Home

22 Apr 2010

Mee Rebus Penang


Bahan-bahan
1 kg mee kuning - dicelur dan ditoskan

Bahan untuk kuah
15 - 20 tangkai cili kering di blender halus
5 ketul ubi kentang @ ubi keledik( agak2 sama dengan saiz ubi kentang tu la) rebus dahulu
asam jawa semangkuk
500g udang kecil- direbus
500g udang besar- direbus
4 ulas bwg putih - diketuk
daun sup
kacang tanah- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
5 liter air, garam dan gula secukupnya
2 biji tomato - potong dadu

Bahan hiasan :-
4 biji telor potong bulat2
daging direbus dan dipotong nipis2
cucur udang - potong nipis
cili - dipotong nipis2
bawang goreng dan limau nipis
daun sup dan daun bawang
taugeh dicelur
tauhu digoreng dan dipotong dadu

Cara-cara membuat kuah
1. Kisar cili kering, ubi dan udang kecil
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan yang dikisar. masukkan air. kemudian perahkan air asam jawa dan masukkan kedalam kuah.
3. Kemudian masukkan pula udang besar.
4. Bila dah mendidih masukan masukkan gula , garam, sebuk kacang, daun sup dan tomato. kacang tu ikut la jgn terlalu banyak nanti pekat sangat kuahnya
5. Biarkan ia mendidih sekejap barulah tutup api, bolehlah dihidang bersama2 bahan untuk hiasan tadi...jika pekat kuahnya bolehla ditambah air.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)