Home

30 Nov 2010

Puding Buah Naga


 mood rajin skit dah mai so...menjadilah buat puding buah naga ni.....hari tu ada ternampak buah naga ni kat supermarket kat sini....bila teropong reganya tu boleh tahan mahal jugalah kalau convert duit RM tu tapi buat-buat tak convert lah kan.
actually buah ni memang my fav  kalau kat Malaysia selalu beli dan mkn.
suka yg colour purple kemerah-merahan tu tapi kali ni tertipu la pulak..
ingat sama mcm colour tu tapi bile potong tgk colour putih daaa....sabar jer lah...tapi tak leh complain byk2 nanti mr.hubby bising...dia ckp mkn ajalah...hehe
*
*
*
*
*********

ni ler rupanya....saya beli sebiji jer utk buat puding ni...

ok resepinya seperti dibawah....boleh juga tgk disini....terima kasih pada tuan punya resepi dan minta izin berkongsi resepi yer..:)

BAHAN-BAHAN
1 biji buah naga
1 paket agar2 /25g serbuk agar2 :1000ml air
1 tin susu cair
2-3 keping roti
1tsp vanilla
1 biji telur
Gula secukup rasa
air
pewarna pink...saya tambah

Cara-cara
1. Cairkan agar2 bersama air terlebih dulu dan masukkan gula. air utk 1 pack/25g serbuk agar2 :1000ml air.. so air kurangkan sikit sbb susu cair dlm 400ml.. jadi air lebih kurang 600ml.
2. bland bersama susu cair, roti telur dan essen vanilla..saya tambah isi buah naga sedikit
3. Tapis agar2 yg dah dimasak tadi n masukkan bahan2 yg dah di bland.
4. Boleh masukka sedikit sunquick oren utk rasa yg lebuh umm.. tapi saya tak bubuh..
5. masak sampai mendidih.
6. potong buah naga, atau terap utk hiasan atas dengan bentuk yg disukai.
7. letakkan buah naga lebihan terap tadi di dasar dulang.. (baling-baling je)
8. masukkan larutan puding yg dah siap dimasak tadi...color buah naga akan keluar..saya masukkan sedikit pewarna colour pink coz gunakan buah naga isi putih tak ada colour kan.
9. masukkan seberapa byk buah naga yg dah dipotong tadi.. than last sekali..biarkan sekejap sebelum letak bahagian paling atas. letak perlahan supaya hiasan buah naga di atas puding tidak tenggelam

29 Nov 2010

Trip To Dublin, Ireland

Sambungan cerita cuti-cuti europe lagi...on 17th November 2010....from London we continue our journey to Dublin...bermula pada jam seawal 7am dr London kami ke victoria station untuk naik train ke gatwick airport dan perjalanan yg memakan masa lbh kurang 35 minit kesana...dah sampai airport...terus check in utk ke Dublin dgn menaiki budget airline....iaitu ryannair.

Alhamdulillah selamat sampai di Dublin on time pada jam 11.00pagi waktu disana...pastu lepak jap kat airport sementara tunggu .kwn mr.hubby yg bertugas disana datang jemput kami....bila dah sampai terus bawa makan-makan....isi perut dulu...sebelum teruskan jln2 disekitar bandar Dublin.
*
*
*
***
Day 1



Grafton Street

ramainya org time ni..












*
*
*
*
****
Day 2
bertolak dr umah en.mohammad bersama familynya ke outlet shopping...iaitu Kildare Village..lbh kurang 45minit dr bandar Dublin.byk kedai menjual brg yg berjenama di sana...lbh kurang mcm  Bicester Village di London juga.
view kat Kildare Village





masa utk shopping!...suka tempat ni. aman dan damai jer rasa..
Samuel Beckett Bridge





on d way blk tu we all singgah jap kat wax museum ni..


nampak real betul patung2 dlm wax museum ni..



with MJ..


bergambar bersama fiza dan anak2nya,.mak fiza dan mr.hubby dihadapan restaurant M'sia disana...dah penat jln singgah jap kat Msia restaurant ni isi perut dulu sebelum blk kerumah en.mohammad dan fiza.

tauke kedai restaurant ni org Msia yg dah lama bermaustatin disini...dan semua kedainya adalah dijamin 100% halal



dinner with mr.mohammad dan wifenya fiza,mak fiza dan tauke didlm  restaurant ni...

terima kasih pada en.mohammad,fiza dan makcik diatas layanan mesra semasa kami disana....InsyaAllah panjang umur kita berjumpa lagi.




dah abis dah 2 days disini....walaupun sekejap dan tak sempat nak pusing abis pun kat Dublin ni tapi syukurlah dapat juga tgk tempat org kan..insyAllah ada rezeki nanti boleh singgah lagi...
*
*
*
*
*
*******
so..our next trip to Brussels,Belgium pula pada keesokan harinya 19th November 2010.

Kupang Goreng Kunyit

masak simple jer ni....actually nak msk kupang goreng kunyit jer...pastu tgk ada plak kacang buncis .....nak senang punya pasal buat 2 in 1 jer....so kira kupang goreng kunyit dan kacang buncis pun goreng kunyit la juga....hihi...resepi main campak-campak jer...semuanya suka ati jer nak bubuh byk mana....yerla benda ni simple jer kan maybe semua org tau buat tapi rasa jer kot x sama....anyway saya masukkan lah juga resepi masakkan yang simple ni.

Bahan-bahan
300 gm isi kupang  dicuci bersih
1/2 biji labu bawang besar dicincang
1/2 biji labu bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah...hiriskan nipis
1 s/k lada sulah
garam secukup rasa
250gm kacang buncis
1s/k kunyit serbuk
minyak masak utk menumis


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dicincang halus
2. Masukkan kunyit serbuk,serbuk lada sulah kemudian....masukkan kupang dan kacau rata. Masakkan sebentar...jika kering masukkan sedikit air.
3. Kemudian, masukkan kacang buncis dan kacau rata....perlahankan api.
4. Masukkan garam,cili merah dan rasakan garam ...kacaukan sebentar dan lastly masukan bawang besar yg dipotong bulat tadi.
5. Angkat dan hidangkan

Penang Char koey Teow

 
dah lama dah teringin nak mkn ni...last week pi kedai vietnam ternampak kerang...apa lagi borongla..walaupun reganya mahal tapi tutup sebelah mata jer lah..nak mkn punya pasal kan....kat sini tak ada jual yg  fresh....sib baik ada kedai aseanic yg import brg dr negara luar....walaupun frozen tapi jadilah kan..dapat jugalah merasa bila dok jauh2 ni semuanya teringin belaka....oklah ceta pasal sumber resepi ni ambik drp kakinakl ..tqvm..minta izin c&p yer..:)
Bahan-Bahan
Untuk Paste
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sk petis
2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
1 sudu kecil gula

Untuk Mee
300 gm kuey teow
1 sudu besar cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara
UTK PASTE-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sudu besar paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dalam 1/2 cwn.

Bila air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 minit jer, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi untnk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jadi 1sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lagi garam dan gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar boleh adjust eh..

27 Nov 2010

Seafood Spaghetti

Hari ni masak menu simple jer...seafood spaghetti...senang dan simple...main campak2 jer...dah siap makan nak keluar jalan-jalan pulak..haha tak abis2 jln kan...apa nak buat...memang suka jln2..:D...ok resepi ni ambik dr dapur kak liza....boleh click di sini tqvm kak Hanieliza...saya C&P yer..:)

Bahan
500 gm spaghetti
500 gm udang
300 gm sotong sederhana
10 keping crap stik [potong kecil]
3 s/b minyak
1 labu bawang besar [cincang kasar]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan cili sos
1 s/k oregano
1/4 cawan daun pasley [cincang]
1 biji kecil cili capsikum hijau [potong dadu]
1 biji carrot kecil [potong dadu]
500 gm tomato cincang
1/2 cawan air
1 s/b lada hitam
1 s/k gula
garam
10 biji buah zaitun....ni saya tambah...

Cara
1. Rebuskan spaghetti dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
2. Bersihkan udang dan sotong. Basuh dan toskan.
3. Panaskan minyak..saya gunakan minyak zaitun...dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga layu.
4. Masukkan tomato sos, cili sos, tomato cincang, cili kapsicum, lada hitam, air, gula dan garam. Kacau dan biarkan mendideh.
5. Masukkan udang, sotong dan crab stik dan kacau rata. [Masakkan sekejap saja untuk mengelakkan udang dan sotong liat.]
6. Masukkan daun pasrley, buah zaitun dan oregano. Kacau rata dan tutup api. Hidangkan.

Trip To London,UK

Cerita pasal cuti-cuti europe last week...dah seminggu dah blk bercuti tapi lum berkesempatan nak n3 dan upload photo kat blog...so..hari ni barulah berkesempatan. Gambar pula banyak sgt sampai tak tau nak pilih yg mana satu tapi saya masukkan sikit jerlah utk tatapan dan berkongsi pengalaman bersama.
Penerbangan yg hanya mengambil masa 3 jam ke London bermula pada 13 November jam 3.20ptng dr Helsinki Airport dan selamat tiba di London Heathroaw airport pada jam 6.20ptng waktu Finland...atau 4.20ptng waktu London...actually perbezaan waktu London dan Finland adalah 2jam...so kira kat London masih awal lagila...
bila dah sampai airport tu saya dan mr.hubby naik tube ke central...dan terus ke destinasi tempat penginapan....tak ada apa aktiviti utk hari ini coz hari pun dah semakin gelap dan kedai pun hari sabtu biasanya tutup awal so..rehat sajalah dulu...dan mulakan aktiviti berjalan pd keesokan hari.
*
*
*
*
*
Day 2 in London
berjalan-jalan disekitar kota London....walaupun cuaca hujan pada hari tersebut bknlah menjadi halangan utk berjalan.....so...we really enjoy!

 at the Trafalgar square






behind Tower bridge



 travelling with sightseeing bus




at the Buckingham Palace



 on the deck of sightseeing boat...


*
*
***
Day 3 in London

 London Eye




 Passenger capsule

 on the top view








 view London eye pada waktu mlm


*
*
*
*
****
Day 4 in London
Hari ni 16 Nov 2010 adalah hari raya aidiladha di London...sambutan hari raya aidiladha di London dimulakan dgn takbir raya dan solat sunat aidiladha...selepas solat sunat ada jamuan ringkas dan seterusnya jamuan rumah terbuka di rumah Malaysia pada 1 tgh hari.

sambutan disini awal 1 hari dr Malaysia so...saya dan mr.hubby sempatlah menunaikan solat sunat aidiladha di Pejabat Kedutaan Malaysia disini...alhamdulillah terasa begitu meriah suasana disana sampai saya merasakan seperti berada di Malaysia sebab ramai rakyat Malaysia disana kalau nak compare di Finland ni memang jauh bezanya...so...tumpang gembiralah juga bersama rakan-rakan disana.

 ni lah pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London

suasana sebelum solat didalam pejabat...ramai kan...meriah jer .. 

 with my hubby selepas selesai solat sunat aidiladha

 selepas solat sunat aidiladha di pejabat kedutaan Malaysia disana...kami terus keluar menuju ke BV ni...naik train jer dr central.
 
dah sampai dah...


on the last day sebelum meneruskan our journey ke Dublin,Ireland
bergambar di station train utk ke airport....seawal 6.30am dah keluar dr umah...dan diiringi ayu dan suaminya En.Mahathir..iaitu kwn en.hubby yg sama jawatan dan bertugas di London...terima kasih banyak pada En.Mahathir dan ayu diatas layanan mesra semasa kami disana... panjang umur kita berjumpa lagi..InsyaAllah...:)