Home

29 May 2010

Bubur Lambuk Isi Ketam

Bahan
2 cawan beras rebuskan
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 batang isi ketam...beli yg segera frozen tu jer...dan potong 2
sedikit lobak masin dipotong dadu
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 cawan udang basah saiz kecil
air secukupnya
garam

Cara membuat
1. Semua bahan  dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat.
3. Masukkan lobak masin,lobak merah kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang,isi ketam  dan kacau sehingga rata.
5. Perasakan garam dan jika kuah agak pekat masukkan sedikit air.
6. Angkat dan hiaskan dgn bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)