Home

22 Dec 2010

Strawberry Marble Cheese Cake(Bake)


Salam semua....actually buat kek ni semalam lagi......dah masuk dlm  peti ais semalaman dan pagi tadi masa bangun nk mkn sahur sempatlah rasa sikit.....haha boleh tahan juga sedapnya....hmmm...sendiri msk sendiri angkat bakul : P.... ya la kan  sapa lagi nk puji  kan kalau x diri sendiri.... tapi en.hubby ckp sedap coz tak berapa manis....dah tau dah kalau manis-manis sgt dia x brapa minat nk mkn.


ok  jom kita tgk resepi pula....actually resepi asal ni saya ambil dr dapur Kak Maz ilhamdapur boleh tgk disana juga....iaitu resepi asalnya mango marble cheese cake tapi saya menderhaka la skit resepi tu coz tukar nama dan citarasa pula jadilah pula strawberry marble cheese cake ni. Minta ampun minta maaf yer kak Maz ...jgn marah-marah...kena happy-happy selalu coz dah nk blk M'sia tu kan...hihi anyway terima kasih kak berkongsi resepi yg best ni....izinkan saya  berkongsi disini pula.

Bahan-bahan
Base (Lapisan Bawah)
  • 100g biskut marrie perisa kopi/asli @ apa-apa biskut yang sesuai
  • 50g butter - dicairkan
  • 200g creamcheese (suhu bilik)
  • 75g gula halus
  • 1 bekas yogurt perisa strawberry (135g) @ apa-apa perisa ikut citarasa
  • 10g tepung jagung
  • 1 biji telur saiz B
  • 80ml whipping cream
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu besar lemon zest
  • sedikit coklat emelco - untuk buat marble
  • Loyang loose pan 7 inci yang dibalut dengan aluminium foil sebaiknya

Untuk Base (Lapisan Biskut)
1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).


Untuk Filling
1. Panaskan oven 150 C.
2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, lemon zest dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.


3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit strawberry emulco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay.

4. Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil).


5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.


6. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).


P/S drp K.Maz : PASTIKAN loyang kek dibalut dengan aluminium foil sebaiknya dan kemas agar air tidak masuk, jika perlu, balut 2-3x atau guna 3 loyang ( 1 loyang kosong dimasukkan loyang kek dulu, 1 loyang lagi yang bersaiz lebih besar sedikit baru dimasukkan air panas, cara ni selamattt..maz sentiasa guna cara ni..)

10 comments:

  1. Salam Nieza,

    Tgh winter strawberry ni mesti mahalkan? Dkt sini, tak tahu apasal tahun ni boleh overdose dgn strawberries. Turun harga sampai 50 sen satu punnet...hehehez mabuk strawberry dah kita XD

    ReplyDelete
  2. Salam Anie,
    ya lah memang mahal jugalah kalau compare time summer lepas we all picking kat ladang jer....kat sana lagi murah tu anie...wah bestla memang puas la mkn tu..letak dlm freezer mkn gitu jer pun sedap...niza suka mkn mcm tu.

    ReplyDelete
  3. salam nieza, tergodanya tengok cis kek tu...tengok jer dah tahu mesti sedapp sangat....

    ReplyDelete
  4. salam nieza - mai kita tukar ngan roti :) tu la lina dh copy recipe ni drp blig nieza...ni tgh buat list ni....mana satu nak buat ni :)

    ReplyDelete
  5. K.Mas: Salam K.Mas,
    haha memang sedap pun kak leh ler ambik sepotong rasa...hihi

    K.Lina:
    Salam K.Lina, wah ada bawa roti err..boleh2 saya kasi cheese cake ni..nanti pinggan kasi blk yer...kihkihkih btw buat jgn x buat yer..:)

    ReplyDelete
  6. Salam Nieza...

    Terliur akak tgk strawberry marble cheese cake ni... Dulu Kak Lin X Berapa Suka Strawberry...tapi sekrg dah okey dah....

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Lin Rosly,
    memang sedap kak cubalah buat nanti kalau x suka strawberry boleh tukar perisa lain juga ...tapi nieza memang suka strawberry...:)

    ReplyDelete
  8. Salam..adehh, zla ni pantang tgk cheesecake.terus rasa teruja nak p cari..lawa deco cake ni kan???

    ReplyDelete
  9. Salam Zila,
    tryla buat zila...senang jer tu...kalau buat sendiri puas skit nk mkn...hihi

    ReplyDelete
  10. i dah buat..dpt dr fotopages ada step by step nya gmba.. n sama dgn yg u pnya kek ni sejibik resepinya.. n i dah tag kat frens.. mmg sedap..dah 3,4 kali dah buat..berbaloi2.. wpun lorek coklat tu tak comei i buat tpi abess

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)