Puding roti buat masa majlis open house lepas...sumber resepi ni ambik dr majalah rasa tahun 2007...senang dan simple saja cara nak buatnya...ok resepi seperti dibawah...selamat mencuba!
Bahan-bahan
60 gm agar-agar
6 keping roti dicarikkan
125ml susu pekat
310ml susu cair
2 biji telor
240gm gula
1 sudu tea pewarna hijau
1 sudu tea pewarna merah
1 sudu tea esen vanilla
Cara Membuatnnya:-
1. Didihkan agar-agar dan masukkan gula dan ketepikan.
2. Kisarkan roti bersama susu cair dan susu pekat...ni saya masukkan dlm blander jer
3. Masukkan telor dan kisar bersama bahan tadi.
4. Kemuadian masukkan bahan yg dikisar itu kedalam agar-agar yang dimasak tadi.
5. Kacau sebentar,apabila telah mendidih bolehlah diangkat dan dibahagikan 3 bahagian warna merah,hijau dan warna asal.
6. Tuangkan warna asal kedalam loyang dan masukkan warna merah dan hijau secara berselang seli kedalam adunan tadi...kemudian biarkan sejuk barulah boleh dipotong.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)