Home

8 Nov 2010

Mee Ketam Utara

ni ler rupanya mee ketam utara....tapi dibuat dr dapur helsinki...hehe walaupun tak sama tapi kira ala2 mcm kat kedai jugalah...my fav ni tapi hari tu masa blk Msia tak sempat pula nak mkn....yer la kan blk time bulan puasa mana nak cari..kedai pun tutupla...so..blk ke sini teringat pula nak mkn.... buat sendirilah jawapnya.ok resepinya lbh kurang mcm mee udang juga tapi digantikan dgn ketam...dan kuahnya dipecahkan telur mcm mee bandung pula...saya masak ni simple jer tak ada pulak bahan hiasanya dah abis stok.

Bahan-bahannya
500gm Mee kuning dicelur
1/2 kg ketam (dibersihkan dan belah 2)
8 biji cili merah (mengikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang putih
1/2 tin tomato soup
1 ltr air
3 biji telor (dipukul sedikit)
4 ketul kiub ayam
4 sudu makan kicap
4 sudu makan oyster sauce
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili sos
2 biji tomato dibelah 4
2 biji bawang besar dimayang
Daun bawang dipotong 1"
Bawang goreng

Cara
1.Cuci bersih ketam dan toskan
2. Blend cili merah + bawang putih +bawang merah
3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos. masakkan sekejap.
4. Masukkan air dan kiub ayam.
5. Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
6. Kemudian masukkan tomato yg dibelah 4 tadi.
7. Rasakan kuah...boleh tambahkan garam jika perlu
8. Tutup api. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)