Home

13 Jun 2010

Murtabak Daging

dah lama nak nak mkn murtabak ni ...tapi tak berkesempatan nak buat....tapi hari ni dapat juga buat...ni ler rupanya murtabak daging...ok resepinya ...

Bhn2 kulit murtabak
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Bahan untuk inti murtabak
300g mince meat
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
1 bawang-potong nipis2
6 biji telur-atau secukupnya
4 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
air asam jawa

Cara2 menyediakan kulit murtabak
1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai...ni pun lebihan adunan roti canai hari tu buat murtabak pula.
2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, saya uli guna kitchenaid mixer jer....guna tgn pun boleh...
3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
4. Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

Cara2 menyediakan inti
1. bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
2. kentang direbus. lenyekkan ia setelah empuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
4. tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
5. masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
6. masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.

Cara2 mencanai
1. canaikan setiap bebola ini nipis2....cara canai ni saya buat mcm mencanai roti canai....saya gunakan talam dan tarikkan doh tu ke tepi dan jgnlah terlalu nipis... campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nanti. biasanya 1 biji untuk 2 murtabak.
2. bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas dgn api yg perlahan sehingga kekuning-kuningan.
3. sedia dihidang bersama kuah bawang merah.

ni ler cara saya mencanai....ni pun ikut cara mak saya buat masa dulu-dulu tgk mak buat mcm ni.....tapi make sure tarik jgn terlalu nipis nanti terkoyak...

letakkan inti murtabak ditengah-tengah dan lipatkan...

Bahan untuk Kuah Bawang Merah
1 biji bawang besar
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili maggi
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam

Cara-caranya:
Hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)