Home

13 Apr 2010

Homemade Burger


Bahan
1 keping roti burger dibelah dua
1 keping daging burger
1 biji bawang besar dipotong bulat
1biji tomato dipotong bulat
1/2 biji timun
1 keping keju
1 keping daun salad
mayonis
sos cili

Cara buat
1. Siapkan roti burger letakkan daging di atas roti dan letakkan sekeping keju.
2. Susun sayuran yang terdiri dari  salad,mentimun, tomato, dan  bawang besar di atas daging dan kepingan keju tadi.
3. Siram sos dan mayonis di atas sayuran, lalu tutup dengan roti burger yang bahagian”penutup’
4. Sajikan burger dengan kentang goreng dan kentang putar.

KENTANG PUTAR (MASHED POTATO)

Bahan-bahan:
1 kg kentang
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
2. Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
3. Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)