Home

14 Dec 2010

Winter Explorer

Actually sekarang dah masuk musim sejuk dah kat sini temp memang di bawah tahap beku....last 2 weeks temp turun sampai -20degree C...hampir sebulan dah snow turun kat sini tapi baru sekarang saya  berkesempatan nak tunjuk gambar.

bukannya tak ambik gambar tapi tak berkesempatan nak tayang...asyik tayang gambar makanan jer kan...so hari ni cuci mata tgk salji kat negara Finland ni....sekarang ni saya rasa mcm dok dalam peti ais besar dah rasanya..sejuk & beku..hihi.. kalau kat luar tu lagilah sejuk.Tapi dalam umah ni kuranglah sikit coz ada automatic heater.

even though dah 2nd year kat sini tapi still jakun jugak bila tgk snow tebal mcm ni....dan view semua nampak putih.....subhanallah...memang cantik sangat...itulah kan kuasa Allah.

Gambar ni   diambil masa kul 3ptng...dah nak senja ni... time winter ni waktu siangnya pendek jam 9am masih gelap lagi dan jam 3ptng dah nak malam..

ni pula kat laut....dah beku dah laut pun tapi ais tu dipecahkan oleh kapal pemecah ais utk memudahkan perjalanan kapal-kapal disini. 

saya & mr. hubby jalan-jalan tgk org memancing kat laut beku ni....kat belakang tu ramai org tgh memancing....laut ni dah beku dan boleh berjalan dah....walaupun sejuk beku diorang setia juga memancing ikan kat sini....hebat betul org finnish ni kan.




mcm ni la cara diorang memancing dlm ais....ada alat yg digunakan utk membuat lubang dan menebuk ais tu....actually kalau dah beku ais pun boleh tebal melebihi 20cm...kereta pun boleh jln atas ais ni. Memang satu keajaiban juga bila time winter ni.
Subhanallah...memang cantik bila saya tgk semua ranting dan pokok-pokok diselimuti salji yg putih ni...

kawasan ni kawasan jalan kaki untuk ke station train dan ke supermarket....dekat sebelah umah saya jer ni...tempat ni sunyi jer mcm ala-ala kat kampung gitu tapi saya suka sunyi dan  peaceful..:)





masa summer time yg lepas saya ada ambil gambar saya berbasikal kat kawasan ni tapi sekarang dah penuh snow tak boleh naik lagi.

posing-posing dulu...



ni pula gambar kat bawah umah saya masa last week....actually snow turun sehari semlm non stop masa ni ...lebat pula tu...so..esoknya en.hubby nk ke ofis tgk keta dah tebal dgn snow.

memang saya rasa  teruja jugalah coz tak sangka boleh tebal sampai mcm tu kan coz thn ni cepat pula snow turun dgn banyak compare dgn last year bln Jan / Feb baru nk extreme mcm ni.  Kira thn ni awal-awal dah tebal...dan dikira extreme jugalah.
kat halaman umah pulak tebal juga hampir nak sampai ke lutut....kasut boot tu pun dah tenggelam...mlm tu en.hubby buat operasi scoop snow coz kalau dah tebal sgt memang susah nak drive keta.
Pagi tu masa en.hubby nk ke ofis dah tersangkut kat tgh jln dgn snow yg tebal ni...terpaksa blk untuk antar keta dah pergi naik bus pula ke ofis....memang susah juga bila keadaan mcm ni.


gambar jam ngan temp kat atas tu la temp paling rendah kat sini masa last week tu...-20degree C. itu baru kat bandar  Helsinki kalau diluar bandar ni dan disebelah utara Finland lagilah sejuk...temp melebihi -30degree Celsius...itu dah dekat dgn kutub utara...dan tempat tu memang jauhla dari Helsinki.

Gambar kat bawah tu pula saya tgh melepak di atas ais....salji dah keras dan berbukit...sempat lagi posing kat ais tu walaupun sejuk....hehe tapi best juga wonderful experience!..:D
oklah sekian sajalah dulu cerita ceriti winter kat sini....kalau ada kesempatan nanti saya sambung cerita lagi..InsyaAllah..

8 comments:

  1. salam nieza
    t.kasih kerana kongsi cerita dan gammbar ni kak ilah tak merasa lahhh..huhuuu.. kalu nak juga p genting ke cameron ker umah 4 musim ker dll hehehe..
    nanti tunjukkan lagi tauu kalu ada gmbr2 terbaru seronok kak tgokkk

    ReplyDelete
  2. Salam K.ilah....sama-sama kasih kak...mana tau ada rezeki nanti akak boleh sampai juga kat sini kan....nk datang umah saya pun boleh kak....dialu-alukan...insyaAllah nanti niza upload gambar lagi.

    ReplyDelete
  3. nak tau ker nak lorek atas kek tu?
    mcm ni.. setelah selesai tuan toping tuu tak kira la apa juga jenis kek pun boleh lorek
    guna pewarna coklat buatkan satu garisan dari kiri ke kanan guna cungkil gigi.
    buat garisan tu sepenuh loyang jarak kecik2 jer..
    pastu dari arah bertentangan tarik kebawah cungkil gigi..betoi ker kak terang ni huhuhu..ok nieza tgok apam pelangi kak ilah tu ada contoh... 1 arah kebawah 1 arah ke ataass... barulah dia bertaring..

    kalu tak faham 1 day kak ilah try masukkan demo ya huhuuu sian nieza... kalu nak belajar lorek jer dulu pewarna atas permukaan piring cuba lorek mesti jadi...

    ReplyDelete
  4. wah....terima kasih kak diatas penerangan yg jelas tu....saya dah dapat gambaran sikit-sikit dah....insyaAllah nanti nk kena try baru lagi jelas tu....thanks a lot kak ilah coz sudi berkongsi tips dan info dgn saya ni..:)

    ReplyDelete
  5. Salam Nieza,

    dengar berita memang agak teruk Europe dilanda snow. Bagus ek tak payah nak blend kalau nak buat ABC..heee..

    My sister yg duk kat Holland pun selalu cite pasal snow ni.. Untunglah Nieza dapat merasa suasannya di sana. Akak ntah bila tah.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Yan,
    Ya la kat Finland ni memnag teruk snow....last yg teruk pun 25thn lepas..tu berita bg taula..dan sekrng ni kat semua europe turun snow dgn lebat....sebelum ni tak semua tempat ada snow...tapi kalau kat Finland ni memang sah adalah dan lbh sejuk drp tempat lain....insyaAllah ada rezeki nanti akak pun leh sampai juga..mana tau kan niza pun dulu tak berangan pun nk dok tempat omputih ni...tapi tu la kan semuanya ditgn tuhan.

    ReplyDelete
  7. salam niza
    bestnyer.... seronok tgk pic niza ni... bila la ita dpt pergi sana...

    ReplyDelete
  8. Salam Ita, kalau datang sini lagila best...ha cepat terbang ke sini...jom kita sama-sama main snow..hihihi

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)