Home

6 Dec 2010

Kerabu Sotong

Musim mkn kerabu la pulak....tapi memang fav pun kerabu ni..segala mcm kerabu saya suka.....ni saya cuba buat kerabu sotong pula...memang sedap dimakan dgn nasi.
Boleh bertambah nasi kalau ada kerabu-kerabu ni...dah sejuk beku kat sini asyik nak
mkn jer kejanya.....ni yg kes bahaya ni...nak bersenam malas pula...harapkan buat sauna jer lah. Ok resepi asal kerabu ni juga dr fotopages Kak Liza. izinkan saya berkongsi  resepi yer kak liza.Terima kasih diatas resepi yg sedap dan simple ni.


Bahan A :
500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda

Cara:
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)