Bahan-bahan
300gm jantung ayam
5 s/b minyak
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/k kicap pekat
1 s/k garam
3 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 pokok daun bawang [potong pendek]
Bahan hiris
1 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Cara
1. Jantung ayam dibersihkan dan toskan kering. Gaulkan dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan jantung ayam. Biarkan sehingga masak.
3. Kurangkan sedikit minyak dan masukkan bahan hiris. Kacau rata.
4. Bila telah layu masukkan jus limau dan daun bawang. Kacau rata.
5. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)