Home

10 Nov 2010

Nasi Hujan Panas

tak hujan tak panas pun kat sini tapi ada snow jer...hehe actually hari tu ada ternampak kat dapur mamasya nasi warna warni ni....so saya pun try masaklah dan dimakan dengan ayam masak ros....masa mkn nasi ni teringat pula kat MIL coz masa dok kat umah MIL dulu selalu juga MIL buat nasi ni...masa tu saya berkerja kat Msia dan my hubby plak bertugas di Dhaka dok berjauhan la time tu.
masa tu bila blk keja jer MIL dah siap msk pun...pastu suruh saya mkn...saya pun mkn jer.. cuma hari weekend jer saya berpeluang nk msk pun...bertuah betul  menantu ni kan...hehe...tapi syukur alhamdulillah juga saya dapat MIL yg baik hati...oklah berbalik pada ceta nasi ni pulak la....kalau nak tgk resepi asal nasi ni boleh click kat sini saya c&p jer..minta halalkan yer...:)

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi atau beras biasa (nasi ni saya masak 2 cup jer)
air sama byk dgn beras
3 labu bawang besar - kisar
5 biji bawang merah- kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2 inci halia - kisar
*3 kuntum bunga cengkih,
*2 inci kayu manis
*3 biji buah pelaga,
*3 kelopak bunga lawang
1 tin susu cair atau susu segar..saya just bubuh 1/4 tin jer
1 s/k garam
pewarna hijau ,merah dan kuning- setiap warna bancuhkan dgn sedikit air secara berasingan - bancuh 1 st pewarna dgn 2 st air
1 senduk minyak sapi

Bahan hiasan:
bawang goreng,kismis

Cara
1. Panaskan minyak sapi,tumis bahan kisar dan bahan * sampai wangi-saya tumis dlm kuali dan pindahkan dalam rice cooker sbb biar cepat tumisnya.
2. Masukkan air,garam dan susu.Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan masakkan spt biasa.
4. Bila nasi hampir kering, buat 3 lubang di tengah nasi dan tuangkan tiap pewarna pada tempat yg berlainan dan tutup kembali lubang.Tutup periuk dan biarkan betul-betul masak.
5. Setelah masak,kacau rata-rata untuk mencampurkan warnanya.
Hidangkan dengan kismis dan bawang goreng.

1 comment:

  1. weekend nanti saya nak cuba "Nasi hujan panas"... last week saya cuba buat nasi biryani ayam.... nanti visit my site ye...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)