Home
▼
13 Apr 2010
Cucur badak
Bahan utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam
Bahan utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara untuk buat inti:
blenderkan cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jer. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
Cara buat kulit:
rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas-panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung.
tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana.Angkat dan siap utk dimakan.
after this I don't have to search recipes online, can use your recipes lah..all those been tried and tested, right?
ReplyDeleteafter this I don't have to search recipes online lah, can just use yours...all those have been tried and tested, right?
ReplyDeleteWell done on compiling those recipes. I tried to do the same, but in the end couldn't finish it :(