Home

1 Nov 2010

Satay Daging Melayu Asli

Finally...berjaya juga buat satay ni...dah lama tak buat dulu pernah buat masa di Dhaka jer pastu tak buat dah.....dah lama plan nak buat sejak blk dr Malaysia hari tu lagi coz kesian kat en hubby dah lama tak mkn satay ni....dah setahun lbh en hubby tak blk Malaysia kira teringin jugalah kan...saya tak kisah sangat coz masa blk sorang hari tu sempat jugalah makan...so en.hubby dah order satay dgn nasi himpit ni semalam lagi tapi memandang semalam dah keluar jln-jln pastu blk umah mood malas pula nak cucuk dan bakar satay...so ditangguhkan ke hari ni. ok resepi ni saya copy dr my resepi.
500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
Bahan Perap
2 batang serai
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas
1/2 cawan jintan manis
1/2 cawan jintan putih
1/2 cawan gula
Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 sudu besar minyak masak
sedkit rempah sup...(ini saya tambah)

Bahan Percik
1/2 cawan minyak masak
4 sudu besar susu tepung
1 batang serai diketuk

Bahan Kuah
500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cawan gula perang
Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya

Bahan lain
Timun secukupnya sebagai ulam
Bawang besar sebagai ulam
Ketupat nasi (jika suka)
Lidi satay secukupnya

Cara-cara
1.Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam tapi saya perapkan semalaman...memang rasanya lain sikit..dan sedap...Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
2.Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
3.Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
4.Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)