Bahan-bahan :
A.
Few sheets of instant lasagna
Mozarella Cheese
Instant Lasagna, tak perlu rebus.
B. Meat Sauce :
1 botol pasta sauce - whatever brand
1 packet minced meat
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 batang celery, hiris
2 bji bawang besar
4 ulas bawang putih, cincang halus
sedikit lada hitam (kalau tiada pepper mills, tumbukkan biar pecah-pecah sikit)
minyak jagung untuk menumis ataupun boleh juga gunakan mentega
sedikit bay leaves
Cara :
1. Panaskan minyak, tumis kedua jenis bawang hingga wangi. Masukkan daging dan kacau hingga daging separuh masak. Masukkan lada hitam. Kacau hingga lada hitam dan daging sebati.
2. Masukkan pasta sauce dan 1/2 botol air (pakai botol pasta tadi). Masukkan cendawan dan masak hingga sedikit pekat.
3. Masukkan celery dan bay leaves. Biarkan sekejap sehingga mendidih semuanya. Tutup api.
C. White Sauce :
1/2 cawan air
2 cawan fresh milk
1/2 cawan butter
1/2 cawan parmesan cheese
1/2 cawan tepung gandum
1/2 teaspoon sebuk oregano
Cara -cara:
1. Panaskan butter
2. Masukkan oregano, kacau sekejap
3. Masukkan tepung gandum dan kacau
4. Masukkan fresh milk dan air. Masak hingga pekat. Masukkan cheese. Kacau sekejap dan tutup api.
D. Cara Menyusun :
1. Letak meat sauce dulu. Ratakan dalam loyang.
2. Susun lasagna sheet. Yang instant ni tak perlu di rebus, letak terus. Lasagna sheet kena kecik dari loyang yer. Jangan letak hingga memenuhi loyang, bila masak dia kembang dan nanti dia terkeluar.
3. Letak white sauce
4. Ulang ikut berapa lapis dikehendaki. (Selalunya 2X dah cukup)
5. Pastikan ianya berakhir dengan white sauce.
E.
Masukkan dalam oven. Bila dah separuh masak, bolehlah tabur Mozarella Cheese atas lasagna anda. Teruskan bakar hingga masak
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)