Buat kuih lompang ni utk dibawa ke summer potluck last weekend...baru nak masuk n3...resepi asal ambil dr blog kak yatie....senang dan simple....colour pun menarik.anyway thanks kak yatie..resepi seperti dibawah..:-
Bahan-bahan
2 1/2 cawan Tepung Beras1/2 cawan Tepung Sagu/tpng ubi
1 cawan Gula
1 sk esen rose
4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
Daun Pandan
Cara-cara
1. Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam mangkuk.
gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
2. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
3. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
4. Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk dan warnakan dengan warna kegemaran anda.
5. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
6. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
7. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.
nak cuba la
ReplyDelete