30 Apr 2010

Egg Mayonis Sandwich

Bahan-bahan
2 keping roti
2 biji telur
2 sudu mayonis
sekeping unsalted butter
sedikit  garam &  lada hitam
2 keping timun & 2 keping Tomato jika suka

Cara:
1. Rebus telur selama 8 minit dan bila sudah masak hancurkan ia dgn menggunakan garfu
2.Campurkan telur tersebut dgn mayonis, garam dan serbuk  lada hitam.
3. Ambil roti dan sapukan dgn mentega.
4. Letakkan campuran tadi ke atas roti dan  lapiskan dgn sekeping lagi roti..siap dimakan.

Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk
1 biji telur ayam [pukul sikit]
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sayur kacang pjng ataupun kangkung jika suka.....tapi saya tak bubuh coz tak ada stok kat umah

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
3. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
4. Hidangkan bersama ikan bilis goreng , telor goreng, timun dan sambal belacan

29 Apr 2010

Grill Salmon

Bahan-bahan
1 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
sedikit kentang goreng
ubi keledek merah dipotong kecil di rebus
sayur kacang panjang
1 biji tomato dibelah 4
1/2 biji Lemon
Secubit lada hitam(utk perap ikan)
Halia (ditmbuk dan diambil airnya)
serbuk oregano

Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam

Cara sediakan ikan salmon
Ikan dicuci bersih dan diperap ikan dengan air halia, lemon, garam, lada hitam halus dan sedikir serbuk oregano selama 30-45 minit,sapukan sedikit marjerin  keatas isi ikan tadi, kemudian grilkan selama 20-30 minit api sederhana.Taburkan sedikit daun parsley. Sedia dihidangkan.

Cara sediakan sos putih
1. Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
2. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
3. Letakkan ikan dan tuangkan  sos putih diatas ikan.
4..Boleh dimakan bersama bahan lain spt kentang goreng,tomato, ubi keledek, mixed vagetables dan sebagainya.

Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap kalau suka ikan lain pun boleh juga  [bersihkan dan kelar]
Bahan hiris:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi

Cara menyediakan:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos ikan dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau/lemon.
8. Hidangkan dengan nasi putih

28 Apr 2010

Apam Balik

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Filling:
1 tin jagung krim 
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega

Cara-cara
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.  Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu kalau pan tak ada penutup).
5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.

27 Apr 2010

Kurma Telur

 

BAHAN
6 biji telur rebus
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan
2 biji kentang dipotong 4
3 biji cili merah
2 biji tomato buah dibelah 4
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak masak
garam seckup rasa
2 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
1 tangkai cili merah untuk hiasan

Bahan mesin
2 labu bawang besar dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus

Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan mesin Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan, kentang dan telur. Biarkan mendidih.
5. Bila mendidih masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendidih dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi.

Nasi Goreng Cina


Bahan
1 mangkuk besar nasi sejuk
2 biji telur
udang
sayur campur 
daun bawang
salad
keropok
minyak
garam

Bahan Tumis [tumbuk]
2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad/timun dan keropok.

Sosej Gulong Breadcrumb

Bahan-bahan
5 batang sosej ayam(Potong 2)
10 keping roti sandwich
3 biji telor (dipukul)
breadcrumb
500ml minyak masak

Cara
1.Gulungkan sosej dalam roti
2.Celupkan dalam bancuhan telor
3.Golekkan dalam breadcrumb
4.Gorengkan dgn api sederhana
5.Angkat dan hidangkan dengan cili sos

26 Apr 2010

Useful Tips for the Diplomat's Wife

To carry out the role of a diplomat's wife is indeed challenging. A book written by Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin contains useful tips for the diplomat's wives.

Among the useful tips from this book include the following:
1. A diplomat's wife should accompany her husband at post unless specified in a hardship posting, for example. While her career is important, some sacrifices are also required for the working wives.

2. Be gracious, be tactful and be respectful of others. These are some of the traits that may prove to be an asset to your husband's diplomatic career.

3. Avoid back-biting or back stabbing. It is an unhealthy habit.

4. A diplomat's wife should avoid arguments and quarreling with people. Be mindful of the fact that your 'transient' stay at post really is temporary. Bring home sweet and pleasant memories of your posting. Cherish it forever.

5. Be articulate. When asked for an opinion, say the right thing, choose the right words. Do not hurt anyone. And do not be too familiar with someone you have just met.

6. Protocol must be observed at all times.Everyone should know their place and position in the overall organisational structure.

7. Be considerate of others whose needs may be different from yours.
As much as possible, avoid patronising anyone.

8. Be house proud. Take good care of your house. Maintain a clean home and pay extra attention to your toilet/bathroom/powder room and the kitchen.This is yours and the country's image.

9. When your husband is posted to a difficult post, support him and don't give unnecessary stress by complaining about the place.

Wives should be happy to be with their husbands and their children wherever they are assigned.

10. Be a friend to all and enemy to none. Never intrude into the privacy of your colleagues and friends. Respect them. Accept all invitations unless you have an unavoidable matter to attend to.

25 Apr 2010

Perwakilan Helsinki Morning Coffee Session


Pada 24 April 2010 Jam 10am ..Perwakilan Helsinki ada buat program 'Morning Coffee' bertempat di rumah Malaysia di Espoo,Finland. Walaupun tak ramai yg hadir coz last minute planning tapi majlis yg sederhana ini tetap meriah juga dgn pelbagai jenis juadah mkn yg disediakan oleh ahli Perwakilan....diantaranya kuih muih,bihun dan laksa. Majlis ini diadakan setiap 4bln sekali dan bertujuan untuk mengeratkan lagi ahli2 kelab disamping itu ada sambutan birthday untuk ahli yang lahir pada bln Jan-April..so..aku pun termasuklah dalam senarai  utk celebrate birthday hari tu....selain dr mkn2..ada juga practice tarian poco-poco....dah lama tak menari poco-poco ni sebenarnya jadi ingat2 lupala.....tapi best juga...anyway...we enjoy and really happy!..:)
Potong kek dgn Mdm Poh Choo dan bersama ahli-ahli Perwakilan yang hadir

Me with Mdm  Poh Choo
Ucapan sepatah dua kata dr Chairperson, time mkn dan sembang-sembang

ni ler Juadah yang disediakan...semuanya sedap2 belaka
dan ni pulak Laksa Asam/Laksa Penang yg aku masak....kuahnya ada didapur lupa plak nak ambil gambar
kek ni special di tempah khas dr kawan kat Finland ni...Sedap dan ditanggung Halal
Me &Yani....Yani ni ler yg buatkan kek tu...ha story ckit pasal Yani ni kan..dia ni Cikgu sekolah dan sekarang CTG..cuti tanpa gaji juga coz ikut husband sambung study kat sini...dia memang pandai buat kek kalau tgk kek dia semua cantik dan sedap2....kira mcm dah leh buka kedaila dan kwn2 kat Finland ni pun ramai yg order darinya....haha cam promosi gitu...jgn marah Yani...hehe.

ni pulak time practice tarian Poco-Poco....tak la pandai sgt pun tapi setakat basic tu bolehlah kan.

Mee Bandung

 Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm ayam (dipotong kecil)
sedikit udang/sotong
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
1biji lobak merah
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah 4)
2 biji telor
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutup api dan hidangkan.

23 Apr 2010

Laksa Asam/Laksa Penang

Bahan
1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar
1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga lembut betui dan toskan]
8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan [belah 4]
3 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
air rebusan ikan
Garam secukup rasa
1 batang serai [ketuk pecah2]
1/2 cawan jus asam jawa
1 s/b minyak

Bahan A (Dikisar halus):
5 cm belacan
15 tangkai cili kering
1nci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/b belacan

Bahan (Dihiris halus):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
2 biji cili merah
daun selum

Cara membuat kuah:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan.
3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
4. Didihkan sehingga kuat pekat.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau kesturi.

22 Apr 2010

Ayam Masak Merah


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan bubuh kunyit dan garam pastu goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos
kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Nasi Ayam

Bahan
1 ekor ayam (potong 2)
4 cup beras 
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan
halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendidih angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
4. Ambil 5 cup air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dipotong kecil.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Mee Rebus Penang


Bahan-bahan
1 kg mee kuning - dicelur dan ditoskan

Bahan untuk kuah
15 - 20 tangkai cili kering di blender halus
5 ketul ubi kentang @ ubi keledik( agak2 sama dengan saiz ubi kentang tu la) rebus dahulu
asam jawa semangkuk
500g udang kecil- direbus
500g udang besar- direbus
4 ulas bwg putih - diketuk
daun sup
kacang tanah- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
5 liter air, garam dan gula secukupnya
2 biji tomato - potong dadu

Bahan hiasan :-
4 biji telor potong bulat2
daging direbus dan dipotong nipis2
cucur udang - potong nipis
cili - dipotong nipis2
bawang goreng dan limau nipis
daun sup dan daun bawang
taugeh dicelur
tauhu digoreng dan dipotong dadu

Cara-cara membuat kuah
1. Kisar cili kering, ubi dan udang kecil
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan yang dikisar. masukkan air. kemudian perahkan air asam jawa dan masukkan kedalam kuah.
3. Kemudian masukkan pula udang besar.
4. Bila dah mendidih masukan masukkan gula , garam, sebuk kacang, daun sup dan tomato. kacang tu ikut la jgn terlalu banyak nanti pekat sangat kuahnya
5. Biarkan ia mendidih sekejap barulah tutup api, bolehlah dihidang bersama2 bahan untuk hiasan tadi...jika pekat kuahnya bolehla ditambah air.

Kuih Cara Berlauk




Source:
Bahan-bahan
3cawan tepung gandum
3 biji telur ayam
41/2 cawan santan
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:
1.Tepung dan telur dibancuh bersama santan.Kacau hingga sebati,bubuh garam dan pewarna. Jangan terlalu cair dan terlalu pekat
2. Jika berbiji-biji tapis sebelum dibubuh dalam acuan.

Inti:
500gm daging kisar
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu kecil halia kisar
1 sudu kecil bawang putih
1 biji bawang besar
minyak untuk menumis

Cara membuat inti:
1.Daging dicuci dan ditoskan
2.Panaskan minyak,tumiskan halia bawang dan seruk kari hingga wangi.
3.Masukkan daging dan bawang besar yg telah dipotong dadu.Masukkan daging sedikit garam dan masak hingga kering.Biar sejuk dulu.
4.Panaskan acuan cara didapur.Sapu acuan dengan minyak biasa ataupun mentega.
5.Bila panas, tuangkan adunan tepung tadi...masak dgn api yg perlahan.
6.Biarkan setengah masak dan bubuh inti yg sudah dimasak tadi.untuk nampak menyelerakan hiris cili merah halus-halus dan juga bawang daun sup dan daun bawang..taburkan bawang goreng...bila dah masak bolehla diangkat.

Untuk hiasan:
2 btng cili merah
bawang goreng
daun sup
daun bawang

21 Apr 2010

Meeting Perwakilan Helsinki

Meeting today pada jam 9am dimulakan dgn meeting khas dgn TYT Amb dan staff di Pejabat Kedutaan Malaysia di Helsinki .....meeting tentang program MIDA 17 Mei nanti...dan Perwakilan turut serta dlm membantu persediaan makanan...so abis tu sambung dgn meeting Perwakilan bersama dgn Pn.Pengerusi Perwakilan dan AJK berkenaan dgn menu utk dimasak dan aktiviti tahunan pada thn 2010. byk juga program yg dirancangkan....harap2 dapat diteruskan dan berjalan dgn lancar insyaAllah...so aku ...sbg setiausaha Perwakilan(Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri di Helsinki) byk juga nak kena buat tapi oklah dapat juga mengisi masa terluang dgn sibukkan diri dan dalam masa yg sama dapat juga berbakti...dan dah biasa pun sebelum ni memang aktif dlm persatuan dan sukan disekolah,kolej dan persatuan belia ...masa my hubby posting di Dhaka pun byk juga program so tak ada masalahla nak join...dan dalam masa yg sama dapatla berkogsi pengalaman yg lalu....dan cam ni la sbg isteri diplomat ada tugas-tugas yg kena buat sbg  isteri diplomat.

Ya la kan....sementara ada peluang ni gunakan sepenuhnya nanti dah blk bekerja bz plak dgn kerja ...kerja..kerja dan kerjala sampai pencen....hehe itupun kalau ler sempat sampai pencen kalau dah selalu sgt nak CTG susah ler nak keja sampai pencen...agaknya separuh jln dah berhenti...entahler tak tau ler cam ner ngan kerjaya tu apapun tak kisahlah asalkan hati mau senang....oklah ceta utk kali ni.

Meeting di Pejabat Kedutaan Malaysia Helsinki dari kiri Nazira (bendahari Perwakilan),baju biru tudung biru tu akula (setiausaha Perwakilan Helsinki), sebelah aku..Mdm Poh Choo wife TYT merangkap Pengerusi Perwakilan, yg tgh tu TYT Amb Cheah Duta Besar di Helsinki ,sebelah TYT Amb tu Pn Eliza (Naib Pengerusi), Satu nama dia memang satu dan bkn dua..hehe gurau jer...dia local staff yg keja kat ofis dan yg last tu Jerlene AJK perwakilan.


Photo ni baru ready sikit....sempat posing dulu before meeting..


Our Lunch Today


hari ni 21 April ada meeting PERWAKILAN kat ofis...so kul 7.50am  dah kena keluar coz meeting start kul 9am sampaila kul 11.30am. Abis meeting tu terus pergi lunch with my hubby.....so fikir punya fikir nak mkn apa coz kat sini dah tau nak mkn apa no choice...tak byk kedai mkn yg Halal...nak tak nak kena ler mkn kebab ni juga...so ni ler menu lunch utk hari ni.

20 Apr 2010

Seri Muka Pelangi


Source: Kak Hanieliza
Bahan-Bahan Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
pewarna
kuning..hijau..merah 

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahagaikan adunan lapisan pelangi kepada 3mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan
Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betul2 baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

Apam Mekar

 Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4.Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.
NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal].. dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar.

19 Apr 2010

Lemak Cili Api Ikan Keli Goreng

Resepi masakkan ni asalnya dari mak kat kg....coz dulu2 arwah abah memang suka ikan keli tu digoreng dulu...maybe kalau cara org lain ikan tak digoreng tapi resepi ni ikan di goreng dulu barulah dimasak lemak.cara masakkan yg sama tapi cuma ikan saja digoreng. tapi memang sedap..ok resepinya spt dibawah:-
Bahan
3 ekor ikan keli
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]
2-3keping asam keping
Sehelai daun kunyit
minyak utk goreng ikan keli
Bahan mesin
20 biji cili api (ikut kepedasan masing2....kalau suka pedas lagi bolehla ditambah atau dikurangkan)
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan keli dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau ataupun asam jawa.Bilas dan toskan.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan keli yg dibubuh  sedikit garam dan kunyit.
3.Janganlah terlalu garing...dah masak angkat dan toskan.
4. Masukkan semua bahan mesin tadi kecuali santan pekat dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
5. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
6. Bila nampak kuah nak mendidih masukkan santan pekat dan rasakan garam.
7. Masukkan ikan keli yg digoreng tadi dan kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak.
8. Masukkan asam keping dan daun kunyit.
9. Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan.

Kari Ikan Sembilang

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan semilang
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.

Hati Goreng Pedas

Bahan2nya:-
½ kg hati ayam/lembu – dicuci dgn tepung gandum untuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam

bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
 ½ sudu besar jintan manis

bahan-bahan lain
bunga lawang dan kayu manis
1biji buah tomato dibelah 4
2 sudu kecil serbuk lada/cili
Air secukupnya
Garam, gula dan bahan perisa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
2.Masukkan serbuk cili kacau sehingga sedikit kering.
3.Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati  jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2.
4.Masukkan buah tomato dan bawang besar.
5.Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa.

Hati Goreng Kunyit


Bahan-bahan :
300 gm hati lembu
Sebiji bawang besar, dimayang
2 biji bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari
1/2 keping asam gelugor
1biji ubi kentang

Cara-cara:
1. Kupaskan ubi kentang dan dipotong nipis
2.Panaskan minyak dan goreng sebentar ubi kentang tersebut...angkat dan toskan.
3.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang2 dan halia.
4. Masukkan hati serbuk kunyit dan serbuk kari. Kacau rata, biarkan masak. Perasakan dengan garam.
5. Masukkan kentang yg digoreng tadi.
6.Masukkan asam gelugor dan bawang besar. Kacau rata.

Lemak Cili Api Ikan Salmon


Bahan
4 ketul ikan Salmon
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]

Bahan mesin
20 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan salmon  dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau. Bilas dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendidih masukkan santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak.
6. Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan.

Nasi Paprik

Bahan:
200grm udang
200gm sotong
200 gm isi ayam 
6 biji cili api [diketuk]
3 ulas bawang merah [dimayang halus ]
2 ulas bawang putih[dimayang ]
1batang carrot dipotong ikut suka
bunga kobis
putik jagung
1 btg serai [diketuk]
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
daun limau purut [ koyakkan]

CARA-CARA
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila kekuningan, masukkan cili api.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air
4. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan semua seafood, sayur dan daun limau purut.
5. Biarkan ayam lembut.
6. Hidangkan ngan nasi putih.

18 Apr 2010

Sotong Goreng Tomyam

Bahan-bahan
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam secukup rasa
1 kiub perasa tomyam

Bahan tumbuk ataupun diblender
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air, kiub perasa tomyam dan kentang. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong . Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang dan cili yg dipotong.

Kari Ketam Tumis Darat

Masakkan  gulai atau kari tumis darat ni memang sinonim dgn org utara....apa yg bezanya ngan gulai tumis biasa ni apabila ianya siap dimasak aromanya lain coz kita tumis last sekali...dan bila mkn masih lagi bau aroma tumisan itu kalau nak compare dgn tumisan biasa so...kalau nak try bolehla try resepi spt dibawah.
Bahan-bahan :
6 ekor ketam dibelah dua
3 biji bwg merah, 3 biji bwg putih, 1 inci halia..ditumbuk lumat
Satu paket rempah kari
Air secukupnya
Santan pekat
sekeping asam gelugur
Garam secukup rasa
Beberapa hirisan nenas, dimasukkan kemudian sedikit

Bahan2 utk ditumis garing :
Sedikit minyak masak utk menumis
2 biji bwg merah, dimayang
2 biji bwg putih, dimayang
5 tangkai cili kering, di potong dua
3 pelepah daun kari, dilurut
2 sudu besar rempah halba campur

Cara-cara :
1. Campurkan semua ketam, bahan2 tumbuk, air, rempah kari dalam periuk dan didihkan.
2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam secukup rasa.
3. Sementara masakan mendidih, boleh lah sediakan bahan2 tumis.
4. Setelah garing ditumis, masukkan kesemuanya ke dalam masakan kari tadi. Kacau sebentar.
5. Tutup kuali dan padamkan api.

17 Apr 2010

Chicken Chop

Bahan -bahan
3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]
kacang merah dlm tin
sayur carrot dan bronkoli

Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak

Cara
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos lada hitam.
SOS LADA HITAM
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara membuat
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam tadi

Bihun Sup Utara


Bahan A
1/2  paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah
1/2 ekor ayam dipotong kecil ataupun boleh tukar daging muda jika suka 
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan
10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air
Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendidih dan pekat

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga ayam betul-betul lembut.
2. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
3. Masukkan bihun serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
4. Hidangkan,

Makaroni Goreng



sumber resepi: Kak Hanieliza

Bahan - bahan
500 gm makaroni
300 gm daging cincang
4 biji cendawan butang [belah 4]
1 batang carrot [potong dadu]
3 biji buah tomato [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
5 biji cili merah [hiris kasar]
1 labu bawang kuning besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
5 s/b cili mesin
3 s/b minyak
garam
daun sup & daun bawang [cincang halus]

Cara
1. Didihkan air dan rebus makaroni sehingga lembut. Siramkan dengan air dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan cili mesin dan kacau rata. Masakkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan daging dan kacau lagi sehingga nampak naik minyak.
5. Masukkan carrot , garam dan sedikit air. Kacau rata dan masakkan sehingga carrot lembut.
6. Masukkan pula makaroni, cendawan, tomato dan cili capsicum. Kacau rata.
7. Bila dah nampak sebati dan masak boleh hidangkan.
8. Taburkan daun sup dan daun bawang.

Kangkong Goreng Belacan

Bahan-bahan
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih(ditumbuk)
Segenggam ikan bilis/udang kering(ditumbuk)
1 sudu makan(atau lebih) belacan dibakar dan (ditumbuk)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara
Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.
Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
Masukkan garam . Kacau dan masukkan kangkung.
masukkan sedikit air jika nak berkuah.
Gaul rata dan kacau sehingga masak jgn terlalu lama coz nanti layu tak sedap dan bila sudah mendidih bolehla tutup api.

Kari Kepala Ikan Salmon

KARI KEPALA IKAN
Bahan-Bahan:
1 ekor kepala  ikan Salmon ataupun ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat

minyak
garam
Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Siap msk bolehlah dimakan dgn nasi ataupun roti.

16 Apr 2010

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis


Bahan-bahan untuk nasi lemak
2 cup beras basuh dan toskan
3  cawan santan
2 helai daun pandan koyakkan dan simpul
2 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah dihiris halus
garam secukupnya

Cara
1. Cucu bersih beras dan toskan kemudian masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus atau telur goreng, ikan bilis goreng, dan ulam timun.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan
200 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala dan rendamkan sebentar]
1 senduk cili kering mesin
1 labu bawang besar dimesin halus
sedikit belacan jika suka tak nak bubuh pun tak apa
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih seketika.
4. Bila dah naik minyak dan masak  baru angkat.

Mee Kari


Bahan-bahan
500 gm mee kuning dicelur dan toskan

Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah dihiris halus
Limau kasturi/limau nipis
Taugeh
bawang goreng
2 biji telur rebus

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
2 paket fish ball
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari
1/2 cawan air asam jawa
250ml santan kotak
minyak
garam

Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan cili mesin..biarkan naik minyak....dan masukkan air untuk kuahnya.
2. Masukkan ayam. dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan asam jawa, fish ball masakkan sehingga mendidih.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Puding Roti



Bahan-bahan:
8 keping roti,
500ml susu segar
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega
1 camca teh esen vanilla
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Kismis hitam

Cara-cara:
1. Roti dicarik-carik dan direndam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Pukul sedikit mentega dan gula. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur dan pukul sebentar hingga rata.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
5. Campurkan kedua-dua adunan. Tuang adunan dalam loyang yg sesuai dan bakar
pada 180 darjah celsius selama 30 minit.

15 Apr 2010

Talam Cendol




Lapis Bawah
225 g tepung beras
1 sb tepung ubi
2 sk garam
800 ml santan cair
130 g cendol pandan (ni saya buat sendiri kalau nak sng beli jer...tapi kat Finland ni tak ada jual so buat sendirila...resepinya boleh tgk diresepi cendol)
60 g gula halus

Cara2 untuk lapisan bawah
Santan,tepung2, garam dan gula digaul rata dan masak hingga hampir pekat dan tuangkan cendol dan gaul rata.Matikan api.
Tuangkan adunan terus ke dalam loyang yg telah dipanaskan dan kukus hingga masak atau selama 15 min.Sambil itu siapkan lapisan atas.

Bahan-bahan Lapis Atas
*600 ml santan pekat
*200 g gula melaka - dihiris halus
*50 g gula halus
*1/4 sk garam
5 biji telur
60 g tepung gandum
30 g tepung beras

Cara-cara Masak bahan2 bertanda * untuk lapisan atas
masakkan gula hingga larut bersama santan.Tapis dan sejukkan.
Panaskan kukusan dan masukkan loyang yg disapu minyak sekeliling.

Cara2 untuk Lapisan Atas
Satukan *santan yg telah dimasak dgn gula tadi bersama telur dan tepung.Kacau hingga sebati dan tapis.Masak hingga adunan pekat.
Apabila pekat,tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus lagi hingga adunan masak atau selama 20 min di atas api sederhana.
Biar kuih benar2 sejuk.
Bolehlah dipotong dan disajikan.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers