rasa 

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.
4. Masukkan udang, tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan sayur sawi.  Kacau sebentar dan tutup api.
pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje

25 May 2010

Beef Steak with Black Paper Sauce







Bahan
500 gm daging steak
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

Bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM
Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung
1 cawan air
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendidih, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN
tomato segar dipotong nipis
kentang goreng 
baked beans panaskan sikit
1/2 biji jagung rebus

Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam dan dimakan bersama kentang putar.

22 May 2010

Bunga lagi....

Kepada semua peminat-peminat bunga ni memang gila dibuatnya........time-time macam ni banyak pula bunga2....niza ni gila ambil gambar jer...nak petik tak leh kan dapat ambil gambar pun dah kira best....tapi yang bestnya tgk bunga tulip...dgn mcm2 colournya....memang wonderful experience. ok layan saja photo-photonya...



21 May 2010

Pindah rumah

Hari ni we all akan berpindah ke rumah lain.....hampir 8 bulan we all stay kat umah ni....finally dapat juga rumah yang dicari....actually pada mulanya malas juga nak pindah randah ni coz brg2 dibawa dulu dari dhaka pun banyak....tapi diatas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan terpaksalah  juga cari umah lain...so..syukurla juga dapat berpindah pada summer time ni...rasanya masa yang sesuai dgn weather yang panas ni mudahlah urusan utk mengangkut brg nanti.

banyak benda nak kena packing....mujurlah byk kotak belum dibuka yang dibawa dr Dhaka dulu... we all cuma perlu  packing dan tapekan jer mana kotak yg telah dibuka....so senangla juga...tapi yang penting we all angkut brg yang big saiz dulu masuk lori...mcm perabot dan kotak2...yang brg kecik-kecik tu kemudian bawa ngan keta pun tak apa. ok lori kontena pun dah sampai ...jom tgk muat ke tak muat...
ni ler lori yang mengangkut brg2 tu...ni dah sampai umah baru dah....yang dr umah lama tak sempat nak snap...bz dok packing jer...

masa untuk keluarkan brg2 dr lori..

tu dia barang2 yg dibawa dari Dhaka dulu...pas ni harap-harap pindah balik Msia terusla...rasa letih juga nak
pindah randah ni..

my hubby pun sama-sama angkat brg....sib baik tingkap umah ni boleh dibuka....senangla juga boleh pas terus brg dr lori jer kalau tak penat juga nak bawa naik tangga...tapi tingkat 1 jer.

before....getting ready masukkan barang...tgk org sini buat keja ada sistem jugala....diorang siap letak kertas putih ni untuk elak drp lantai ni drp bercalar...

ok dah selesai sudah operasi menggangkut  brg ni...ni ler antara 2 org pekerjanya....semua 4 orang..cepat juga diorang ni buat keja dalam masa 1 jam dah siap punggah brg2 ni dr lori...memang puas hati jugala tgk cara diorang buat keja ni....ok pas ni bz nak buka kotak dan kemas umah pula.


20 May 2010

Summer is coming!!...


Masa yang ditunggu-tunggu  dah tiba dah ...hampir 8 bln dah we all disini baru la terasa panas sikit...lega rasanya bila dapat keluar umah tanpa perlu pakaian tebal2 dan jacket lagi....temp around 20-25 degree celsius...syukur alhamdulillah. So...petang semalam keluar la sekejap coz hubby ajak ke rumah owner baru yg akan we all pindah tu coz this friday we all akan angkut brg dan pindah ke sana...kunci umah pun dah dapat....tinggal nak masuk sajala.

On d way blk tu my hubby pun round2 la tgk org-org sini melepak time summer ni...time2 mcm ni la diorang nak berjemur...memang ramai sungguh....mana tempat yg panas semua ada orang...tak kirala kat taman bunga ke, tepi laut ke semua ada. Time summer ni pulak masa siangnya panjang so banyak aktiviti yang boleh dibuat....memang ceria dan best dgn weather ni.ok kita tgk photo-photonya...

tgk tu sampai tgh laut diorang melepak
gambar burung ni ambik dr dalam keta jer...

ni la bunga-bunga yang menceriakan summer season ni....taman bunga ni tak jauh pun dari ofis tempat hubby keja...jalan kaki pun boleh....
tgk jauh rasa mcm tak puas...kena pi dekat-dekat....hehe

ni pulak bunga tulip putih.....memang cantik...orang sini ckp bunga ni tanamnya sekali jer....pastu dia akan tumbuh balik walaupun time winter snow tebal pun dia tak mati...agaknya bunga ni memang sesuai dgn weather kat sini la tu.

rasa macam nak petik bawa balik umah jer....hehe
ni pulak macam-macam jenis bunga dan colour ada...
ni ler tempat berjemur dan melepak....setiap hari ramai orang ...diorang melepak sampai ler hari gelap time ni dah kul 8.30malam tapi still cerah lagi
ada juga orang naik belon panas ni....macam-macam aktiviti org sini ada time summer ni
dah penat berjalan...rest jap...tadi tgk bunga punya pasal tak pulak rasa penat...
nampak gayanya my hubby pun dah letih...jam pun dah  kul 8.30mlm...kesian penat balik keja kena ikut jadi cameraman pulak....so...we all pun balik ler ke rumah...tapi on d way balik tu singgah pulak tgk view tepi laut....tempat ni dekat jer ngan umah...

singgah jap mkn ice cream...
sea view lagi.....apa nak buat Finland ni pusing saja nampak laut...tapi memang best rasa tenang jer bila tgk view ni.....so...kita bersambungla pada ceta dilain masa..InsyaAllah.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers