Bahan-bahan
300gm kacang dhal direbus hingga empuk
200gm serbuk rempah daging
50gm serbuk kunyit
1 liter santan
100ml air asam jawa
10gm daun kari
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan A dikisar halus:
300gm bawang besar
50 gm bawang putih
50 gm halia
Bahan B:
20gm kulit kayu manis
10 gm bunga lawang
10 gm buah pelaga
Bahan C
4 biji ubi kentang
2 biji terung putih
2 batang lobak merah
100gm kacang panjang
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan A bersama bahan B sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan serbuk rempah daging dan serbuk kunyit...kacau hingga garing.
3. Masukkan ubi kentang dan tambahkan air...masakkan hingga ubi kentang empuk.
4. Masukkan terung putih, lobak merah,cili hijau dan kacang dhal...kacau rata.
5. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan santan...gaul sebati dan masukkan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali setelah kuah mendidih, masukkan tomato dan daun kari.
7. Siap dan sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)