Home

2 May 2010

Sup Tulang Lembu

Bahan-bahan
1 kg tulang lembu
1 labu bawang besar
1 batang serai
2cm halia
2 sudu besar perencah sup
2 sudu besar minyak
4 ulas bawang merah(cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
20gm rempah kasar(kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih)
3 sudu besar rempah kurma Babas's
6 biji cili padi
10gm daun bawang
10gm daun sup
10gm bawang goreng
5gm lada hitam
1 liter air
2 biji kentang di potong 4
1 biji carrot di potong kecil

Cara penyediaan:
1. Rebus tulang bersama bawang besar, serai, halia dan perencah sup. Biarkan sehingga mendidih seketika.
2. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dah rempah kasar.
3. Selepas itu masukkan pula serbuk kurma dan biarkan rempah masak sepenuhnya.
4. Masukkan cili padi yang telah diketuk.
5. Tuangkan tulang dan air rebusan tadi.
6. Akhir sekali masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
7. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)