Home

4 May 2010

Ikan Cencaru Belah Belakang


Bahan
2 ekor ikan cencaru...dicuci dan dibelah dibelakang
minyak utk mengoreng

Bahan Sambal
Mesin2 batang serai yg dihiris nipis
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa
daun kunyit dimayang halus
3 biji limau kasturi belah 2 dan buangkan biji

Cara membuat
1.Cuci bersih ikan yg dibelah belakang dan tos kan.
2. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
3. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
5. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
6. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
7. Hiaskan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)