Home

11 Aug 2010

Salam Ramadhan 1431H

Alhamdulillah syukur nikmat Allah kerana diberi peluang sekali lagi bertemu Ramadhan bulan yang mulia. Bulan Ramadhan kali ni saya sambut bersama bonda dan family di Malaysia...macam-macam yang saya rasakan...hati bercampur baur...gembira coz dapat bersama mak dan family diMalaysia dan sedih pun ada bila terkenangkan suami yang keseorangan disana...tapi apakan daya saya bukan itu yang saya rancangkan tapi semua telah ditakdirkan Allah...saya balik ke Malaysia bukan nak bercuti bersuka ria pun tapi blk untuk menziarah dan menjaga mak yg sakit. Syukur alhamdulillah keadaan mak semakin stabil. Setelah 10 hari mak di wad...mak dah boleh keluar....tak ada rawatan lain dah stroke ni selain drp teruskan mkn ubat seperti biasa, jaga pemakanan dan buat fisioterapi saja. Walaupun belum dapat berjalan dan pulih sepenuhnya tapi saya bersyukur pada ilahi kerana saya masih lagi berpeluang untuk berjumpa dan berbakti pada bonda walaupun hanya sementara.

Jutaan Terima kasih juga pada suami tersayang kerana memahami diri ini....inilah dugaan buat kali ke-2 kami berjauhan ketika berpuasa dan berhari raya ...sebelum ni pernah juga 2thn lepas semasa my hubby bertugas di Dhaka....dan semasa itu saya bertugas diMalaysia. Walaupun jarak yg memisahkan dan jauh dimata tapi dekat dihati....Apa pun dan dimana pun kita berada kita tetap memandang anak bulan yg sama....Semoga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dan juga ibadah-ibadah yang lain....doa dan harapan saya juga semoga Ramadhan  yang datang ini dipenuhi dgn aktiviti yang berfaedah dan somoga amalan kita semua pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya...insyaAllah...amen. 

7 Aug 2010

Day 2...temankan mak di wad

Buat masa sekrng saya terpaksa cuti-cuti masaklah dulu....saya sekarang berada di Malaysia blk 4hb Ogos lepas...dan selamat sampai 5hb. Balik pun last minutes planning coz mak saya masuk ke wad disebabkan darah naik terlalu tinggi dan kena stroke sebelah badan.Dah hampir seminggu dah mak saya diwad tapi baru 2 malam saya sempat temankan mak..sedih juga tgk keadaan mak sekarang kurang selera makan..badan nampak semakin lemah..kaki dan tgn sebelah badan dah tak dapat gerak...dan kerap pula pening dan muntah. Tiada apa yg mampu saya katakan lagi selain daripada tawakal pada Allah saja...harap mak akan kuat kembali...amen.

4 Aug 2010

Summer Time...Explorer 2010

ni ler rupanya pokok epal merah ditepi rumah


buah dah merah dah tapi belum cukup masak

ni ler rupa buahnya....pokok ni tuan punya umah yg tanam

ni pula pokok epal hijau depan umah

banyak juga buahnya tapi belum cukup masak lagi ni

boleh tahan juga tinggi pokok ni

ni pula ladang gandum...saja jer jln2 tepi jln tu singgah jap ler tgk


ni ler rupanya pokok gandum yg ditanam di Finland



Posing dulu..

Malaysia Canteen 2010

Cerita pasal Malaysian Canteen 31 July 2010  pada hari sabtu yg lepas...Food prepared by perwakilan Helsinki...mulalah ceta masak-masak lagi... ..mcm-mcm menu ada....saya masak ayam masak merah jer...nasi tomato mdm masak...kari kepala ikan Ambs masak..cucur udang pun ada.... dimasak oleh Pn eliza..dan bluberry pie pula kak mastura masak...alhamdulillah mkn semua cukup. Ramai juga jemputan yg datang...termasuk tetamu dr Malaysia team bowling dan Shalin Zulkifli.
actually saya masak ni di tempat parking keta...dapur sementara coz dapur kat atas rumah dah penuh digunakan utk msk mkn yg lain..janji tempat ni bersih so...bolehlah kan...

penat dah berdiri rehat jap ler...banyak juga nak goreng ayam ni...saya msk utk 60org mkn..

my hubby pun tolong sama....

ayam goreng yg siap dimasak

ada juga org nak ambil gambar dgn chef bidan terjun ni...hehe diorang berdua ni berminat sungguh tgk saya msk.... yg lelaki ni Tuka local staf di ofis dgn dia punya wife...org vietnam.

ayam masak merah yg siap dimasak

sayur kobis goreng ni Amb Cheah yg masakkan..

ni pula ceta didapur dirumah Amb Cheah..ramai juga pembantu...

acar buah dah siap..

nasi tomato

kari kepala ikan

ayam masak merah dan ayam panggang

cucur udang

acara mkn-mkn pun bermula



diantara Malaysian yg hadir

Malaysia Team Bowling







bergambar kenangan bersama Shalin dan suami

2 Aug 2010

Lawatan ADUN Johor Part 2

Pada 28hb July 2010 yg lepas ada rombongan ADUN dari Johor...kira yang datang ni semua YB-YB la dgn wife.... datang melawat ke Malaysia Embassy disini..1 hari jer diorang kat sini..petang lepas abis lawatan tu diorang naik kapal cruise ke stockholm,sweden pula.. ni group ke-2 yg datang melawat ke sini...lawatan yg sama mcm 1st group dulu juga ..mereka datang melawat ofis dan ke parlimen...seramai 30 org yg hadir. So..macam biasalah Perwakilan Helsinki diberi tugas untuk menyediakan makanan untuk minum pagi...saya buat kuih cara berlauk dan kuih lapis pisang...mdm Poh Choo isteri duta pula buat kuih seri muka dan roti finland with tuna.
sessi taklimat oleh Amb Cheah

dah abis taklimat...masa untuk minum coffee..

menu yang simple kuih-muih dan minuman saja

ini ler kuih muih yang saya dan mdm sediakan utk tetamu pada minum pagi hari itu

kuih cara berlauk ni saya yang buatkan...lama juga nak mencara ni...jam 5.30am dah start coz jam 7.30am dah nak bawa ke ofis...tetamu datang jam 9am.



kuih talam pisang ni pun saya buatkan juga...



kuih seri muka ni pula mdm yang buatkan...cantik dan kemas...ni memang pewarna asli dr pandan coz mdm tak gunakan pewarna...so..aromanya pun lain..memang sedap.

ni la rupanya roti finland...actually roti ni besar tapi dipotong kecil bagi memudahkan utk mkn...ni pun mdm yg buatkan dgn tuna dressing tu..sedap juga.

Bowling World Youth Championships 2010

Busy..busy..busy...emmm...lama tak update blog ni...tuan umah bz saja mcm-macam  aktiviti ada...minggu lepas start dr 23rd July -1st August 2010 ada pertandingan bowling remaja disini...so team bowling remaja negara Malaysia pun turut serta...setiap hari saya dan beberapa kwn malaysian kat sini pergi sokong...rasa berbangga juga bila tgk team dr negara kita main sampai dapat masuk semi final...walaupun tak dapat gold tapi berbaloi juga diorang datang dgn bawa blk pingat gangsa....kira bagus jugala coz ni pertandingan diperingkat dunia.

barisan pemain bowling Malaysia  pada malam opening ceremony



seramai 8 org peserta ...4org lelaki dan 4org perempuan

banyak juga negara yg turut serta



penonton dan penyokong pun ramai juga..

bergambar bersama team Malaysia ,Ambs Cheah Duta Besar Malaysia di Finland dan isteri serta malaysian yg bekerja dan belajar di Finland  pada mlm opening ceremony

me with Fatin

Day 1



ramai juga penyokong dr semua negara

ini penyokong dari Australia dan sweden...macam-macam gaya ada...

pasukan remaja lelaki double telah berjaya ke peringkat semi final dan mendapat tempat ke4...so dapat..pingat gangsa sajalah...tapi kira ok dah kan dari tak dapat. Tempat 1&2  jatuh kepada pemain dr negara USdan ke-3 jatuh pada pemain bowling dr Korea.

gambar bendera ni menunjukkan kedudukan negara yg berjaya memenagi pertandingan ini

bergambar dgn Fatin lagi...budak comel ni org Penang juga..jersi ni pengurus pasukan yg bagi pada penyokong..

sessi bergambar lagi bersama team Malaysia dan Malaysian yg hadir pada  malam tu team Malaysia boy yg berjaya masuk ke semi final.

saya dan suami bergambar dgn pemain bowling yg menang...Aris dan Syimir.

Shalin Zulkifli pun ada...tapi shalin datang lewat sikit dr team Malaysia...dia datang pun sebab ada meeting disini



ni ler barisan pemain bowling ladies yg telah berjaya memenangi pingat....hebat & tahniah! ...tahniah juga pada Team Malaysia ladies...semoga berjumpa lagi..bye.